6 Cara Senang Bezakan Daun Sup Dan Daun Ketumbar. Ramai Yang Salah!

Beza Daun Sup & Daun Ketumbar

Ramai Salah! Ini  adalah 6 Beza Antara Daun Sup Dan Daun Ketumbar – Bila menyentuh bab-bab di dapur, sudah pasti ada yang boleh mengelirukan terutamanya bahan-bahan masakan. Saya sendiri pun sering keliru dan membuang masa dan tenaga dibuatnya kerana perlu ke pasar sekali lagi.

Selain perbezaan seperti tajuk, ada beberapa lagi yang hampir sama tapi tidak serupa seperti;

  • Temu dan kunyit
  • Halia dan lengkuas
  • Daun bawang dan daun kucai
  • Bawang merah dan bawang besar

Ada lagi? Cuba tinggalkan di ruangan komen di bawah!

Ada banyak lagi sebenarnya, namun bagi golongan bapa-bapa hal kecil begini boleh menjadi punca ‘perang besar’ di dapur. Biasalah jika tersalah beli dan masing-masing tak tahu cara membezakannya.

Buat kali ini saya nak fokuskan mengenai beza daun sup dan daun ketumbar sahaja. Kebetulan saya sedang membuat rakaman video untuk channel Youtube saya (Nacqris Backyard Garden) cara menanam daun ketumbar ini menggunakan keratan batang secara hidroponik.

Baca Juga : 2 Cara Menanam Kunyit Hitam (Kaempferia Parviflora)

Beza Daun Sup & Daun Ketumbar

Kriteria PerbezaanDaun SupDaun Ketumbar
1. NamaDikenali sebagai Celery Leaves / Chinese CeleryDikenali sebagai Coriander Leaves / Cilantro
2.  AkarJenis berakar serabut (halus)Jenis berakar lebih besar dan kelihatan seperti akar tunjang
3. BauBaunya lebih harum dan lembut. Hampir semua orang suka baunya.Baunya lebih kuat dan tajam baunya.
4. BatangBatang lebih  panjangBatang lebih pendek dan gemuk
5. DaunDaun yang lebar serta jarang.Daun jenis merimbundan  saiz lebih kecil.
6. KegunaanSering digunakan untuk campuran sup dan hiasan seperti mee goreng.Jarang digunakan namun akan mudah dijumpai dalam masakan india, tomyam, kerabu dan sebagainya.

Punca Selalu Salah Beli

Apabila menjumpai daun sup atau ketumbar dijual tanpa akar, warna daunnya hampir sama dan salah tag nama semasa dijual antara punca kita selalu ‘salah beli’.

Dengan adanya sedikit ilmu seperti ini, kita boleh mengelakkan kesilapan ini berlaku. Perang di dapur pun tak terjadi! Hihihi..

Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

87 / 100

19 Comments on “6 Cara Senang Bezakan Daun Sup Dan Daun Ketumbar. Ramai Yang Salah!”

  1. hahaha baru aje berbual pasal ni dalam group whatsapp sebab kawan confuse dia beli daun sup ke daun ketumbar..saya cakap, senang je kakkkk, ko gigit dan rasa, daun sup ke daun ketumbar…tapi ni valid untuk yang dah dibeli yee..jangan pi gigit kat kedai lak..hahahahahah

  2. Selalunya kaum lelaki lah yg tak kenal antara daun sup dan daun ketumbar. Dayn sup wangi ketumbar bau mcm rempah dan selalunya daun sup dijual seikat dgn daun bawang.

    1. saya rasa ini masalah sejagat.. buka lelaki sahaja.. ramai yang tidak kenal bila saya tanya secara rawak dengan rakan sepejabat..

  3. Siapa yg tak suka masuk dapur tu..diorg lah yg tak tahu bezakan mana daun sup dn daun ketumbar. Penah sus anak beli daun sup..tapi dia bwk balik daun ketumbar..haishhhh geram betul

  4. Bagusnyaa tip yang di berikan, memang ramai yang keliru dengan dua daun ni, dulu Sis pun sama, tapi kini tak lagi hehehe paling biasa buat cium jeee…

  5. Masih ramai lagi confuse tak dapat nak bezakan daun ketumbar dan daun sup sebab rupanya yang hampir sama. Macam saya nak bezakan keduanya melalui bau. Daun sup baunya sedap dan lembut. Daun ketumbar baunya agak kuat dan tajam.

  6. Saya masa muda remaja dulu selalu salah beli daun ni. Mak kata nak daun sup. Pi kedai takda daun tu, pekedai bg daun ketumbar. Mereka kata sama je. Tapi balik rumah kena marah ngan mak. Hahaha. Sekarang dah tau dah nak beza daun ni. Saya suka bau dia dulu. Kadang kat pasar takda label kan. Kena la bau bau. Hehehe.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *