9 Khasiat Buah Black Sapote Rasanya Seperti Puding Coklat (Sawo Hitam)

9 Khasiat Buah Black Sapote Rasa Seperti Puding Coklat (Chocolate Pudding Fruit)

Buah Black Sapote atau nama saintifiknya Diospyros nigra kini semakin viral. Ada beberapa buah iklan menular di Facebook sehingga saya sendiri tertarik dengan buah ini.  Buah ini adalah spesis persimon yang berasal dari Mexico.

Ianya agak baru di Malaysia namun sudah mula ditanam di Indonesia sejak tahun 2006. Rasanya seperti seaakan-akan puding coklat menjadikan ianya mahal. Benih anak pokok yang dikenali juga  sebagai ‘Buah Sawo Hitam‘ atau  ‘Buah Puding Coklat‘ ini di negara kita boleh mencecah harga sehingga RM250 sepokok.

Pokok yang matang boleh membesar sehingga 25 meter tinggi dan ianya mempunyai daun yang hijau gelap berkilat. Pokok mengambil masa dalam 3-4 tahun untuk berbuah jika disemai melalui biji. Pokok ni popular ditanam dengan kaedah ‘kahwin’ menjadi pilihan kerana ianya cepat mengeluarkan hasil.

Isi buah yang masak berwarna coklat pekat sedikit kehitaman berbentuk bulat dan boleh mencapai diameter 5-10 cm dengan berat 70-100 gram/buah. Namun buah ini jenis jumbo boleh mencecah 1kg sebiji.

9 Khasiat Buah Black Sapote Rasanya Seperti Puding Coklat (Sawo Hitam)
Berat buah Black Sapote Jumbo boleh mencecah 1kg.

Buahnya boleh makan begitu sahaja atau diolah menjadi resipi yang lain seperti pemanis mulut, kek dan sebagainya. Untuk memakan terus buah ini, boleh gunakan sudu atau digigit terus buahnya.

9 Khasiat Buah Black Sapote Rasanya Seperti Puding Coklat (Sawo Hitam)
Cara Makan Buah Black Sapote

Baca Juga : 12 Khasiat Tanaman Kekacang ‘Superfood’ Sacha Inchi

Khasiat Buah Black Sapote

  • Mengandungi vitamin C, vitaman A
  • Mengandungi Potasium, kalsium, zat besi
  • Rendah lemak
  • Dapat mengubati penyakit insomnia
  • Mengubati penyakit kulit dan penafasan
  • Menguatkan tulang, gigi
  • Melawan radikal bebas yg menyebabkan penyakit radang sendi, kansel, sakit jantung
  • Melancarkan penghadaman
  • Memberikan tenaga

Kandungan Buah Black Sapote (approximately,per 100g):

Moisture 79.46-83.1 g
Protein0.62-0.69 g
Carbohydrates12.85-15.11 g
Fat0.01 g
Ash0.37-0.6 g
Calcium22.0 mg
Phosphorus23.0 mg
Iron0.36 mg
Carotene0.19 mg
Riboflavin0.03 mg
Niacin0.20 mg
Ascorbic Acid191.7 mg

Sumber: Wikipedia

Video Berkaitan

 

Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

About Encik Mus

Minat Pertanian, Fotografi & Blogger Separuh Masa

View all posts by Encik Mus →

25 Comments on “9 Khasiat Buah Black Sapote Rasanya Seperti Puding Coklat (Sawo Hitam)”

  1. Pertama kali dengar pasal buah ni. Mahal juga harga anak pokok dia ye. Tapi kalau boleh hasilkan pendapatan apa salahnya kita tanam. Khasiat buah dia pun banyak kan.

  2. first time ni dengar nama buah ni, siap bayangkan puding coklat..macam sedap.

    kiranya macam makan coklat tapi ini coklat dengan faedah baik la..instead of makan coklat orang dok momok kata sakit gigi la apa la.hahahaha

    tq untuk sharing info ini.

  3. RM250 sepokok? Wow.
    Memang menangis la kalau nak beli dan tanam. Lagi menangis kalau tak menjadi plak kan.
    Tapi Rawlins jadi macam teringin plak nak merasa, mesti lazat ye tak. Banyak gak khasiatnya tu.

  4. Sekali tengaok bentuk macam buah pisang kaki. Pertama kali mendengar pasal buah ni. Nak sebuat nama buah pun ragu-ragu macam mana bunyinya. Teringin la pulak nak rasa sebab ala rasa puding coklat. Pasti viral ni nanti.

  5. First time tahu pasal buah ni. Thank you sharing. Kalau ada jual depan mata blum tentu kenal buahnya.

  6. Pertama kali nampak buah ni..seriusla rasa dia cm coklat puding..gila sedp..mau berbiji2 habis kalau rasa dia macam tu..teringin nak rasa..harga pokok pun mahal..bolehtahan..banyak khasiat pulak

  7. First time dengar dan tengok buah ni. Terbaik la perkongsian ni, banyak info yg Mat Drat tak tahu.

    Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ni. Kipidap

  8. First time AM dengar pasal buah ni.. Mahal juga yg anak pokok nie sampai Rm250? Nak cari buah nie gak la bagus utk AM yg kerap kena asma bila cuaca tak menentu skrg.. AM nak cuba n rasai khasiatnya..

  9. baru pertama kali dengar nama buah nie. jarang jumpa. banyak rupanya khasiat dia. baru tahu. nanti mesti ramai jadikan ia salah satu bahan kepada produk mereka

  10. wow first time tahu pasal pokok sawo hitam ni. Mahal jugak sampai RM250. Kalau Menteri Pertanian invest dalam penanaman pokok ni boleh jadi tak kita boleh kurangkan jumlah import koko? Thanks for sharing ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *