Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer

Dekoder MYTV Percuma atau Dekoder Berbayar?

Pada masa sekarang kita sebagai pengguna boleh sudah memilih cara untuk mendapatkan siaran televisyen samaada yang berbayar mahupun percuma.

Saya sendiri sudah beberapa tahun menghentikan langganan siaran ASTRO dan memilih untuk menonton siaran televisyen secara atas talian ‘ streaming’ dan Youtube sahaja.

Namun disebabkan  set televisyen cuma sebuah sahaja dan tidak mahu ‘berebut’ dengan anak-anak menonton tv, saya terpaksa memikirkan sesuatu dan akhirnya tercetus idea untuk menonton siaran tv menggunakan set dekoder MYTV.

Set Dekoder MYTV saya dapatkan secara percuma semasa balik beraya di kampung bulan lepas. Ada set lebih dan saya bawa balik ke Sabah.

Memasang Dekoder MYTV

Kekangan yang dihadapi adalah di rumah saya cuma ada sebuah tv sahaja dan saya mengambil keputusan memasang set dekoder ini terus ke monitor komputer terpakai yang ada di rumah.

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer
Sambungan HDMI ke dekoder MYTV

Memasangnya mudah dan saya memilih untuk menggunakan ‘converter adapter’ sambungan HDMI – VGA dengan sokongan jack Audio.

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer
Adapter Converter HDMI-VGA + Audio Jack

Untuk audio, saya menggunakan pembesar suara komputer yang lama dan terpakai. Jika ada rezeki lebih, saya akan membeli set pembesar suara yang baru untuk kualiti audio yang lebih baik.

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer
Pembesar suara komputer

Antara keperluan lain adalah menyambung dekoder MYTV ke antena dalam rumah atau antena luar rumah (jenis UHF Outdoor/ jenis ‘tulang ikan’). Saya mulanya mencuba antena dalam rumah namun signal yang saya terima amat lemah. Mungkin disebabkan rumah dikelilingi bangunan konkrit dan signal terhalang.

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer

Selepas gagal menggunakan antena dalam rumah, saya terus mencuba pilihan terakhir iaitu antena luar rumah. Ternyata ianya berbaloi dan saya dapat menikmati siaran digital HD dengan sempurna.

Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer
Dekoder MYTV berjaya dipasang.

Sumber: Youtube

Peralatan Diperlukan

  1. Set Dekoder MYTV.
  2. Monitor komputer (terpakai).
  3. Pembesar suara komputer (terpakai).
  4. Antena luar jenis UHF ‘tulang ikan’
  5. Adapter Converter HDMI-VGA dengan Audio Jack.

Tahukah Anda?

Kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Untuk menikmati siaran digital, anda memerlukan dekoder DVB-T2 atau TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner).

Memasang MYTV Tanpa Dekoder

Anda boleh memasang MYTV tanpa dekoder sekiranya tv anda adalah jenis IDTV (dekoder terbina di dalam).

TV jenis ini mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM dan tertera perkataan “Digital Tuner” (DVB-T2) pada manual atau spesifikasi produk.

Antena Luar Atau Antena Dalam?

Pilihan terbaik kerana boleh menerima isyarat dengan stabil sekiranya dihala tepat ke arah pemancar berhampiran. Penggunaan alat “booster” tidak disarankan kerana boleh menggangu penerimaan Siaran Digital myFreeview.

Aerial dalaman boleh menerima isyarat daripada pemancar terdekat, bagaimanapun sukar menerima siaran sekiranya terdapat halangan fizikal seperti gunung, bukit, hutan dan bangunan tinggi.

Liputan Siaran

 

 

89 / 100

19 Comments on “Cara Pasang Dekoder MYTV Di Monitor Komputer”

  1. Terima kasih ya , tutorial yang cukup detail. Akak bab2 camni memang lemah sikit, selalu nak tunggu orang lain buatkan walaupun tak susah mana sebenarnya kan. Allahu Akbar

  2. Ini salah satu cara yang bagus sebagai alternatif untuk tidak berebut dengan anak-anak untuk rancangan TV kan. Rawlins rasa maybe kena beli gak nie kang, untuk pasang kat kampung.

  3. alahhh zul baru je pasang astro dekat kampung sebab mak cakap siaran analog dah tutup. kalau tahu MYTV ni mudah macam ni, mesti dah pakai mytv je dari bayar astro bulan2

  4. mak saya di kampung pun pakai mytv ni, siarannya jelas dan tiada komitment bulanan. memang jimat. walau channel terhad tapi yang penting boleh tengok berita 🙂

  5. perkongsian yang bermanfaat, informative. Boleh rujuk sini bila Mat Drat nak set upkan decorder MyTv tu nanti.

  6. Ohh mudah jer caranya kita pun tak tahu selalu guna tv yang dah ada DDTV senang hehehe beli antena jer wakakakka.. Tapi sekarang tv makin clear dan terang cuma ada masa ada gangguan juga lah…

    1. antena tulang ikan ni sesuai jika rumah jauh dari pemancar atau dikawasan ada perumahan/bangunan tinggi kerana signal terhalang.. jika dekat pemancar, indoor antenna pun dah boleh guna..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *