Jimat Kos Tukar Sendiri LCD Screen Oppo F1S

Tukar Sendiri LCD Screen Oppo F1S Dengan Kos Murah

Skrin yang sudah retak.

Minggu lepas telefon pintar isteri telah terjatuh ke lantai. Insiden tanpa sengaja ini berakhir dengan paparan LCD Screen Oppo F1S tersebut retak seribu.

Saya fikirkan cuma lapisan luar pelindung skrin sahaja yang retak namun terasa hampa apabila melihat skin sesentuh di dalam pun retak juga. Saya sudah terbayang berapa harga untuk menukar baru skrin yang retak itu.

Walaupun sudah retak seribu, nasib masih menyebelahi isteri saya kerana telefon bimbit itu masih berfungsi lagi dengan tiada kerosakan major yang lain yang berjaya saya kesan.

Mood isteri pun menjadi tidak berapa elok bila melihat telefonnya begitu.

Untuk meredakan suasana tegang ini, saya pun terus berfikir jauh mencari jalan untuk membaikpulih kerosakan tersebut. Pilihan pertama dan paling mudah adalah membawa telefon itu ke kedai membaiki telefon di Kota Kinabalu. Memang hujung minggu kami biasa jalan-jalan dan makan di luar jika ada rezeki lebih.

Saya agak terkejut beruk bila mendengar kos menukar skrin yang rosak di kedai kosnya hampir RM300 termasuk alatan ganti dan upah memasang. Saya terus membatalkan niat untuk membaikpulih telefon itu walaupun banyak nilai sentimental.

Belajar sendiri menukar skrin.

Jalan kedua, saya mulalah menonton tutorial membaiki kerosakan itu sendiri melalui Youtube. Nampak agak mudah tetapi hakikatnya saya yang tidak pernah langsung membaiki sebarang peralatan elektronik pasti ada saja yang tidak akan kena.  Jadi, setelah berusaha, saya hanya bertawakal sajalah.

Membeli alat ganti LCD Screen Oppo F1S

Sekarang semuanya di hujung jari. Saya segera mencari set gantian di laman beli-belah atas talian seperti Lazada dan Shopee. Setelah meneliti reviu dan komen pembeli, saya membuat keputusan membeli di Shopee. Kos pembelian alat gantian dan gam B-7000 dengan harga RM74.00 dengan penghantaran percuma.

Link Kedai : https://shopee.com.my/nccellular89

NC Cellular saya pilih kerana mendapat rating yang bagus. Mereka juga menghantar video ketika mereka menguji dahulu barang yang saya beli melalui whatsapp sebelum dipos. Saya betul-betul berpuas hati.

Manakala peralatan membuka dan memasang telefon pula saya beli di kedai Mr. DIY dengan harga bawah RM15.00 selepas menjamu selera di Borenos Fried Chicken (berkaitan artikel lepas).

Tukar Sendiri LCD Screen Oppo F1S Dengan Kos Murah
Set gantian LCD Screen Oppo F1S dan gam B-7000

Selang beberapa hari, kiriman sampai dan sekali lagi saya menonton video cara menukar skrin lcd di Youtube. Selepas itu, saya dengan mengambil risiko terus memulakan kerja penukaran alat yang rosak. Jika tidak berjaya terpaksalah membeli telefon baru.

Saya kekurangan ‘blower’ untuk memanaskan gam asal untuk membuka skrin yang rosak. Sebagai ganti saya gunakan pengering rambut. Ianya menjadi.

LCD Screen yang baru (gred AAA).
LCD Screen yang baru (gred AAA).
Gam B-7000 sebagai pelekat skrin.
Gam B-7000 sebagai pelekat skrin.
Peralatan khas untuk membaiki telefon.
Peralatan khas untuk membaiki telefon.
Peralatan khas untuk membaiki telefon.
Peralatan khas untuk membaiki telefon.
Tukar Sendiri LCD Screen Oppo F1S Dengan Kos Murah
Bahagian utama yang perlu dibuka.
Tukar Sendiri LCD Screen Oppo F1S Dengan Kos Murah
LCD yang rosak dan yang baru.
Tukar Sendiri LCD Screen Oppo F1S Dengan Kos Murah
Kerosakan pada set asal.
Tukar Sendiri LCD Screen Oppo F1S Dengan Kos Murah
Proses melekatkan skrin yang baru. Ambil masa sedikit.
Tukar Sendiri LCD Screen Oppo F1S Dengan Kos Murah
Guna penyepit rambut sahaja. Bajet rendah.

Ianya berjaya. Syukur alhamdulillah.

Kesimpulan

Kita boleh merujuk kedai membaiki telefon sebelum membuat sebarang kerja membaikpulih sendiri. Boleh bertanya kosnya. Jika kita ada bajet boleh terus membaikinya di kedai.

Jika mahu jimat bajet, boleh tukar sendiri macam saya tetapi risiko gagal amat tinggi. Di samping tu, jaminan waranti barang akan tidak sah jika kerosakan dibebabkan kesilapan kita sendiri.

Alatan gantian boleh dibeli di mana-mana laman beli belah atas talian. Namun, kita perlu merujuk dahulu reviu, komen pembeli sebelum kita. Jika banyak reviu positif, boleh teruskan pembelian.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *