Borenos Fried Chicken Restoran Makanan Segera Tempatan No.1 Di Sabah

Borenos Fried Chicken - Logo

Ini adalah entri kedua saya bertajuk Borenos Fried Chicken selepas entri pertama. kembalinya saya ke arena blogging. Banyak kisah saya ingin kongsikan bersama anda.

Hujung minggu lepas, selepas selesai membeli peralatan sekolah anak sulung yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR minggu ini, kami singgah makan tengah hari di restoran kegemaran anak-anak.

Kami sememangnya selalu juga ke sini terutama jika berada Centerpoint.

Mungkin anda tidak pernah mendengar nama Borenos Fried Chicken dan lebih biasa dengan restoran makanan segera yang lain. Namanya tidak segah nama restoran makanan segera lain yang sudah lama bertapak di Malaysia, namun restoran ini membawa imej tempatan yang kini menjadi pilihan ramai rakyat di Sabah.

Jika anda berada di Sabah khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu, restoran ini adalah salah satu tempat makan yang wajib anda cuba.

Kenali Borenos Fried Chicken

Borenos Fried Chicken adalah Restoran Halal tempatan dari Sabah yang mula beroperasi pada 9 Mac 2015 dengan mengambil nama Borenos inspirasi dari nama “Borneo” dan “Sabah”.

Ya, memang ianya satu idea kreatif dan menarik sesuai dengan asalnya dari Sabah di Kepulauan Borneo.

Restoran makan segera ini beroperasi di Kompleks Asia City dan membuka cawangan kedua setahun selepas itu di aras bawah gedung beli-belah Centrepoint.

Lokasi yang stategik dan saya berharap agar sayap perniagaan syarikat ini di lebarkan ke seluruh Sabah dan Malaysia.

Pakej menu makanan yang ditawarkan.

Restoran ini tidak jauh berbeza dengan restoran makanan segera yang lain. Antara pakej set menu yang ditawarkan adalah seperti;

  • Combo Meals – sesuai untuk 2 orang  ke atas.
  • Set Meals – dari sekecil nuget sehingga sebesar seekor ayam
  • Value Meals – sesuai untuk hidangan  seorang.
  • Kid Menus – terdiri dari nuget, mash potatotes atau burger ayam dan semua hidangan saiz XS.
  • Ala-Carte/Side-Orders – Sesuai jika tidak mahu set penuh (lebih jimat).
  • Beverages – minuman sejuk atau panas. istimewa ada milo dinasour.
  • Desserts – terdiri daripada aiskrim.
  • Dip & Sauce – terdiri dari Cheese Dip, Tartar Sauce, Borenos Sauce dan Mayonnaise Sauce.

Servis Penghantaran Makanan.

Sekiranya anda tiada masa untuk datang ke restoran, anda juga boleh menempah servis penghantaran ke alamat anda.Anda boleh buka laman web https://www.borenosdelivery.com/ untuk tempahan.

Servis lain yang disediakan.

Borenos Fried Chicken juga ada membuat perkhidmatan katering sekolah, majlis hari jadi ataupun acara korporat.

Restoran ini beroperasi 24 jam untuk cawangan di Kompleks Asia City sahaja.

Mengapa kami sekeluarga suka Borenos Fried Chicken?

Kalau soal makan dan minum sudah pasti status pengiktirafan sijil Halal akan diutamakan. Premis di dua cawangan ini bersih di samping pekerja yang mesra pelanggan.

Jika menyentuh bahagian menu yang ada, anak-anak suka ‘nasi kuning’ yang disediakan digabung dengan ayam goreng yang rangup ditambah keju.

Borenos Cheezy Chicken Rice
Borenos Cheezy Chicken Rice

Saya sendiri menyukai burger ayam premium dengan bun istimewa yang berharga RM8.20. Jika set dengan minuman berharga RM11.50. Satu hidangan bagi saya yang cukup mengenyangkan.

Borenos Single Burger Premium
Borenos Single Premium Chicken Burger

Manakala isteri pula sukakan Set Meals- Fish & Chips Meal yang berharga RM11.20.

Borenos Fish & Chips Meal
Borenos Fish & Chips Meal

Minuman pula kami  lebih suka menukarkannya dari air minuman bikarbonat kepada air bandung ‘ping’ (ais).

Kami bersama Zea.
Kami bersama Zea.
Saya bersama Mikail dan Nufail.
Saya bersama Mikail dan Nufail.
Isteri bersama Hannah dan Amyra
Isteri bersama Hannah dan Amyra

Harga bagi setiap hidangan adalah berbaloi dengan rasa hidangan yang sedap. Servis yang pantas juga menjadi titik tolak kenapa kami sekeluarga sukakan restoran segera ini.

Kami juga menyokong produk tempatan! Selepas ini saya akan kongsikan pula sebuah lagi restoran makanan segera tempatan yang juga menjadi kegemaran kami sekeluarga. Nantikan entri seterusnya.

Hubungi untuk pertanyaan & tempahan;

BORENOS ASIA CITY
Lot G23, Star City North Complex, Jalan Asia City, Sabah, 88000 Kota Kinabalu
Business Hours: Open 24 Hours daily

BORENOS CENTRE POINT SABAH
Lot L9 – B1 & B2, Basement Floor, Centre Point Sabah, No.1 Jalan Centre Point, 88000 Kota Kinabalu
Business Hours: Monday – Sunday 09:30 – 21:30


Nota: Ini bukan paid-review.

16 Comments on “Borenos Fried Chicken Restoran Makanan Segera Tempatan No.1 Di Sabah”

  1. Wah menariknya idea gabungan nama dia. Nampak sedap semuanya. Bulan lima ni nak datang sabah nam try rasa la

  2. Tahniah Borenos di atas kelahiran produk keluaran tempatan ini. Moga lebih banyak produk tempatan sebegini lahir dan menghasilkan produk kebanggaan negara.

  3. Nampak menarik gak set menu yang ada. Harga pun berbaloi. Bila la nak bawak anak² jalan kat KK. Lom sempat lagi nak bawak ke sana. Sesekali kita ke Negeri lain pun best jugak kan sambil anak² boleh belajar tentang adat dan budaya yang ada

    1. hi.. you can directly contact Hotline:
      (6)012-809 2009
      Borenos Fried Chicken (Reg No: 1103030-T)
      Lot G23, Ground Floor, Kompleks Asia City, Jalan Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.

      info@borenos.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *