Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer

Dekoder MYTV Percuma atau Dekoder Berbayar?

Pada masa sekarang kita sebagai pengguna boleh sudah memilih cara untuk mendapatkan siaran televisyen samaada yang berbayar mahupun percuma.

Saya sendiri sudah beberapa tahun menghentikan langganan siaran ASTRO dan memilih untuk menonton siaran televisyen secara atas talian ‘ streaming’ dan Youtube sahaja.

Namun disebabkan  set televisyen cuma sebuah sahaja dan tidak mahu ‘berebut’ dengan anak-anak menonton tv, saya terpaksa memikirkan sesuatu dan akhirnya tercetus idea untuk menonton siaran tv menggunakan set dekoder MYTV.

Set Dekoder MYTV saya dapatkan secara percuma semasa balik beraya di kampung bulan lepas. Ada set lebih dan saya bawa balik ke Sabah.

Memasang Dekoder MYTV

Kekangan yang dihadapi adalah di rumah saya cuma ada sebuah tv sahaja dan saya mengambil keputusan memasang set dekoder ini terus ke monitor komputer terpakai yang ada di rumah.

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer
Sambungan HDMI ke dekoder MYTV

Memasangnya mudah dan saya memilih untuk menggunakan ‘converter adapter’ sambungan HDMI – VGA dengan sokongan jack Audio.

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer
Adapter Converter HDMI-VGA + Audio Jack

Untuk audio, saya menggunakan pembesar suara komputer yang lama dan terpakai. Jika ada rezeki lebih, saya akan membeli set pembesar suara yang baru untuk kualiti audio yang lebih baik.

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer
Pembesar suara komputer

Antara keperluan lain adalah menyambung dekoder MYTV ke antena dalam rumah atau antena luar rumah (jenis UHF Outdoor/ jenis ‘tulang ikan’). Saya mulanya mencuba antena dalam rumah namun signal yang saya terima amat lemah. Mungkin disebabkan rumah dikelilingi bangunan konkrit dan signal terhalang.

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer

Selepas gagal menggunakan antena dalam rumah, saya terus mencuba pilihan terakhir iaitu antena luar rumah. Ternyata ianya berbaloi dan saya dapat menikmati siaran digital HD dengan sempurna.

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer
Dekoder MYTV berjaya dipasang.

Sumber: Youtube

Peralatan Diperlukan

  1. Set Dekoder MYTV.
  2. Monitor komputer (terpakai).
  3. Pembesar suara komputer (terpakai).
  4. Antena luar jenis UHF ‘tulang ikan’
  5. Adapter Converter HDMI-VGA dengan Audio Jack.

Tahukah Anda?

Kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Untuk menikmati siaran digital, anda memerlukan dekoder DVB-T2 atau TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner).

Memasang MYTV Tanpa Dekoder

Anda boleh memasang MYTV tanpa dekoder sekiranya tv anda adalah jenis IDTV (dekoder terbina di dalam).

TV jenis ini mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM dan tertera perkataan “Digital Tuner” (DVB-T2) pada manual atau spesifikasi produk.

Antena Luar Atau Antena Dalam?

Pilihan terbaik kerana boleh menerima isyarat dengan stabil sekiranya dihala tepat ke arah pemancar berhampiran. Penggunaan alat “booster” tidak disarankan kerana boleh menggangu penerimaan Siaran Digital myFreeview.

Aerial dalaman boleh menerima isyarat daripada pemancar terdekat, bagaimanapun sukar menerima siaran sekiranya terdapat halangan fizikal seperti gunung, bukit, hutan dan bangunan tinggi.

Liputan Siaran

 

 

About Encik Mus

Minat Pertanian, Fotografi & Blogger Separuh Masa

View all posts by Encik Mus →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *