Melihat Anggur Berbuah Di Jon Grapevines and Figs Garden, Tamparuli

Jon Grapevine and Fig, Tamparuli

Anggur merupakan sejenis buah yang sering menjadi santapan raja-raja jika kita melihat filem barat. Ia adalah buah untuk golongan elit kerana harganya yang mahal rasanya yang manis.

Di negara barat, buah ini digunakan untuk dijadikan minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya.

Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman.

Tanaman anggur di Malaysia masih baru lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia.

Saya berasa beruntung kerana kebun anggur pertama di Sabah tidak jauh dari rumah kami.  Jadi, kami sempat berkunjung ke sana semalam.

Jon Grapevine and Fig, Tamparuli - mustaffayas (10)
Kebun ini terletak di Kg. Bantayan Tamparuli

Dulu saya beranggapan buah seperti anggur, epal dan strawberi mustahil tumbuh dan berbuah di negara kita.

Namun anggur kini bukan sahaja dapat dilihat namun boleh dipegang ketika masih bergugusan di tangkainya yang masih hidup berdaun hijau. Mungkin ini seperti khayalan sahaja, namun itulah kebenarannya apabila berada di Jon Grapevine and Fig, Tamparuli.

Jon Grapevine and Fig, Tamparuli
Boleh dilihat namun tidak boleh disentuh! Tunggu masak boleh beli.

Tumbuhan yang dikatakan mustahil hidup di tempat panas cuma mitos sahaja. Di kebun anggur ini, terdapat pelbagai varieti dari seluruh dunia dan menjadi satu kebanggaan orang Sabah.

Melihat Anggur Berbuah Di Jon Grapevine and Fig, Tamparuli
Segugus anggur yang masih hijau.

Dengan bayaran masuk yang dikenakan RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak amatlah berbaloi untuk mengalami sendiri suasana ini kerana tidak perlu ke luar negara.

Selain dapat melihat pelbagai varieti anggur, anda boleh cuba menanam sendiri anak pokok yang ada dijual di sini. Panduan cara menanam akan diberikan.

Jon Grapevine and Fig, Tamparuli
Anak pokok anggur untuk dijual kepada pelawat.

Anggur ini di tanam di dalam Rumah Pelindung Hujan (RPH) dan dibahagikan kepada beberapa laluan iaitu laluan belum berbuah, baru berbuah dan sudah berbuah (menunggu masak).

Jon Grapevine and Fig, Tamparuli
Masih hijau dan belum masak.

Jika ternampak masih ada buah yang berwarna hijau di dalam satu gugusan buah, bermakna ianya belum masak (masih masam) sepenuhnya dan perlu ditunggu sehingga semuanya masak.

Jon Grapevine and Fig, Tamparuli
Contoh yang masih belum masak sepenuhnya.
Jon Grapevine and Fig, Tamparuli
Masih ada yang berwarna hijau (belum masak).

kami semua amat teruja melihat buah anggur yang bergantungan menunggu masak. Rasa ingin memetik, apakan daya tidak boleh.

Jika anda menanam anggur dan sudah matang (berbatang keras) tetapi tidak pernah berbuah, anda perlu menggondolkannya dengan membuang semua daun. Bukan apa, ianya meniru musim luruh dan akan berdaun dan mengeluarkan buah selepas itu.

Jon Grapevine and Fig, Tamparuli
Gambar kami sekeluarga.

Saya yakin kebun ini akan menjadi tumpuan pelancong di Tamparuli yang sediaada terkenal dengan Jambatan Gantung Tamparuli dan Rumah Terbalik.

Jom melawat Sabah!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *