7 Kelebihan & Seronoknya Ada Kebun Dapur Sendiri – Saya sendiri mempunyai pengalaman memiliki kebun dapur. Walaupun tidak semuanya ada ditanam sendiri sedikit sebanyak ada bahan yang tidak perlu dibeli di pasar lagi.
Keperluan utama seperti bawang, cili dan sebagainya saya pernah tanam namun keberhasilannya kurang memberangsangkan. Ketika ini fokus saya mula lari kepada tanaman herba seperti kemangi, selasih, pudina, bangun-bangun dan tanaman kegunaan lain seperti halia, kunyit dan sayur-sayuran.
Memang terbaik pengalaman memiliki kebun dapur sendiri. Saya teruja menanam terutama dari biji benih dan sebahagiannya juga ditanam menggunakan keratan.
Isi Kandungan
Kelebihan Kebun Dapur
Ada banyak kelebihan bila memiliki kebun dapur anda sendiri. Selain memperolehi pelbagai bahan masakan yang segar, kita tidak perlu khuatir dengan kandungan racun perosaknya. Di sini kepuasannya jelas terasa mempunyai kebun dapur sendiri.
Di bawah ada beberapa kelebihan kita bercucuk tanam sendiri, biasanya dimulakan dari rumah pada skala kecil;
1) Bahan Segar
Tidak sampai seminit, tanaman yang dipetik terus masuk ke dapur. Begitulah cepatnya proses memasak dan kesegaran bahan-bahannya terkawal. Bagi yang perlu ke pasaraya, selain wang ringgit, masa juga boleh terbazir hanya untuk membeli dua helai daun pandan sebagai contohnya.
Bahan memasak yang dibeli dalam kuantiti banyak (biasa dalam pek di pasaraya), kita tiada pilihan selain menyimpannya di dalam ruangan sayuran peti sejuk. Jika tidak bernasib baik, ianya akan menjadi kering, rosak dan tidak dapat digunakan. Nampak tak? Pembaziran tanpa sedar berlaku di sini?
Lebihan dari masakan seperti daun kesum, pudina dan sebagainya boleh ditanam dengan mudah jika tahu caranya.
2) Stok ‘On The Spot’
Mungkin anda pernah mengalami situasi di mana semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terfikir untuk memasak sesuatu resipi. Namun, untuk berpatah balik menuju ke pasaraya membuatkan anda membatalkan niat tersebut.
Nasib menyebelahi anda sekiranya bahan tersebut ada anda tanam sendiri. Tinggal untuk dipetik sahaja. Bukankah ianya memudahkan? Mood pun tak ke laut sekiranya gagal menyelesaikan ‘misi penting’ memasak resipi yang tiba-tiba datang tadi.
3) Sihat & Suci
Sebagai pengguna dan pekebun, andalah perancang utama kepada pengurusan di kebun anda. Samaada anda hendak menggunakan baja atau racun kimia mahupun menggunakan semuanya organik.
Pernahkah anda mendengar suatu kisah tentang penggunaan plumbum dari bateri ke atas tanaman sayuran? Tujuannya mengelakkan perosak namun kehadiran plumbum yang tinggi sangat berbahaya kepada kesihatan manusia dan menyebabkan tanah ‘mati’ tanpa ada nutrien lagi.
Sanggupkah anda menggunakan bahan kimia ke atas tanaman yang akan dimakan oleh anda sendiri?
4) Manfaat herba
Pokok herba selain mencantikkan halaman rumah kita, ada banyak khasiat tersembunyi yang mungkin kita tidak ketahui. Saya sendiri baru sahaja mencuba menanam pokok herba.
Ada pokok herba yang mengharumkan halaman rumah seperti pokok thai basil/selasih, Selain bunganya boleh dijadikan minuman.
Jika ada menanam pudina, bolehlah dibancuh secawan teh pudina bagi melegakan sakit perut. Pokok bangun-bangun boleh dijadikan ubat batuk semulajadi.
Banyak khasiat herba yang boleh kita terokai dan cuba tanam mengikut keperluan kita.
5) Terapi diri
Proses menanam bermula dari menyemai biji benih sehingga tanaman tersebut dapat dimanfaatkan akan memberikan kepuasan dan pengalaman yang sangat berharga.
Seronok bila dapat melihat hasil yang ditanam sendiri tumbuh dan membesar. Menjaga dan menyemai kebun herba anda sendiri memberikan pengalaman yang berharga dan melegakan.
Pengalaman saya sendiri, sepanjang proses tersebut kita berinteraksi dengan ‘benda hidup’ dan perlu kita belai sepanjang masa. Perkara pertama dibuat setelah sampai di rumah, sudah pasti menjenguk belakang rumah. Boleh dijadikan terapi setelah penat bekerja.
Pernah juga dulu, malam-malam pun pergi ke kebun belakang rumah sehingga jiran kehairanan. Haha..
6) Persekitaran rumah segar dan harum
Halaman rumah akan bertambah cantik dengan tumbuhan segar selain bau segar daun-daunan. Saya sebelum ini cuma menanam ‘edible plant’ sahaja iaitu tanaman yang boleh dimakan. Namun setelah habis musim menuai, halaman menjadi kosong kerana tiada jadual terancang menanam.
Selepas saya mula menanam pokok herba dan beberapa bunga-bungaan, keceriaan halaman rumah semakin bertambah.
7) Sumber Pendapatan Sampingan
Untuk yang terakhir, saya sendiri sudah merasai pengalaman bagaimana kebun dapur yang kecil boleh memberi pendapatan sampingan. Saya laluinya dengan cara dalam talian dan luar talian.
Secara dalam talian, saya merekod semua video saya menanam dan memuatnaiknya di Youtube. Anda boleh ‘langgan percuma’ dan tonton video tersebut di sini – Nacqris Backyard Garden . Saya sudah mula ‘monetise’ saluran youtube saya dan adalah juga belanja saya untuk membeli prop baru, anak benih dan segala kelengkapan berkebun.
Bagi secara luar talian pula, saya mula menjual anak-anak pokok yang ada permintaan tinggi. Cuba bayangkan satu pasu anak pokok kunyit hitam dijual dengan harga RM35-RM50 sepasu. Saya pernah jual sehingga 20 pasu. Berapa yang saya dapat hasilkan?
Gambar Hasil Kebun Dapur Saya











betul saya pun macam tu, yang bestnya tak perlu nak beli cili padi, daun pandan, daun kesum di kedai lagi, ada di kebun tepi rumah
seronok memetik sayur di kebun.. sangat menjimatkan
tahniah bro kerana berjaya mengwujudkan kebun dapur sendiri.
saya juga ada impian demikian pada suatu hari nanti..
sekarang belum lagi ..
tahniah juga kerana blog sudah monetise ..semoga terus sukses dan berjaya..
aamiin
terima kasih bro..
yang penting kita minat apa kita buat..
My mum pun bahagia sebab ada kebun dapur nie. That’s why dia taknak duduk ngan I kat KL haha
Teringin nak ada kebun sendiri. Nak masak apapun mudah. Jimat juga pulai tu
memang wishlist nak ada taman herba macam ni. lani dok apartment. dapat la jugak tanam sikit2. seronok tengok tanaman awak
Seronokkan ada kebun sendiri. Nak masak ambik je stok dari kebun.
Seronok tengok kebun ni.. Teringin juga nak tanam2 macam ni tapi keadaan tak mengizinkan.. balcony tak cukup luas.. hopefully ada rezeki dapat stay rumah lot macam ni soon.. (Y)
Sejak pkp ni saya pun tanam herba sendiri, tapi sikit2 je la sebab duduk condo, boleh letak kat tingkap je.
Ya Allah kunyit tu gemuknyaaa…
Bestnya dapat berkebun dan tanaman subur macamtu.. Sis ada gak, tapi jadilah sekangkang kera jee hehehe
ohh woow…..such a briliant ideas, thanks for sharing this great info here, gonna start it for my own home too. cheers, siennylovesdrawing
what a beautiful garden you have there
Betul, memang bagus kalau ada “kebun kecil” kat rumah. Jimat pun jimat. Anyway thank you for sharing, good info
Memang betul, menaman ni terapi dan stok sentiasa ada! Kita pun suka bercucuk tanam. Sama! kita banyak tanam sayur, cili daun ulam ulaman untuk makan. Jeles tau awak ada tanah ruang besar. Kita rumah flat ruang kecik jer. Asal ada jadi laaa. Kann
Tahniah atas kejayaan Mr Mus dlm arena pertanian. Seronok betul saya tengok edible plants yg sihat. Terus terang, impian/angan2 saya utk bercucuk tanam sgt besar. Bila di Kundasang, saya paling suka tengok tanaman sayuran di tepi jalan, kagum dgn hasil tangan pekebun. Tapi bab menjaga tanaman…. mmg ‘fail abis’! 😅
Bagus ni, now i m motivated to start my mini garden at my condo balcony, i can plant cili padi.
memang seronok n best ada kebun sendiri. Tapi bagi yang dok rumah apartment tu susah sikit la walaupun ada pilihan hidroponik, x semua pokok boleh hidroponik kan.. saya dok kt kg ni lg rasa bertuah hehe.