7 Cara Mengatasi Masalah Siput Guna Bahan-Bahan Di Dapur. Anda Pasti Suka!

Cara Mengatasi Masalah Siput Babi

7 Cara Mengatasi Masalah Siput Guna Bahan-Bahan Di Dapur – Siput adalah musuh utama dan masalah ini yang sering dihadapi oleh sesiapa sahaja yang berkebun.

Dalam proses menanam, kita sering mengimpikan tanaman yang subur tanpa ada sebarang masalah. Tidak kisahlah masalah yang berpunca dari cuaca yang tidak menentu, kualiti biji benih yang rendah atau serangan serangga atau makhluk perosak. Bagi yang pernah menghadapi situasi ini, saya sangat faham apa yang anda rasa.

Namun pada kali ini saya lebih fokuskan kepada masalah siput yang sering terjadi terutama selepas hujan. Siput babi terutamanya merupakan perosak secara senyap namun jika tidak dibendung pasti habis punahlah tanaman di kebun.

Walaupun nampak seperti perlahan pergerakannya, namun pokok sup saya bertukar menjadi gondol cuma dalam tempoh satu malam sahaja. Bak kata orang “don’t judge a book by its cover” .

Inilah 7 Cara Mengatasi Masalah Siput

Saya kongsikan cara semulajadi atau guna bahan-bahan yang mudah di dapati di dapur tanpa menggunakan racun siput seperti jenama Siputox dan Esaro.

1.  Kutip , Buang & Gemburkan Tanah

Ini adalah cara paling mudah tanpa kos. Kutip siput-siput yang ada dan buang jauh dari kawasan kebun anda. Boleh tahan juga penat memungut siput ini terutama bagi yang ada kawasan kebun yang luas. Namun bagi yang geli pada siput, ini bukan caranya. Saya pernah nampak, kawan saya pijak sampai pecah cengkerang. Agak kejam caranya.

Kemudian gemburkan tanah bagi mengelak telur-telur siput tersembunyi di dalam tanah. Selain itu, ianya baik untuk pengudaraan tanah.

2. Kulit Telur

Cara Gemukkan Pokok - Kulit Telur Ayam
Kulit Telur – gambar Google

Tidak kisahlah  kulit telur ayam atau itik. Siput tidak sukakannya. Cara menyediakannya mudah dengan menjemur sehingga kering sepenuhnya sebelum dipecah-pecahkan (bukan hancur). Kemudian, ianya ditabur di sekeliling pokok dan masalah siput boleh dikurangkan.

Siput tidak sukakan kulit telur kerana boleh mencederakannya dan akan lari menjauhinya. Selain itu, kulit telur memberi sumber kalsium semulajadi kepada tanaman.

3. Abu & Arang

Ya, abu boleh gunakan untuk menghalau siput. Siput sukar bergerak di atas abu dan lendirnya akan menyejat abu. Selain itu, abu memberi sumber nutrien kepada tanaman (menstabilkan PH tanah). Jika tiada abu, boleh tumbuk arang yang sering digunakan untuk memanggang. Tumbuk halus dan tabur di sekeliling pokok.

4.  Serbuk Kayu Kering

Seperti abu, siput juga sukar untuk bergerak di atas serbuk kayu yang kering dan akan akan berusaha mengelak kawasan ini. Pastikan serbuk kayu tiada serangga perosak lain seperti anai-anai atau semut sebelum menggunakannya.

5.  Tepung Jagung

Ini antara penyelesaian masalah siput yang mudah. Taburkan tepung jagung secukupnya dalam bekas yang mudah dilalui siput. Namun sebelum ini kena buat jerat supaya siput datang ke jerat dengan menggunakan daun sayur seperti kobis.

6. Air Kopi

Kandungan kafein  yang terkandung dalam air kopi boleh membunuh siput. Ini adalah hasil kajian sebuah badan di luar negara.  Air kopi boleh disembur pada keseluruhan pokok dan boleh memberi zat nitrogen kepada tanaman.

Rujukan : Natural Slug Control

7. Tanam Pokok Berbau Kuat

Pokok Kucai
Pokok Kucai

Siput secara semulajadinya tidak suka pada pokok yang mengeluarkan bau yang kuat seperti pudina, rosemary, basil atau kucai. Tanam pokok ini di dalam pasu dan boleh diletakkan pada kawasan pokok yang sering didatangi siput.

Pengalaman saya, siput akan berada di pokok kucai tetapi tidak memakannya. Mungkin rimbunan pokok kucai memberi teduhan kepada siput. Jadi, saya sering kali membelek setiap pokok kucai dan membuang siput yang berada di situ.

 

BONUS!

Jika tiada masa nak cuba cara di atas, boleh guna Mr Ganick Non Toxic Organic Molluscicide Natural Snail Control 500G untuk masalah siput yang menyerang tanaman anda.

Mr Ganick Non Toxic Organic Molluscicide Natural Snail Control 500G
Atasi Masalah Siput – Mr Ganick Non Toxic Organic Molluscicide Natural Snail Control 500G

13 Comments on “7 Cara Mengatasi Masalah Siput Guna Bahan-Bahan Di Dapur. Anda Pasti Suka!”

  1. saya guna racun siput warna pink tu, besok pagi memang tergolek si siput perosak. Saya pernah dengar tips guna kulit telur tapi tak pernah cuba

  2. Thanks for the very useful tips on how to get rid of pest like snail using merely stuff that we can find at home right? Thanks.

  3. Saya guna kulit telur aje, pecah-=pecahkan then tabur atas pasu, tapi ada masa, punn ada gak siput.. nanti cuba lain tips tu pulak..

  4. ohh woow….impressive sharing on these tips to avoid snails at home, learnt them all & gonna practising them too. thanks so much for sharing this. cheers, siennylovesdrawing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *