5 Tanaman Hiasan Dalam Rumah Boleh ‘Bersihkan Udara’

5 Tanaman Hiasan Dalam Rumah Boleh 'Bersihkan Udara

Tanaman Hiasan Dalam Rumah selain menjadi dekorasi dalaman, ianya secara tidak langsung memberikan impak baik kepada kesihatan penghuninya.

‘Sindrom Bangunan Sakit’ boleh terjadi akibat terlalu lama berada di dalam persekitaran yang tercemar atau berada dalam ruang kurang pengudaraan dan akan menyebabkan seseorang berasa pening, loya dan saluran pernafasan terganggu serta mata berair akibat kerengasaan.

Dengan adanya tanaman hiasan dalam rumah yang mudah ditanam, masalah di atas boleh diatasi atau dikurangkan. Jom kita lihat apakah tanaman tersebut?

Ada lima jenis tumbuhan dalam bangunan yang mudah dijaga dan susah untuk ‘mati’ menurut kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa).

Baca Juga: Kunyit Ditanam Secara Hobi Dan Hasil Tuaian Pertama Mengujakan

Tanaman Hiasan Dalam Rumah

Pakis Boston

Tanaman Hiasan Dalam Rumah - tanaman-pakis-boston
Pakis Boston

Pakis Boston lebih gemar membersihkan udara daripada lokasi yang sejuk dengan kelembapan tinggi dan cahaya bukan terus.

Walaupun tumbuhan ini mudah untuk tumbuh, tetapi ia perlu kekal lembap

Pokok Lidah Jin (Snake Plant)

Tanaman Hiasan Dalam Rumah Snake Plant Lidah Jin Lidah Mak Mertua
Snake Plant / Lidah Jin / Lidah Mak Mertua

Pokok Lidah Jin adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling susah untuk ‘mati’ kerana walaupun ia perlu disiram secara berkala, pokok ini sesuai hidup di tempat yang kering dan menerima sedikit cahaya matahari.

Ia juga dikenali sebagai pokok Lidah Mak Mertua

Dracaena

Tanaman Hiasan Dalam Rumah -Pokok Dracaena
Pokok Dracaena

Terdapat lebih 40 jenis tumbuhan Dracaena dan sudah tentu anda mempunyai banyak pilihan yang menepati citarasa untuk diletakkan di sudut rumah.

Tetapi, pemilik haiwan peliharaan harus berhati-hati kerana Dracaena bertoksik untuk anjing dan kucing.

Pokok Lili Paris

Tanaman Hiasan Dalam Rumah -Pokok Lili Paris
Pokok Lili Paris

Daun Lili Paris adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling mudah untuk membesar dan amat sesuai untuk mereka yang sering terlupa untuk menyiram air pada pokok.

Pokok Bunga Kekwa

Tanaman Hiasan Dalam Rumah - Pokok Bunga Kekwa
Pokok Bunga Kekwa

Dalam kajian Nasa, pokok bunga kekwa merupakan juara tumbuhan yang boleh membersihkan udara kerana mampu menyingkir ammonia, benzena, formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah.

Kredit: Mstar

 

Tonton Video Kami Di Youtube

One Comment on “5 Tanaman Hiasan Dalam Rumah Boleh ‘Bersihkan Udara’”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *