17 Khasiat Bayam Brazil, Senang Ditanam Dan Sedap Dimakan.

Bayam Brazil

Bayam Brazil atau juga dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Samba Lettuce agak popular sejak kebelakangan ini. Banyak ‘group’ di Facebook yang saya ikuti bercerita mengenai sayuran hijau ini yang dikenali juga dengan nama saintifiknya Althernanthera Sissoo.

Bentuk daunnya menghijau dan tidak berlendir serta rangup sering dijadikan sebagai salad, masak tumis serta beberapa resipi lain yang mudah disediakan terutama dalam masakan barat. Memakan sayur ini secara mentah/ulam juga menjadi pilihan kebanyakkan orang pada masa kini.

Khasiat Bayam Brazil

Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,

  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Cara Menanam Bayam Brazil

Bayam Brazil
Bayam  yang saya tanam.
Pendapat peribadi saya, ianya amat senang ditanam menggunakan keratan batang.

Batang yang dipilih mestilah batang yang keras dan tiada masalah serangan ulat daun serta dari pokok yang matang.

Sediakan medium tanaman seperti tanah hitam yang dicampur sekam bakar dan semai guna polibeg yang sesuai atau semai terus ke dalam pasu atau di atas batas tanah dan buat teduhan/letakkan di tempat yang redup.

Siram dengan air yang cukup pagi dan petang.

Pada masa akan datang saya akan mencuba menanamnya menggunakan kaedah hidroponik.

Resipi Bayam Brazil

Berikut adalah resipi-resipi popular menggunakan sayuran bayam ini.

  • Sup Bayam Brazil dan Suhun
  • Gulai Lemak Bayam Brazil
  • Sayur Tumis Bayam Brazil
  • Bayam Brazil Goreng Belacan
  • Bayam Brazil Goreng Tepung

Anda boleh Googlekan resipi yang terperinci dan boleh cuba sendiri. Saya sendiri baru mencuba masak tumis dan ia menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Anda boleh rujuk Kategori Pertanian untuk maklumat lain ya.

Kredit: Facebook

About Encik Mus

Minat Pertanian, Fotografi & Blogger Separuh Masa

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “17 Khasiat Bayam Brazil, Senang Ditanam Dan Sedap Dimakan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *