Aplikasi MARDI Doktor Cili – Bantu Petani Hadapi Masalah Tanaman Cili

Aplikasi MARDI Doktor Cili

MARDI Doktor Cili – Aplikasi mudah alih Diagnosa Penyakit dan Serangga Perosak Cili dan juga panduan kepada pengguna untuk mengenalpasti penyakit, cara pengawalan dan cara pengurusan tanaman dengan betul. Imej berkualiti simtom penyakit boleh dijadikan alat untuk mengenalpasti sesuatu jenis penyakit. Disamping itu, panduan untuk mengatasi dan mengawal sesuatu jenis penyakit dari merebak juga turut diberikan, termasuk senarai racun serangga perosak yang biasa digunakan.

Saya sendiri baru mengetahui beberapa aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh pihak MARDI dan ianya secara tidak langsung banyak memberi pengetahuan dan pendidikan kepada para petani dan tertarik dengan aplikasi MARDI Doktor Cili.

Aplikasi MARDI Doktor Cili Adalah PERCUMA

Aplikasi ini dibangunkan untuk kemudahan kepada pengguna (fokus kepada petani) untuk mendapatkan maklumat yang tepat di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja selagi ada sambungan talian internet. Amat mudah kan?

Aplikasi MARDI Doktor Cili
Antara menu aplikasi

Aplikasi ini memfokuskan Diagnosa Penyakit & Serangga Perosak CIli boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang ini terutama untuk mengenalpasti jenis penyakit, cara pengawalan dan cara pengurusan tanaman dengan betul. Terdapat penerangan jelas dan mudah difahami melalui penyampaian aplikasi ini.

Baca Juga: 2 Cara Menanam Kunyit Hitam (Kaempferia Parviflora)

Aplikasi MARDI Doktor Cili
Penerangan penyakit cili dan cara kawalannya.

Di samping itu, panduan mengatasi dan mengawal sesuatu jenis penyakit dari merebak juga turut disediakan termasuk jenis-jenis racun serangga perosak yang biasa digunakan serta tidak melanggar akta racun negara kita.

Aplikasi MARDI Doktor Cili
Contoh senarai racun

 

Aplikasi ini diharap dapat membantu pengguna aplikasi untuk mencapai maklumat dengan mudah, cekap dan akhirnya dapat meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kebergantungan import cili.

Pasang aplikasi ditelefon bimbit anda ;

Selain boleh dipasang di telefon bimbit, ianya boleh dilayari melalui telefon atau komputer dengan capaian ini http://doktortani.mardi.gov.my/cili/

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *