7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah

7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah

7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah – Semenjak musim pandemik maka semakin ramai yang sudah mula berkebun di rumah. Ada yang berskala besar ada ada juga yang bersaiz mini sahaja. Ada kebun dapur sendiri sekurangnya memudahkan urusan memasak tanpa perlu membeli di kedai.

Selain itu, kita boleh menggunakan tanaman yang segar baru dipetik dan tidak gusar dan was-was akan kandungan racun perosak yang biasa digunakan oleh ladang sayur komersil.

Ini bukan sahaja dapat menikmati makanan yang segar, tapi dapat juga menjimatkan perbelanjaan dapur. Sebagai contoh, kita ingin memasak kari dan perlukan daun kari. Biasa kuantiti yang digunakan untuk memasak adalah sedikit sahaja. Selebihnya di simpan di dalam peti sejuk. Lama-kelamaan, daun kari pun kering dan tidak dapat digunakan lagi.

Nampak tak pembaziran yang mungkin kita tidak sedari sedang berlaku.

Untuk bertani, keadaan tempat tinggal memang  menjadi faktor utama. Namun dengan adanya teknologi seperti hidroponik, tidak menjadi masalah untuk penduduk rumah pangsa/apartmen untuk bercucuk tanam.

Ada 7 pokok herba yang boleh saya kongsikan untuk anda tanam sendiri mengikut kesesuaian tempat tinggal anda.

1) Daun kari

7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah - Daun Kari
Pokok Kari

Daun kari sangat sangat banyak digunakan di dapur. Tidak rugi menanam pokok kari di rumah kerana pokok kari sangat mudah untuk tumbuh. Saya sendiri pernah menanam menggunakan keratan batang dan biji benihnya.

Pokok kari tidak perlukan penjagaan rapi. Tanam di kawasan terbuka dan siram cukup sekali sehari sahaja. Saya memberikan baja tahi ayam dua minggu sekali untuk menyuburkannya.

Jika ditanam di atas tanah, pokoknya boleh membesar sehingga enam meter tinggi dan kurang sesuai ditanam berdekatan dengan rumah, kecuali kita rajin memangkas ‘pruning’ dahannya supaya tidak meninggi dan dibiarkan rendang sahaja.

BACA JUGA : Kenapa Tanam Kesum Dalam Pasu Atau Polibeg Tidak Pernah Hidup?

Saya kongsikan cara menanam pokok kari menggunakan keratan batang dan biji benihnya. Anda boleh cuba ya.

 

2) Rosemary

7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah
Rosemary | Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Pokok herba yang berasal dari Mediterranean ini sangat popular digunakan dalam masakan barat. Orang kita mungkin jarang atau tidak pernah memasak menggunakan pokok rosemary.

Herba ini agak kuat baunya dan sesuai digunakan untuk menu berasaskan daging kambing, daging lembu mahupun ayam serta yang lainnya.

Rosemary boleh ditanam menggunakan keratan batang dan biji benih. Pokok ini memerlukan cahaya yang minima, cukup cahaya pagi sahaja dan media tanamnya kena poros (tidak menakung air).

Pokoknya boleh ditanam di dalam pasu dan sesuai diletakkan pada tepi tingkap di dapur. Mudah dipetik semasa memasak.

3) Serai

7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah - Serai
Serai

Serai antara bahan utama yang perlu ada di dapur. Ianyanya sangat berguna dalam masakan terutama masakan Asia Tenggara.

Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan.

Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom.

Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Rujuk video di bawah cara menanam serai.

4) Pudina

Pudina antara pokok herba yang mudah ditanam dengan penjagaan yang minimum. Ianya tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak dan sesuai ditanam di tepi tingkap.

Pokok ini memerlukan air yang mencukupi dan mudah kering jika media tanah tidak cukup air.

Selain cantik dan baunya harum menyegarkan, pokok ini sangat mudah digunakan terutama untuk dibuat minuman teh pudina dan saya sendiri ada gunakan dalam masakan biryani dan ianya sangat sedap.

Anda boleh menanam herba berbau segar ini dengan mudah menerusi tutorial di bawah ini!

 

5) Ketumbar

Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya.

Saya sendiri pernah menanam pokok ketumbar dan ianya memerlukan kesabaran kerana dari menanam dari biji benih sehingga bercambahnya agak lama (1-2 minggu).

Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan keratan batangnya dan masukkan ke dalam bekas berair sehingga keluar akar sebelum dipindahkan ke tanah. Cara ini lebih cepat namun risiko pokok mati akibat akar busuk juga tinggi. Pokok ini tidak memerlukan air yang banyak.

Pokok yang sudah matang akan mengeluarkan bunga dan ianya dikeringkan menjadi biji ketumbar.

6) Selasih Thai

7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah - Thai Basil Kemangi
Selasih Thai / Thai Basil

Pokok Selasih Thailand adalah herba wangi yang memenuhi kebun belakang rumah saya ketika ini. Baunya semerbak harum.

Walaupun sering disebut sebagai selasih Thailand, ia sebenarnya berasal dari wilayah Asia Tenggara. Ianya banyak digunakan untuk memasak.

Pokok herba ini adalah pilihan terbaik sebagai tanaman luar atau di dalam rumah. Pengalaman saya, pokok ini memerlukan cahaya matahari yang cukup 5-8 jam sehari agar pertumbuhannya subur dan akan merendang.

Ianya boleh ditanam menggunakan keratan batang atau biji benih.

 

7) Cili

7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah - Cili
Tuaian cili fertigasi saya

Tanaman terakhir dalam senarai ini pula adalah yang mempunyai rasa pedas dan tidak lain tidak bukan adalah cili.

Tananaman cili adalah pokok pertama saya tanam sejak mula berkebun. Ianya senang tumbuh terutama cili padi dan saya pernah juga menanam cili terpedas seperti Carolina Reaper.

7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah - Carolina Reaper7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah - Carolina Reaper
Carolina Reaper

Tanaman cili ini memerlukan penjagaan rapi kerana sangat mudah diserang perosak seperti aphid, thrip. Selain itu, kawalan serangga perlu dibuat secara berkala samaada menggunakan racun perosak kimia atau organik.

Pokok ini boleh ditanam dengan kaedah konvensionnal di batas tanah atau ditanam menggunakan sistem fertigasi (polibeg) mahupun hidroponik (air).

Bergantung kepada keperluan anda dan kemahiran anda mengendalikannya dan bajet kos anda untuk menanam.

Selamat mencuba!

Video BONUS!

 

 

11 Comments on “7 Pokok Herba Yang Mudah Anda Tanam Di Rumah”

  1. Ha….best info ni sebab Sal pun masih baru dalam dunia bercucuk tanam ni . Saje nak mengisi masa lapang lagipun rumah atas … tak semua pokok boleh tanam . Tapi kari ada .. hehehe

  2. bestnyaaa very good artikel. so far kat rumah ni tanam serai je. yang lain tak menjadi. taktau pasai pa

  3. Bestnya banyak pokok yang boleh ditanam disekeliling rumah serta dalam pasu sahaja rupanya. Saya ada tanam juga terutamanya cili, tapi kadangkala daun dia kena serangan ulat.,akhirnya pokok mati. Cuma yang tinggal kesum dan serai..

  4. Bestnya dapat tanam pokok herba kat rumah kita tanam semua mati wakakak lepas ni nak usaha balik projek tanamam sempena PKP ni kan hehehehe tengok hasil semua best dan banyak boleh makan sendirikan..

  5. Saya peliklah, lain-lain pokok memang tangan saya kalau tanam, semua mati.. kecuali pokok kari dan pokok limau.. kesum pun sama, elok je tanam, langsung tak subur..pelikk betul…

  6. Yang ni menarik… lepas baca blog lepas terus Nell pergi beli something to tanam kat balcony walaupun kecil dan limited tempatnya.. next boleh try tanaman herba pulak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *