19 Kehebatan Khasiat Bunga Telang & Baik Untuk Wanita

Gambar Bunga Telang

19 Khasiat Bunga Telang Yang Anda Perlu Tahu – Kacang telang atau nama botaninya Clitoria Ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Jom ketahui khasiat bunga telang.

Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.

Tanaman ini berasal dari Asia yang beriklim tropika khatulistiwa, tetapi telah diperkenalkan ke Afrika, Australia dan Amerika. Tumbuhan ini akan membaik subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) serta memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar.

Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.

Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun.

Bunga Telang
Kredit: Bunga Telang – https://www.khasiat.co.id

Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Jom ketahui khasiat bunga telang.

1. Meningkatkan kewanitaan
Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.

Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Untuk membetulkan kitaran haid, ambil bunga dan akarnya lalu dimasukkan dalam air mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum.

Resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.

Bahan-Bahan:
3@5@7 kumtum Bunga Telang
Segelas Air Panas
Gula secukup rasa
1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:
Masukkan 3@5@7 bunga telang didalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan

2. Mengecutkan jerawat
Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.

3. Melebat dan menghitamkan rambut
Kacang telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.

4. Sebagai detox
Teh herba bunga telang juga membantcu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.

5. Menghilangkan sakit kepala
Bunya telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah ambil beberapa keping bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.

6. Mencuci darah kotor
Amalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik untuk diamalkan untuk mencuci darah yang kotor.

7. Merawat cirit-birit
Air rebusan bunga telang juga mampu boleh merawat cirit-birit. Amalkan minum air rebusan setiap hari selama seminggu.

8. Mengatasi masalah sembelit
Caranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum.

9. Membuka selera makan
Bagi anda yang tiada selera makan, amalkan memakan daun telang bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.

10. Merawat ulser mulut
Caranya ialah rendam bunga dan kacang telang  air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

11. Insomnia
Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu merawat insomnia. Amalkan meminum setiap hari untuk menyembuhkan Insomnia.

12. Mengubati bisul
Caranya hancurkan daun pokok bunga telang kemudian tampal pada bisul untuk mengubatinya.

13. Mengubati sakit mata
Caranya ialah rendam bunga telang  dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata. Amalkan setiap hari sehingga mata sembuh.

14. Merangsang memori dan kebijaksanaan
Kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam di India yang telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan seseorang.

15. Mengurangkan gejala asma
Rebus akar bunga telang dan amalkan meminum sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.

16. Mengubati batuk
Akar bunga telang juga dikatakan dapat mengubati batuk.

17. Mengubati bronkitis
Rebus 40-60 gram akar bunga telang dengan 5 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan waktu malam.

18. Mengubati sakit telinga
Caranya ambil beberapa helai daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang mengalami sakit.

19. Mengatasi stress
Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress. Amalkan meminum air rebusan setiap hari.

Viral: Telegram https://t.me/tumbuhan

Lihat lagi di Kategori Viral, Pertanian

About Encik Mus

Minat Pertanian, Fotografi & Blogger Separuh Masa

View all posts by Encik Mus →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *