Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini – Bahagian 2

Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini - Bahagian 2

Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini – Bahagian 2 adalah sambungan kepada Bahagian 1 artikel ini.

Pada hari keempat, sementara menyiapkan greenhouse mini, saya turut memindahkan anak pokok kailan dari dulang semaian ke bekas tanam sementara menunggu hujan berhenti. Cuaca tidak menentu sedikit sebanyak menggangu kelancaran pembinaan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga dikuatkuasakan.

Selepas memasang plastik UV saya dapati ada beberapa meter yang kurang . Saya silap kira rupanya.

Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini - Paku Weedmat
Paku Weedmat
Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini - Weedmat
Weedmat

Selain itu, saya juga membeli ‘weedmat’ penghalang rumput, paku weedmat dan jaring serangga. Segala bahan binaan yang tidak cukup perlu dibeli sebelum PKP. Jika tutup kedai pertanian, memang tidak siaplah projek saya.

Rak Tanaman

Rak tanaman cuma saya hadkan kepada dua tingkat sahaja. Tingkat atas khas untuk pembesaran tanaman dan tingkat bawah khas untuk semaian dan tanaman yang tidak perlukan cahaya matahari penuh.

Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini - Memasang Rak Kayu
Memasang Rak Kayu
Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini -Rak Kayu Siap Dipasang
Rak Kayu Siap Dipasang

Saya mula mencantumkan rak kayu dengan saiz yang ‘cukup-cukup’ dengan keluasan rumah hijau, Walaupun agak sempit, namun itulah saiz maksimum yang boleh saya buat untuk projek ini.

BACA JUGA: 7 Kelebihan & Seronoknya Ada Kebun Dapur Sendiri

Setakat artikel ini ditulis, keseluruhan bumbung dan dinding sudah dipasang plastik UV dan jaring serangga. Cuma bahagian pintu sahaja belum saya sempat buat disebabkan hujan sangat lebat beberapa hari ini. Saya menutup sementara pintu keluar masuk menggunakan jaring hitam.

Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini - Jaring Serangga Sudah Dipasang
Jaring Serangga Sudah Dipasang

Penghalang Rumput

Selepas semua siap dipasang saya menghamparkan weedmat dan memasangnya untuk menutup keseluruhan lantai rumah hijau. Bukan apa, jika tidak dipasang weedmat rumput mudah tumbuh.

Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini - Weedmat Siap Dipasang
Weedmat Siap Dipasang

Saiz weedmat juga sesuai dengan keluasan greenhouse saya. Lebar cuma 2 meter dan saya tidak perlu memotong hamparan weedmat tersebut.

Saya beli weedmat lebih dari saiz asal dengan tujuan akan menggunakannya untuk menutup tanah di luar binaan greenhouse juga. Saya tidak suka dengan rumput yang tumbuh meliar. Sakit mata dibuatnya.

Memindahkan Bekas Tanam Ke Rak

Selepas semua rak dipasang, saya memindahkan bekas tanam kailan ke dalam rumah hijau. Selain itu, sayur pakchoy kerinting dan bayam turut saya pindahkan sekali.

Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini - Anak Sayur Kailan
Bekas Tanam
Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini - Anak Sayur Kailan
Anak Sayur Kailan

Nampak berseri bila ada tumbuhan hijau di dalam greenhouse mini ini. Saya semakin bertambah semangat untuk menyiapkan projek ini.

Sistem Siraman Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini

Saya sudah merancang pada awalnya lagi untuk menggunakan sistem siram automatik. Oleh itu, saya menggunakan semula kelengkapan fertigasi yang pernah saya guna dua tahun lepas.

Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini - Sistem Siraman Automatik
Sistem Siraman Automatik

Syukurlah, semuanya masih elok dan pam air masih berfungsi dengan cemerlang.

Bersambung di Bahagian 3 akan datang..

Jangan lupa juga untuk langgan saluran Youtube saya ya!

Oh ya! saya akan update juga perkembangan projek ini di Facebook Nacqris Backyard Garden juga.

Jumpa lagi nanti.

32 Comments on “Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini – Bahagian 2”

  1. Seronoknya kalau dapat berkebun macam ni. Kalau kt kg tanah luas bolehla..ni kt kl tanam la dalam pasu mana yg boleh. Perkongsian yg baik dan berbeza. Suka blog pasal tanaman mcm ni. Keep the good work!

  2. Terima kasih atas perkongsian. Buat masa ni, cuma boleh baca untuk tambah ilmu je la. Nak praktikkan belum boleh lagi, sebab rumah tak sesuai.

  3. syoknya ada green house! saya suka tanam benda2 boleh makan ni..tapi itu lah, rumah takde laman bertanah, semua da kena simen oleh tuan rumah..menarik pula kalau buat green house..tapi laman rumah kecik sangat pulak haha

  4. Eh geram pulak kita nengoknyaaa.. bestnya kalau ada laman besar dan luas, boleh buat mini green garden gini.. ada gak kengkawan jiran sini buat depa rumahnya…

  5. i was looking forward to read part 2 and i am so glad you posted it so soon. love watching you build this beautiful greenhouse!

  6. Rajinnya dia..tapi betul la musim pkp ni kena wat aktiviti camni. Eh channel YT awak tu mmg sy follow tau..kte ada bertukar komen kan? Channel sy Bebelan Cikmin tu hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *