2 Jenis Pokok Bidara Popular Untuk Perubatan & Buahnya

Menanam Pokok Bidara

Sudah lama sebenarnya saya berhajat untuk menanam pokok bidara. Saya mengenali pokok ini beberapa tahun yang lalu selepas anak saya mengalami gangguan makhluk halus. Sejak itulah, saya mencuba pelbagai jenis produk terutama mandian berasaskan bidara. Berkat usaha dan kehendak Allah SWT akhirnya anak saya pulih sepenuhnya dari gangguan tersebut.

Di Malaysia, pokok bidara jenis epal dan bidara Arab sahaja yang popular ditanam. Secara fizikalnya bidara arab untuk tujuan perubatan lebih banyak duri dan buahnya kecil sahaja. Bidara jenis berbuah atau lebih dikenali epal bidara, buahnya lebih besar berbanding bidara arab (sidr).

Pengetahuan saya mengenai buah bidara amat sedikit. Banyak juga bacaan di web dan video menjadi panduan saya.

Saya tiada kesempatan untuk menanam sendiri pokok bidara kerana kekangan ruangan tempat tinggal di flat. Selepas kembali berpeluang tinggal di rumah teres dan ada ruangan kosong di belakang rumah, maka saya kini boleh bertanam semahunya.

Selain tanaman jenis ini, saya ada bercadang menanam secara hidroponik. Nanti saya kongsikan perkembangan terkini.

Pokok Bidara Epal
Pokok bidara jenis ini berbuah lebih besar dan kurang duri.

Saya mula mencari anak pokok (bibit) dari kenalan di Kota Belud dan Pasar Tamu sekitar Tuaran sahaja. Banyak dijual pokok yang sudah berbuah dan lebih memudahkan berbanding ditanam dari biji benih. Harganya pula bergantung kepada saiz dan jenis.

Pokok Bidara Arab (Sidr)
Daun pokok bidara jenis berduri (bidara arab) untuk tujuan perubatan.

Pengenalan Pokok Bidara

Pokok Bidara merupakan pokok yang malar hijau yang tumbuh di selatan Asia. Pokok Bidara atau nama saintifiknya Z. mauritiana merupakan sejenis pokok renek malar hijau atau pokok kecil berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang 40 cm atau lebih diameter; rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan banyak dahan yang rendang. Buahnya memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ia mungkin berbentuk bujur, obovate, lonjong atau bulat, dan ada yang boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis. Isinya putih dan rangup. Apabila mengkal sedikit, buahnya adalah berair dan mempunyai bau yang menyenangkan. Kulit buah Bidara adalah licin, berkilat, nipis tetapi padat.

Pokok Bidara paling biasa ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Ia berasal dari Afrika ia kini tersebar secara meluas di rantau tropika dari India untuk Afghanistan dan China , dan juga dari Malaysia dan ke Australia dan di beberapa kawasan Pasifik . Ia mampu membentuk semak tebal dan menjadi invasif di sesetengah kawasan, termasuk Fiji dan Australia dan telah menjadi rumpai yang serius alam sekitar di Australia Utara. Ia merupakan pokok yang cepat berkembang dengan jangka hayat yang sederhana, yang cepat tumbuh dan boleh mencapai sehingga 10-40 kaki (3 hingga 12 m) tinggi.

Jenis- Jenis Pokok Bidara.

Terdapat beberapa jenis poko bidara antaranya adalah;

  • Bidara Upas
  • Bidara Laut
  • Bidara China
  • Bidara Epal/ Epal India/ Epal Vietnam
  • Bidara Kampung/Arab (Sidr)

Kegunaan Bidara

Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara itu bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah daripada Rasulullah sendiri.

Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahawa Asma’ binti Syakal Radhiyallahu ‘Anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya):

“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim)

–  Wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *