Projek DIY Murah & Mudah Penggantung Pakaian Di Dinding

Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian

Percubaan menggantung pakiaan.

Projek DIY ini sudah saya siapkan awal bulan tadi. Namun baru sekarang saya sempat berkongsi ceritanya. Ini adalah kisah kesinambungan semasa proses berpindah rumah. Penat yang amat sangat ketika itu.

Banyak pakaian masih belum dilipat dan digantung. Bagi memaksimakan ruang yang ada, beberapa almari dilupuskan kerana ianya sudah rosak. Maka, saya perlu cari alternatif untuk menyimpan pakaian yang ada.

Bila mengemas barang di belakang rumah, saya ternampak beberapa batang besi berongga segiempat dari lebihan membuat geriji di dapur.

Daripada besi tersebut berkarat, bagus saya gunakan untuk membuat sesuatu yang berguna.

Jadi, idea pun datang. Saya terus ke kedai Mr. DIY membeli barang keperluan untuk membuat Penggantung Pakaian.

Saya mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk menyiapkan tiga projek tersebut.

Hasilnya, saya amat puas hati.

Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Antara peralatan yang digunakan.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Wall plug yang digunakan.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Bolt dan nat yang bersesuaian digunakan.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Cat semburan warna putih.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Besi berongga lebihan dari projek jeriji dapur.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Menanda lubang untuk ditebuk pada dinding.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Menyukat beli rongga sebelum dipotong.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Proses menebuk lubang.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Besi berongga yang siap ditebuk lubang.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Wall plug yang sedang dipasang.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Wall plug yang sudah dikunci.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Penggantung baju yang sudah siap.
Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian
Penggantung baju yang sudah siap.

Nota: Semasa membuat kerja sila pastikan keadaan terkawal seperti tiada kanak-kanak hampir di tempat kerja dan peralatan juga perlu selamat digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *