Daun Gelenggang/Gembirang Rawatan Terbaik Sakit Kulit

Daun Gelenggang / Gembirang

Perkongsian kali ini saya ingin berkongsi dengan cara merawat sakit kulit seperti panau, kurap, ruam, kudis dan sebagainya dengan menggunakan daun gelenggang atau juga dikenali sebagai daun gembirang.

Sudah lama juga saya drafkan tulisan ini namun baru hari ini saya berjaya menyiapkannya.

Semasa saya masih kanak-kanak, saya sangat teruja melihat pokok yang berbunga kuning di huma (tempat menanam padi di Sarawak). Kadang kala pokok ini menjadi persinggahan burung-burung selepas penat berterbangan. Namun, saya tidak terlintas langsung akan kegunaanya ketika itu.

Baru-baru ini, saya menemui semula pokok ini. Saya sendiri pada asalnya tidak tahu namanya sehingga saya menjumpai beberapa perkongsian rakan-rakan di Facebook mengenai kebaikan pokok ini terutama daunnya sebagai ubat tradisional untuk penyakit atau masalah kulit.

Baca Juga : 2 Cara Menanam Kunyit Hitam (Curcuma Caesia)

Kegunaan Tradisional Daun Gelenggang / Gembirang.

Daun gelenggang atau gembirang digunakan secara tradisional untuk masalah kulit seperti:

  • Memberi kelegaan pada kegatalan kulit dan pelbagai penyakit berkaitan jangkitan parasit
  • Untuk gigitan serangga.
  • Sebagai agen anti bakteria.
  • Memberi khasiat kepada kulit.
  • Jangkitan Tinea (Jangkitan kulit atau kuku yang disebabkan dari kulat dan muncul sebagai gatal bertompok bulat)
  • Ekzema
  • Gatal-gatal

Pokok ini kebiasaanya tumbuh sendiri tanpa ditanam dan sering menghiasi tepi-tepi jalan. Bagi yang kurang arif kegunaannya, ianya seperti tidak berguna.

Pada zaman yang sekarang, bilangan pokok ini juga sudah berkurangan. Kita agak sukar untuk mendapatkan daunnya untuk dijadikan bahan rawatan. Mahu tidak mahu kita terpaksa menggunakan ubat moden yang jelas mengandungi unsur kimia. Kita seperti tiada pilihan.

Saya ada membaca beberapa artikel mengenai tumbuhan ini. Ianya ada ditanam secara komersil di Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Titi Gantung, Perak dan beberapa ladang herba di Negeri Sembilan. Selain itu, beberapa produk berasaskan tanaman ini mula dikomersilkan samaada dalam bentuk ubat sapu dan sabun mandian. Harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan produk lain dan boleh digunakan tanpa was-was kerana kandungannya terdiri dari bahan-bahan yang selamat digunakan.

Sabun Dari Pokok Gelenggang / Gembirang
Sabun & Krim Sapu dari daun Gelenggang / Gembirang keluaran Naturalstory – BELI DI SINI

Cara Guna Sabun Gelenggang/Gembirang

  1. Cara Guna : Gosok sabun gembirang pada kawasan kulit berpanau.
  2. Biarkan seketika (5 hingga 10 minit).Supaya khasiat herba meresap dan bertindakbalas dengan kulit berpanau/kurap.
  3. Kemudian bilas dengan air bersih. Ulang dua tiga kali sehari.

Info Tambahan & Terperinci Mengenai Daun Gelanggang / Gembirang.

ASAL USUL DAUN GELENGGANG

Daun gelenggang berasal dari keluarga Fabaceae dan spesis Senna alata. Ianya juga dikenali dengan nama cassia, wild senna, candlestick senna, ketepek badak, sulok (Sarawak), andadasi dan palochina (Tagalog). Tumbuhan ini adalah tumbuhan tropika dan sub-tropika. Pokok ini tumbuh meliar di kawasan semak dan belukar kecil di pinggir jalan dengan ketinggian pokok diantara 1.0 meter hingga 5.0 meter tinggi.
Masyarakat Arab menggunakan daun gelenggang dalam perubatan tradisional sejak dahulu lagi namun pada abad ke-9, pedagang Eropah yang berdagang ke Tanah Arab membawa pulang pokok ini dan ditanam di rumah mereka dan kemudian tersebar ke seluruh Eropah lalu digunakan oleh pengamal tradisional Eropah sebagai ubat tradisional dalam mengubati penyakit kulit.

Bahan aktif yang terkandung di dalam daun gelenggang adalah antraquinone glucosides dengan kadar 2.5 peratus. Bahan aktif ini sangat berkesan bagi mengatasi masalah penyakit kulit dan kegatalan dimana antraquinone glucosides akan bertindak sebagai perencat kepada pertumbuhan kulat kulit, serangan hama atau pertumbuhan mikrobakteria. Ujikaji yang dijalankan oleh penyelidik dari Eropah ke atas kulit lembu mendapati luka dilembu akibat penyakit Congolensis Dermatophillus, Pityriasis versicolor, serangan hama arnab dan Psoroptes cuniculi sembuh setelah diletakkan campuran serbuk daun gelanggang ke atas luka yang dihadapi oleh lembu tersebut.

Baca juga: Cara Menanam Pokok Kesum Dan 19 Khasiatnya Untuk Kesihatan

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Tumbuhan perdu ini boleh hidup subur dengan mencapai ketinggian sehingga 5.0 meter. Batang pokok ini berwarna coklat gelap, berbentuk bulat melurus ke atas dan batang berkayu keras. Akarnya merupakan akar tunggal berwarna hitam dan berbentuk bulat memegang kuat tanah. Daun gelenggang bersifat majmuk dan bersusun dengan banyak. Kuantiti daun pada 1 cabang dahan adalah 8 hingga 24 daun yang berwarna hijau pekat. Bentuk daun adalah bulat panjang dan tumpul dihujung. Saiz daun adalah 5 hingga 15cm panjang dan 5 hingga 9 cm lebar. Jalur daun ditengah tengah daun disertai jalur berselang seli ke tepi daun. Permukaan daun kesat dan kasar dan rupa bentuk seakan akan daun jambu batu.

Bunga pokok gelenggang berwarna kuning keorenan berbentuk tandan dan bersifat majmuk. Kelopak bunga adalah 5 dan dipegang oleh cabang dahan yang muncul dari batang utama tumbuhan ini. Pokok ini menghasilkan buah gelenggang yang berwarna hijau ketika muda dan bertukar warna hitam coklat ketika usia matang. Buahnya bersaiz panjang (18cm x 25cm). Biji pokok gelenggang ini berbentuk segi tiga dan pipih dengan warna hijau pada asalnya sebelum bertukar hitam.

PENANAMAN POKOK DAUN GELENGGANG

Tumbuhan herba ini boleh ditanam di kawasan tanah gambut, mineral dan berpasir. Batas bersaiz 1.5 meter x 2.5 meter perlu disediakan bagi kawasan tanah rendah supaya pokok tidak terendam ketika musim hujan dan sistem pengairan yang baik perlu disediakan bagi mengalirkan lebihan air jauh dari tapak projek.
Pembiakan dilakukan dengan kaedah keratan batang yang disemai kira kira sebelum dipindahkan ke atas batas. Siraman sprinkler 2 kali sehari adalah disyorkan bagi tanaman ini dan pembajaan organik boleh diberikan kepada tanaman sebulan selepas ditanam.

Pokok daun gelenggang tidak mudah diserang penyakit atau serangga perosak. Daun tumbuhan akan tumbuh dengan subur dan daunnya akan dikutip apabila mencapai tempoh matang. Daunnya akan diambil dengan cara mencantas cabang dahan, diproses (dibersih dan dikeringkan) dan dihantar ke kilang pemprosesan bagi menghasilkan pelbagai jenis produk kesihatan dan ubat ubatan.

KHASIAT & MANFAAT

Tumbuhan S. alata ini ditanam bagi mendapatkan manfaat mengatasi malah penyakit kulit dan kegatalan. Ia akan memberikan kesembuhan dan menghilangkan kegatalan akibat gigitan serangga atau jangkitan parasit. Sekaligus, ia akan memberikan khasiat kepada kulit dan bertindak sebagai agen anti bakteria. Selain dari itu, ciri ciri antiseptic yang terdapat di daun gelanggang digunakan untuk penghasilan sabun kerana keupayaan tumbuhan ini mengeluarkan buih dan merawat kulit. Sabun ini akan melembutkan lapisan epidermis dan sekaligus membunuh kuman atau patogen yang terdapat di kulit. Ianya dikatakan setanding dengan sabun yang terdapat dipasaran.

Daun gelengang juga dipercayai boleh merawat penyakit ciri birit atau sembelit. Bahan laksatif di dalam daun tersebut akan bertindak seperti julap dan membersihkan usus besar manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis dan melancarkan sisa tubuh badan keluar melalui kolon usus. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan ekstrak daun gelenggang sebagai ubat tradisional dan ubat farmaseutikal.

Kredit: MyAgri , pahit jadiubatAnim Agro Technology

Sabun Dari Pokok Gelenggang / Gembirang
Sabun dari daun Gelenggang / Gembirang keluaran Naturalstory – BELI DI SINI

13 Comments on “Daun Gelenggang/Gembirang Rawatan Terbaik Sakit Kulit”

  1. Sharing yang bagus cuma sis tertunggi tunggu kut ada gambar pokok gembirang tu nak tengok macam mana rupanya tapi xde huhu…

      1. Salam
        Adakah pokok gelanggang sama dgn pokok senna. Diakhir nota tadi Saya terbaca yg daun gelanggang juga blh mengubati masalah usus

  2. banya betul khasiat daun ini ye. pertama kali baca mengenai daun ini dan menarik sekali bila dah ada produk yang menggunakan daun itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *