6 Larangan Semasa Bercucuk Tanam Dan Perlu Dielakkan Petani

Larangan Semasa Bercucuk Tanam baja berlebihan

6 Larangan Semasa Bercucuk Tanam – Untuk melakukan apa sahaja perkara di dunia ini, kita perlu melakukannya dengan cara yang betul. Perlu dingatkan, menanam tanpa ilmu sama sahaja seperti hidup tanpa tujuan.  Semuanya adalah sia-sia.

Antara 6 perkara yang perlu dielakkan semasa bercucuk tanam adalah seperti berikut;

1. Membaja dengan berlebihan

Ramai di antara kita beranggapan dengan memberi baja yang banyak akan menjadikan tanaman kita akan cepat besar, subur dan cepat berbuah. Namun sebenarnya, pembajaan yang berlebihan akan merosakkan tanaman. Pokok perlu bekerja lebih keras untuk menghadam nutrien dari baja. Baja yang berlebihan akan menyebabkan pokok kepanasan dan mengakibatkan daun akan melecur, kering dan akhirnya pokok mati. Selain itu, kita akan membazir dari segi kos membeli baja. Baja perlulah digunakan dalam nisbah yang disyorkan. Beri keutamaan dalam penggunaan baja kompos semula jadi berbanding baja kimia.

2. Menanam di kawasan kurang cahaya matahari

Tumbesaran pokok akan terganggu sekiranya tidak dapat menjalankan proses fotosintesis kerana tidak mendapat cahaya yang secukupnya. Namun, ada juga pokok memang boleh hidup dengan cahaya matahari yang minimal.

3. Medium tanaman tidak sesuai.

Medium tanaman yang tidak sessuai seperti cocopeat yang banyak serat, tanah yang keras tanpa sebarang bahan organik menyebabkan tanaman sukar menyerap nutrien dalam tanah, ia boleh menyebabkan tanaman menjadi terbantut. Contoh bahan organik ialah baja subur organik seperti tahi ayam, baja kompos atau sisa makanan, vermikompos dan sebagainya.

 

pokok lemas terlebih air
Pokok lemas terlebih air

4. Pokok disiram dengan berlebihan.

Ada pokok memerlukan air yang banyak dan begitu juga sebaliknya. Penyiraman yang berlebihan sehingga menyebabkan akar pokok terendam terutama yang ditanam dalam pasu boleh menyebabkan akar menjadi reput dan menyebabkan tanaman lemas dan mati. Kelembapan yang sesuai boleh dikekalkan dengan kaedah sungkupan seperti menggunakan sabut kelapa, rumput kering kerana ia dapat membantu menyerap air yang berlebihan dan mengelakkan rumput tumbuh.

5. Kedalaman semaian biji benih tidak sesuai.

Kedalaman biji benih yang disemai pada kebiasaanya sedalam sekali atau dua kali ganda saiz biji benih itu sendiri.  Namun tidak semua benih sesuai ditanam terlalu dalam, contohnya biji sayuran seperti sawi. Menanam benih sawi terlalu dalam akan menyebabkan ia tidak bercambah.

6. Jarak tanaman tidak sesuai.

Konsep jarak menanam terlalu rapat akan menyebabkan ke’tidakselesaan’ pada pokok. Tanaman yang terlalu rapat antara satu sama lain akan menyebabkan pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air dan nutrien dalam tanah. Perlulah  lakukan penjarangan pokok atau tebang pokok yang tidak diperlukan supaya tanaman mendapat cahaya matahari yang cukup dan lebih produktif.

Kredit: Facebook : Larangan Semasa Bercucuk Tanam

Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

2 Comments on “6 Larangan Semasa Bercucuk Tanam Dan Perlu Dielakkan Petani”

  1. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, dah lama tak bercucuk tanam especially lepas duduk rumah apartment ni rasa mcm tak makin jauh nak bercucuk tanam ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *