Cara Menanam Pokok Kesum Dan 19 Khasiatnya Untuk Kesihatan

Pokok Kesum

Beberapa bulan yang lepas saya ada membuat video tutorial menanam pokok kesum / daun laksa di channel Youtube saya dan ianya menjadi trending buat beberapa ketika. Saya membuat video tersebut disebabkan ramai rakan di Facebook terutamanya ahli ‘group’ yang suka menanam gagal untuk menanam pokok ini.

Saya mengambil keputusan untuk merakamkan video dan dikongsikan kepada anda semua. Namun sebelum itu mari kita berkenalan dengan pokok ini.

Pokok Kesum
Pokok Kesum | Sumber – Wikipedia

 Pengenalan Pokok Kesum.

Kesum (Polygonum minus) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara yang beriklim tropika. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang.

Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung (selalunya di tepi bilik air).

Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Nama lain bagi kesum adalah seperti Chinese Knotweed (English), Duo mao lio (China), Surudo kudami (Jepun). Walau bagaimanapun ianya adalah spesis yang lain dari Kesum di Malaysia.

Pokok Kesum merupakan sejenis tumbuhan renek yang menjalar di atas tanah atau memanjat pokok yang lain sebagai sokongan. Ketinggian pokok kesum mampu mencapai sehingga 1 meter di kawasan tanah rendah tetapi di kaawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland, ia mampu tumbuh sehingga setinggi 1.5 meter.

Daun kesum berwarna hijau gelap dengan bentuk panjang dan tajam dihujung daun, berukuran 1.5 – 2 cm lebar, dan 5.0 – 7.0 cm panjang. Susunan daun kesum adalah bersilang dalam bilangan 3-5 helai daun pada satu tangkai daun. Batang tua berwarna coklat gelap manakala warna kehijauan terdapat pada bahagian pucuk yang berbentuk selinder dengan ruas yang banyak.

Bahagian ruasnya mampu mengeluarkan akar jika berada atas tanah dan ia cepat membesar. Akarn kesum merupakan akar serabut, padat pada bahagian perdu pokok.

Bunga kesum mempunyai 4 kelopak berwarna putih keunguan dengan ditengahnya terdapat stigma dan filamen yang juga berwarna putih dan sedikit keunguan. Saiz bunga kesum sangat kecil. Ia tumbuh pada bahagian pucuk terutama pada pokok yang telah berumur lebih dari 4 bulan dan yang menerima 80-100% cahaya matahari. Buah kesum jarang sangat kecil dan hanya boleh dilihat jika diperhatikan dengan betul-betul.

Sumber: Wikipedia

Daun Kesum Di Dalam Masakan Laksa Johor
Daun Kesum Di Dalam Masakan Laksa Johor | Kredit – penangfoodforthought.com

19 Khasiat Pokok Kesum

  1.  Menguatkan daya penglihatan.
  2. Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman
  3. Mengharumkan tubuh
  4. Mengatasi masalah keputihan
  5. Baik untuk wanita lepas bersalin
  6. Menghilangkan panau – Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
  7. Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda – Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi.
  8. Mengharumkan tubuh
  9. Bagi wanita lepas bersalin – anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam.
  10. Air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan. Jika kurang suka dengan baunya, jadikan ulam yang dimakan mentah..
  11. Tonik hati, buah pinggang dan darah.
  12. Mengeluarkan angin dari perut dan usus.
  13. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar.
  14. Membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan serta merangsang haid.
  15. Ubat Gout/radang sendu. Ðaun kesum juga digunakan untuk merawat reumatisme, gout.
  16. Merawat radang sendi.
  17. Melegakan batu karang.
  18. Masalah kelemumur – Jus yang dihasilkan melalui perahan daunnya pula dikatakan boleh merawat masalah kelemumur, menghitamkan rambut
    ** Untuk mengatasi kelemumur, tumbuk sehingga lumat daun ini, tapis dan ambil patinya. Campurkan sedikit air lalu gosokkan perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit sebelum dibilas.
  19.  ubat pupuk di tempat berkudis.

Namun bagitu pengambilan terlalu kerap adalah tidak digalakkan, kerana kandungan asid oksalik di dalamnya boleh menghalang penyerapan mineral ke dalam tubuh.

Kredit:  Impiana

2 Cara Menanam Pokok Kesum

Saya ada kongsikan cara menanam pokok kesum ini iaitu dengan cara tanaman secara hidroponik dan tanaman terus ke tanah. Untuk menanam pokok ini, pastikan keratan batang pokok yang dipilih hendaklah sudah keras/tua dan berbuku.

Keratan yang berbuku diperlukan kerana di kawasan ini akan mengeluarkan akar yang baru. Pokok ini menjadi mudah ditanam dan mudah dipelihara sehingga hidup dengan subur.

Namun ada dua pilihan samaada mahu membuat pengakaran dahulu menggunakan kaedah hidroponik ataupun terus ditanam ke tanah. Kedua-duanya ada pro dan kontranya seperti jika pokok sudah ada akar, ianya mudah untuk menyerap makanan dan peratusan hidupnya lebih tinggi.

Manakala jika pokok yang diambil keratan batangnya dan terus dicucuk ke medium tanaman  (tanah), ianya akan mengalami ‘kejutan’ yang kuat kerana terpaksa mencari sumber makanan tanpa akar kerana akarnya belum tumbuh. Ia mengambil masa tertentu untuk membiasakan diri sehingga akarnya tumbuh.

Pokok yang dicucuk terus ke tanah biasanya mudah layu dan daunnya akan kering. Jadi, anda boleh cuba kedua-dua cara ini.

Tips/Cara Mengelak Pokok Kesum Mati

Kunci utama untuk memastikan pokok  ini subur adalah AIR. Air diperlukan kerana pokok ini secara azalinya menyukai kawasan lembap dan berair seperti di tepi kolam/parit. Setelah keratannya ditanam, pastikan medium semaiaannya tidak kering dan sentiasa basah atau lembap.

Tips kedua, pokok ini jangan diletakkan terus terkena pancaran matahari . Pastikan ianya ada pelindungan menggunakan jaring pelindung matahari untuk tanaman. Setelah pokok kelihatan sudah kuat,. bolehlah dipindahkan ke ruangan yang ada cahaya matahari penuh.

Video Menanam Pokok Kesum

Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

About Encik Mus

Minat Pertanian, Fotografi & Blogger Separuh Masa

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Cara Menanam Pokok Kesum Dan 19 Khasiatnya Untuk Kesihatan”

  1. tak sangka ada yg gagal nak tanam pokok kesum. patut ramai orang kampung mai amek banyak kali jugak lah pokok kesum kat rumah untuk depa buat tanam. rupanya ada teknik nya yg tersendiri 😀

    1. disebabkan ramai yang gagal tanam, saya cuba kongsikan cara menanam.. mmg ada tekniknya sendiri dan abaikan mitos ‘tangan panas’.. sesiapa pun boleh menanam bila betul caranya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *