17 Khasiat Bayam Brazil, Senang Ditanam Dan Sedap Dimakan.

Bayam Brazil

17 Khasiat Bayam Brazil – Bayam Brazil atau juga dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Samba Lettuce agak popular sejak kebelakangan ini. Banyak ‘group’ di Facebook yang saya ikuti bercerita mengenai sayuran hijau ini yang dikenali juga dengan nama saintifiknya Althernanthera Sissoo.

Bentuk daunnya menghijau dan tidak berlendir serta rangup sering dijadikan sebagai salad, masak tumis serta beberapa resipi lain yang mudah disediakan terutama dalam masakan barat. Memakan sayur ini secara mentah/ulam juga menjadi pilihan kebanyakkan orang pada masa kini.

Khasiat Bayam Brazil

Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,

  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Cara Menanam Guna Keratan Batang

Bayam Brazil
Bayam  yang saya tanam.
Pendapat peribadi saya, ianya amat senang ditanam menggunakan keratan batang.

Batang yang dipilih mestilah batang yang keras dan tiada masalah serangan ulat daun serta dari pokok yang matang.

Sediakan medium tanaman seperti tanah hitam yang dicampur sekam bakar dan semai guna polibeg yang sesuai atau semai terus ke dalam pasu atau di atas batas tanah dan buat teduhan/letakkan di tempat yang redup.

Siram dengan air yang cukup pagi dan petang.

Pada masa akan datang saya akan mencuba menanamnya menggunakan kaedah hidroponik.

Video Cara Menanam

SUBSCRIBE Channel Saya YA!!

Cara Makan Bayam Brazil

Cara masak bayam ini adalah dimasak sup dengan suhun, gulai lemak, masak tumis, goreng belacan dan goreng tepung. Selain itu, ianya boleh dijadikan sebagai ulaman segar.

Saya sendiri sudah mencuba dan sememangnya ianya sedap dan rangup dimakan segar.

1 Resipi Bayam Brazil Goreng Belacan Yang Sedap

Anda boleh Googlekan resipi yang terperinci dan boleh cuba sendiri. Saya sendiri baru mencuba masak tumis dan ia menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Anda boleh rujuk Kategori Pertanian untuk maklumat lain ya.

Kredit: Facebook

4 Comments on “17 Khasiat Bayam Brazil, Senang Ditanam Dan Sedap Dimakan.”

  1. Alhamdulillah… Hilang penasaran,.. Td malam ada sahabat yg kasih bibit n daunya siap masak… Seger
    Trimkasih bulik eni,.. Barakallah..

  2. hi, salam. Kat mana boleh I dapat keratan atau benih untul ditanam, ya? Saya tengah cari nak tanam, guna sebagai salad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *