4 Sebab Kenapa Salad Pahit & Cara Mengatasinya

4 Sebab Kenapa Salad Pahit & Cara Mengatasinya

4 Sebab Kenapa Salad Pahit & Cara Mengatasinya – Boleh dikatakan hampir semua orang suka makan salad atau sayuran hijau segar. Namun ada juga yang tidak bernasib baik  ‘termakan’ salad yang rasa pahit dan tidak sedap. Jadi, apakah sebabnya ia menjadi pahit?

4 Sebab Kenapa Salad Pahit & Cara Mengatasinya 3
Salad segar dan sangat sedap. | Kredit: Kai Pilger @ Pexels – Green Vegetable in White Bowl

Faktor Penyebab Salad Pahit

Faktor pertama adalah disebabkan cuaca. Sayuran salad adalah tanaman yang sangat sesuai ditanam pada kawasan sejuk dengan suhu sekitar 8-20 darjah celcius. Apabila sayuran ini ditanam pada kawasan panas, secara semulajadinya akan melalui proses pematangan di mana akan terhasilnya tangkai dan pokok mula berbunga (bolting). Keadaan ini akan menyebabkan batangnya mengeras dan daun akan bertukar rasa menjadi pahit.

Faktor kedua adalah air. Ya, salad merupakan daun hijau melebar dan memerlukan air yang banyak semasa proses tumbesarannya bagi menyimpan rasa segar dan ‘manis’nya. Namun, bila berlaku kekurangan air, rasa asalnya akan terganggu dan berubah kepada pahit.

Paling mudah melalui pemerhatian mata, jika nampak di hujung daun menjadi kekuningan ia adalah petanda biasa pokok sedang kehausan dan perlu diselamatkan segera. Kekurangan air yang berterusan menjadikan pokok stres dan kemungkinan layu dan terus mati.

Faktor ketiga tertumpu kepada pembajaan. Tanaman salad sangat memerlukan nutrien yang banyak semasa proses tumbesarannya. Sebagai pekebun, sudah pasti akan memberikan apa saja baja asalkan pokok terus membesar dengan jayanya.

Baca Juga :   5 Bahan Semulajadi - Cara Gemukkan Pokok Tanpa Baja Kimia

Namun, pokok yang menerima nutrien yang tidak seimbang ataupun mudah difahami sebagai ‘overdosed’ pun boleh menjadi punca rasa pahit pada salad terutama unsur Nitrogen (N). Jadi, berilah baja dengan kadar yang sesuai dan tidak berlebihan (jadual berkala).

Faktor keempat pula adalah disebabkan penyakit. Penyakit ‘Aster Yellows Phytoplasma’ boleh menyebabkan rasa pahit pada tanaman salad. Simptom penyakit ini mudah dikesan bila daun menunjukkan warna hijau pudar atau pucat dengan saiznya tidak normal (kecil).

Cara Mencegah Salad Pahit

Jika kita menanam di atas tanah, boleh letakkan sungkupan pada sekitar pokok bagi mengurangkan suhu selain mengelak akar terdedah kepada cahaya matahari. Jaring pelindung matahari boleh dipasang bagi mengurangkan kadar cahaya terus kepada tanaman dan mengurangkan sedikit suhu secara tidak langsungnya.

Menanam secara hidroponik boleh menjadikan sayur salad lebih rangup dan kandungan airnya banyak berbanding di tanam atas tanah.

4 Sebab Kenapa Salad Pahit & Cara Mengatasinya 2
Kredit: https://stonepierpress.org

Salad pahit disebabkan masalah terlebih unsur nitrogen boleh dikurangkan dengan proses penstabilan semula dengan menambah abu kayu pada media tanam yang terjejas.

Sebelum memakan salad, anda boleh merendamnya di dalam bekas air sejuk (tambah ketulan ais jika perlu) dalam masa 5 hingga 10 minit dengan mencampurkan juga sedikit baking soda. Kemudian, buang air dan bilaskan dengan air sejuk semula dan rendam semula  dengan air sejuk sahaja untuk beberapa saat sebelum dihidangkan. Selain itu, cara ini boleh menyegarkan semula daun salad yang layu.

Baca Juga :   DIY Membuat Penyiram Automatik Tanaman Dengan Mudah

Cara terakhir adalah menyimpan sayuran salad yang diyakini pahit dengan membungkusnya dalam kertas surat khabar dan menyimpannya di dalam peti sejuk untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimakan. Jika layu, cuba kaedah sebelum ini (rendam dengan air sejuk).

Selamat mencuba!

83 / 100

14 Comments on “4 Sebab Kenapa Salad Pahit & Cara Mengatasinya”

  1. Oh sebab tu lah salad rasa pahit ye?. Memang pernah termakan la salad yang pahit tapi orang tua tua kata pahit itu ubat. Kadang2 ada juga kumbang hitam yang makan tanaman ni. Menyebabkan tanaman ni lama2 terus mati.

  2. Kalau salad pahit memang kurang sedap. Rupa2 nya disebabkan cuaca atau kurang air. Info yg baru Bella tahu. Tanam secara hidroponik pun sihat juga.

  3. Laaa ada kisahnya dan sebab ek kenapa pahit, ingatkan memang salad tu di lahirkan pahit.. kalau panas gini memang lagi pahit laa ekk..

  4. Pahit eh? Kalau khai rasa macam okay je. Salad setiap hari pun takpe especially makan dengan ulam memang sedap! Nasi ayam pun x lengkap kalau x da salad

  5. salah satu penyebab mengapa ramai yang tak suka sayur…
    tak kira dewasa atau kanak kanak..sayur pahit..

    tp kalau balut dengan daging bakar fuhhh..sedap jgk

  6. Bagusnya tips ni!
    Anak-anak suka salad tapi memang pernah termakan yang pahit kat kedai. Nanti boleh laa kasitau staff kedai tu suh buat gini.

  7. Ohhh Salad pernah pahit ker tak tahu pun selalu beli rasa biasa jer rasa sayur hehehe sebab orang dulu-dulu kata kalau makan sayur pahit ni jadi ubat hurmmm hehehehehe tapi kita memang suka Salad…

    1. Selamat menyambut bulan Ramadan dan menunaikan ibadah puasa juga utk puan sekeluarga. Raya di Tuaran saja.. tak jadi balik kampung sebab masih wajib kuarantin lagi di Sarawak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *