Baja Kopi Organik Humus 8:8:8

Baja Kopi Organik (Humus 8:8:8)

Baja Kopi Organik (Humus 8:8:8)

Baja kopi organik humus 8:8:8 + 3MgO+10%HA + 0.5% B + TE @ dikenali baja kopi adalah baja butir lengkap yang popular dan menjadi pilihan utama pekebun bandar sesuai untuk bunga, sayur, buah dan herba secara organik di rumah. Dikenali juga sebagai Complehumus yang diimport dari Jepun.

Tahukah anda serbuk kopi merupakan baja natural yang boleh menambah nitrogen kepada tanah malah maningkatkan asiditinya. Baja ini akan menjadikan pokok bunga ros, hydrangeas, magnolias dan rhodies gembira!

Timbuskan 25% sebuk kopi anda ke dalam tanah sebelum anda menanam. Sebuk kopi juga akan meningkatkan kadar nutrien dalam tanah.

Kandungan NPK yang rendah amat sesuai untuk pokok-pokok yang sensitif terhadap baja kimia.

Baja ini adalah bebas daripada najis haiwan dan diperkaya dengan unsur-unsur nutrient lengkap untuk pembesaran tanaman.

Baja ini seakan bau serbuk kopi. Tetapi tidak menggunakan langsung serbuk kopi sebagai bahan pembuatan.

Baja Kopi Organik

Kebaikan Baja Kopi Organik (Humus 8:8:8) + 3MgO+10%HA + 0.5% B + TE ini adalah:

  1. Kaya dengan asid humik yang meningkatkan tahap kesuburan tanah
  2. Mengoptimumkan tumbesaran dan pengeluaran hasil
  3. Sebagai pengalak pertumbuhan dan memperbaiki akar yang rosak
  4. Tidak mencemari alam sekitar
  5. Sesuai untuk awal pertumbuhan tanaman dan semasa pokok berbunga dan berbuah
  6. Sesuai untuk semua jenis tanaman seperti sayur, buah dan bunga

Cara aplikasi:

  1. Tabur satu sudu makan (3-5g) berdekatan pangkal pokok
  2. Seeloknya baja dua minggu sekali
  3. Siram air selepas membaja untuk mempercepatkan penyerapan oleh akar pokok

Boleh beli di Shopee jika berminat.

Anda boleh rujuk artikel lain di kategori Pertanian ya!

Penghasilan Baja Organik

Baja organik ialah baja yang terdapat secara semula jadi dan tidak melalui proses kimia dalam penghasilan produk berkenaan. Bahan mentah dari sumber asli biasanya mengalami proses fizikal sahaja seperti menghancurkannya agar mudah diambil oleh tanaman. Antara bahan organik yang banyak terdapat dipasaran ialah tinja kambing, tinja ayam

Baja jenis organik biasanya mengandungi sumber nutrien yang rendah, mesra alam, baik kepada tanaman (tidak berbahaya) . Ia menghasilkan kesan yang baik bagi tanah dalam jangka masa panjang. Maksudnya, bila menggunakan baja organik tanah (dalam pasu) tidaklah akan mengera dan tidaklah perlu kerap tukar tanah dalam pasu ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *