6 Tips Tanam Timun Dengan Berat Sebiji Hampir 1kg – Pada kali ini, saya ingin berkongsi beberapa tips tanam timun berdasarkan pengalaman saya.
Saya ada membuat beberapa carian tips tanam timun supaya saya tidak tersasar jauh dari cara sebenar. Rujukan dibuat di Youtube dan blog-blog pertanian. Terfikir juga nak buat tanaman timun jepun secara fertigasi atautanam timun dalam polybag. Namun, belum sampai masanya lagi.
Saya menggunakan biji benih Givmore harga boleh dikira murah tetapi sangat berkualiti. Tiada sebarang tanda kualiti benih samada dari jenis F1 Hybrid atau tidak dan jenis non-GMO atau tidak. Semaian biji benih timun ni sama saja macam cara tanam tomato, cili dan sebagainya.
Saya mula membuat penyemaian biji benih pada 12hb Disember 2020 dan mula bercampah 3 hari kemudiannya.
Selepas keluar enam helai daun, saya terus memindahkan anak pokok timun tersebut ke batas yang saya buat berbentuk ‘raised garden bed’. Saya cuma memindahkan cuma lima anak pokok sahaja memandangkan keluasan batas amat terhad.
Pokok membesar seperti yang dirancang. pada peringkat awal pokok berbunga, saya dapati bunga betina pokok sangat sedikit dan saya uji dengan membiarkan pendebungaan semulajadi berlalu melalui agen pendebungaan seperti kelulut, lebah mahupun semut.
Malangnya, tidak ada bunga betina yang saya uji berjaya. Saya terus mengambil keputusan untuk melakukan pendebungaan manual (hand pollination) pada bunga betina yang akan datang.
Pada peringkat ini, terdapat tanda serangan ulat pelombong daun (leaf miner) pada daun bahagian bawah. Saya guna semburan ‘neem oil’ dan tidak bercadang untuk menggunakan racun kimia.
Selepas hampir dua bulan, barulah perkembangan bunga jantan dan betina seimbang dan saya berhasil membuat pendebungaan secara manual. Pada masa ini, saya buat tuaian buah timun yang pertama.
Saya sangat teruja dengan saiz buah timun yang ditanam. Perkembangan dari bunga kepada buah sangat cepat. Secara purata berat sebiji buah timun adalah 900gram menghampiri 1kg sebiji.
Buah timun tidak pahit dan sangat rangup. Anak-anak saya pun suka makan.
Isi Kandungan
6 Tips Tanam Timun Boleh Dicuba
Berikut adalah tips yang dapat saya kongsikan berdasarkan pengalaman sebenar saya menanam pokok timun. Mungkin akan berbeza hasilnya daripada tanaman kawan-kawan.
1. Media tanam & Siraman
Walaupun menanam di batas, saya menambah tanah ‘top-soil’ yang dicampur dengan sekam bakar/mentah dan kompos untuk tujuan pengudaraan dan kesuburan tanah. Baja kompos yang digunakan adalah dari jenis vermikompos .
Nisbah kuantiti yang pada media tanam adalah 2 tanah : 1 sekam bakar/mentah : 1 kompos.
Siraman saya buat pada sebelah pagi dan petang sahaja.
2. Para / junjung pokok timun
Diketahui pokok timun adalah jenis pokok menjalar dan tidak elok jika dibiarkan menjalar ditanah bagi mengelak penyakit mahupun serangan perosak seperti siput atau ulat beluncas. Jadi, saya membuat para menggunakan dawai hijau agar pokok boleh memanjat ke atas dan buahnya tidak menyentuh tanah.
3. Pangkasan
Selepas pokok mula berbunga dan berbuah, saya mula memangkas/membuang daun bawah atau daun-daun yang sudah tua. Daun yang tua jika dibiarkan akan menjadi sarang kepada semut mahupun perosak yang lain.
Selain itu, pangkasan daun ini dapat memberi peluang nutrien yang diserap akar terus sampai ke buah (tidak terbazir kepada daun).
4. Kawalan Penyakit
Saya menggunakan ‘neem oil’ yang diselang-selikan dengan cuka kayu sebagai cara mengawal kehadiran perosak. Untuk masalah ulat dan pelombong daun, kaedah ini sangat mujarab.
Namun, apabila hujan sering turun, daun tidak sempat mengering maka terjadi pula masalah daun berkulat. Saya cuba guna kaedah di atas, namun hasilnya tidak memberangsangkan. Sebagai alternatif, saya buang sahaja daun yang berpenyakit bagi mengelak ianya berjangkit.
Sekurang-kurangnya, masalah ini dapat dikurangkan/dikawal.
5. Pemberian baja
Pada peringkat awal menanam, saya cuma memberikan baja kompos dan baja humus (baja kopi 8:8:8) sahaja pada pokok sehinggalah ianya mengeluarkan bunga.
Peringkat berbunga, berikan baja humus dan selang-selikan dengan baja kompos seperti peringkat awal menanam.
Namun selepas mula berbuah, saya terus memberikan baja buah Novatec Premium sehingga sekarang. Pembesaran yang sangat cepat dan pada saiz yang optimum.
Beli disini baja buah Novatec Premium
6. Menuai hasil
Peringkat ini adalah kemuncaknya. Jika kawan-kawan perasan, buah timun ini pada peringkat awalnya terbentuk terdiri dari ‘duri-duri’ dan bentuk ini terus nampak sehingga buahnya matang untuk dipetik.
Saya pun baru dapat petua untuk menuai timun. Jika durinya sudah hilang atau permukaan kulit buah timun licin bila disentuh bermakna buahnya sudah sedia dipetik.
Saya cuba petua ini dan ternyata benar. Tahap matangnya memang tepat dan sangat rangup bila dimakan. Tiada rasa pahit langsung dan saya dan keluarga cukup menyukainya.
Masa akan datang saya nak cuba buat penanaman timun jepun pula.
Perkembangan semasa pokok timun saya kemaskinikan di Facebook Nacqris Backyard Garden.
Video;
Makhaihhhh terkejut tengok size timun tu. Besarnya. Tak pernah lagi tengok timun sebesar ini. Baru nak tanya sedap ke timun sebesar ni. Rupa-rupanya rasa dia rangup ye?.
ya mmg sedap, rangup isinya.. cuma nak makan kena potong kecik sikit..
sesuai sangat untuk buat jus..
Wah thank you share step by step beserta tips2 yang bagus berkenaan penanaman timun ni, bagus untuk jadi rujukan terutamanya newbie macam saya. Besar betul timun yang terhasil tu, impressed tengok! 😁
saya pun tak sangka saiznya begitu besar bila matang.. dah test makan masa saiz sederhana besar.. tak sedap pula sebab bergetah dan pahit..
Wow! IKG tu memang besar kan. Thanks for the tips on how to grow big cucumber. Will try to practise the provided tips.
ya.. selain makan.. boleh buat jus.. tambah pudina dan air soda.. sebiji dah cukup sekali hidang.
Meriahnya, best dapat tanam sendiri timun-timun nih jimat membeli. Neem Oil tu nak guna macam mana ye? terus sembur kat pokok dan daun ke, beli di mana ye?
neem oil tu campur air kosong dan sembur pada keseluruhan pokok pada lewat petang. boleh beli di shopee.. atau kedai jual input pertanian.
bestnyaaa segar je timun tu. nanti nak try la jugak tanam manatau menjadi kan
boleh cuba.. sangat mudah ditanam
Ya ampun.. sukanya tengok timun ni… Puas makan ni.. ada tips juga.. wahh tq tq nanti.nak cuba tanam
memang puas makan.. rangup je bila digigit.. haha
pernah juga cuba tanam timun. tapi hampeh. banyak siput babi la pulak. pastu saya terus giveup
kena bagi racun siput supaya tiada gangguan lagi,,
Seronoknya dapat tuai hasil tanaman sendiri. Dulu masa dok kg adala tanam tp tkde info begini. Main biar aje. Tq for the tips sb tk ramai tahu melainkan pakar bidang pertanian 👌👌
Dulu Saya pernah tanam, beli benih kata timun besar, sekali dh tumbuh kecikk aje timunnya hahaha.. ke tak cukup baja ke tak tau laa.. dapatlah juga makan hasil tanam sendiri…
omg those cucumbers are HUGE! This is indeed an interesting article with so many useful tips. learned a lot from you today 🙂
Wah menjadi betul timun tu. Rumit juga proses menanam timun ni ya, kalau nak dapatkan hasil macam ni.
kalau dah biasa.. mudah je sebenarnya. mula-mula nak belajar memang agak rumit
wah bestnya dapat tanam timun sendiri. teringat pulak masa kecil2 dulu, parent saya tanam macam2 dekat kawasan belakang rumah. 🙂
sy dapat ilmu berkebun ni pun dari kecik lagi.. pengalaman amat berharga..
Seronoknya pandai menanam sayur macam ni. Elok subur. Kalau ada tanah lapang memang minat nak cuba tanam tapi tak ada kawasan
tu antara kekangan nak berkebun.. jika ada minat boleh guna space yg ada.. buat hidroponik ke.. tak perlu space yang besar
Walawei besar sehy timunnya by the way thank you share step penanaman beserta tips yang menarik. Besar-besar gini boleh lah buat jus. Tambah dengan pudina dengan air soda… perghhh!!!
idea yang menarik
Menariklah.. lagi best dapat makan hasil tanaman sendiri kan.. sure puas! great tips for us ni.. Especially teknik pangkasan… (Y) nak try buat the para tue…
ya bro.. kita boleh makan tanpa risau racun perosak dan sangat puas..
boleh cuba teknik tersebut untuk mengoptimumkan hasil tanaman.
Wah best nyer, i pun nak belajar tanam sayuran sendiri kat rumah. Agak senang juga kan.
ya.. kalau minat dan faham cara menanam.. semua jadi senang.. boleh ajak anak-anak menanam..