OSMO Mobile 4 (DJI OM 4) Gimbal Terbaru Keluaran DJI

DJI OM4

OSMO Mobile 4 (DJI OM 4) Gimbal Terbaru Dari DJI

Salam sejahtera rakan-rakan pembaca blog saya. Apa khabar?

Kali ini saya nak berkongsi mengenai salah satu gajet yang diperlukan bagi seorang ‘content creator’ iaitu gimbal. Saya selaku Youtuber separuh masa pernah memiliki dan menggunakan gimbal sebagai alat bantu semasa mengambil video.

Sebelum ini saya menggunakan gimbal keluaran Zhiyun dari model Smooth 4 namun sudah saya jual disebabkan tidak berapa praktikal untuk saya guna.

Mungkin bagi saya ianya tidak berapa praktikal dan mungkin orang lain ianya selesa digunakan. Satu sebab saya tidak terus menggunakan gimbal ini kerana saiznya agak besar agak sukar untuk dibawa ‘travel’.

Jadi, baru-baru ini niat hati dari hasil jualan gimbal tersebut terlintas pula ingin membeli gimbal baru terutama yang ada ciri;

  • Ringan
  • Saiz kecil
  • Boleh dilipat
  • Fungsi yang menarik
  • Mesra pengguna.

Kebetulan DJI mengumumkan gimbal model terbarunya OSMO Mobile 4 (DJI OM 4) dan memenuhi ciri-ciri yang saya perlukan. Ada kemungkinan, jika ada rezeki saya akan membeli gimbal ini.

Saya pernah cuba menggunakan OSMO Mobile 2 dan OSMO Mobile 3. Memang selesa digunakan untuk kerja merakam video dan hasilnya amat memuaskan.

DJI OM 4

Magnetic Clamp DJI OM 4
Magnetic Clamp DJI OM 4

Ciri menarik yang terdapat pada gimbal model ini adalah ‘clamp’ telefon boleh ditanggalkan (magnetic). Untuk lebih jelas perbezaan model gimbal ini boleh rujuk gambar di bawah.

DJI OM4 Osmo Mobile 4 vs Osmo Mobile 3
DJI OM4 vs Osmo Mobile 3
Perbezaan DJI OM 4 & DJI Osmo Mobile 3
Perbezaan DJI OM 4 & DJI Osmo Mobile 3

Video Pengenalan

 

Best tak spesifikasi gimbal baru ini? Kawan-kawan boleh membuat bacaan lanjut di laman web DJI.

Pembelian dalam talian boleh semak link di bawah;

https://t.productlink.io/a14284z

 

92 / 100

8 Comments on “OSMO Mobile 4 (DJI OM 4) Gimbal Terbaru Keluaran DJI”

  1. Kita dah lama cari peralatan ni untuk senang nak buat video guna phone nak kena rembat juga ni harga pun boleh tahan tak ada yang murah lagi ker hehehe memang nak cari sangat gimbal ni…

  2. Haritu dah skodeng gak kat Shopee ala-ala macam ni, harga boleh tahan ek … tapi kalau dapat ni, bestnyaaa..senang nak handle handphone..

  3. been searching for a good one but nak la dalam price range kite hahaha thx for sharing, i kena check it out

  4. fuhhh… spec dia mengancam betul! warna silvertu lawaa lah. nak beli satu lah dah penat rakam bergegar guna tangan sendiri hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *