Festival Buah-Buahan Sipitang 2019 Padang Top Ten Sipitang Bermula 29 Ogos ini

Festival Buah-Buahan Sipitang 2019

KOTA KINABALU: Usahawan tempatan khususnya peniaga buah-buahan di Sipitang diminta untuk mengambil peluang menjual hasil tanaman dan produk mereka sempena Festival Buah-Buahan Sipitang 2019 pada 29 Ogos hingga 1 September depan.

Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob berkata festival itu dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertempat di Padang Top Ten Sipitang pada 29 Ogos ini.

[Baca juga: Melawat Kebun Hidroponik Tembikai Di Kg. Kulambai Kota Belud]

Tujuan Penganjuran Festival Buah-Buahan Sipitang 2019

Menurut beliau para peniaga bukan sahaja boleh menjadikan program itu untuk mengaut keuntungan malah mampu mengelakkan lambakkan hasil buah-buahan yang belum terjual kepada para pengunjung di festival tersebut.

“Bila musim buah-buahan ini kalau pengurusan pasarannya tidak diatur dengan bijak akan menyebabkan penurunan harga mendadak atau jadi bahan longgokkan, tidak ada harga, justeru dengan program seperti ini orang ramai akan tahu musim buah tiba di Sipitang sekaligus membantu menstabilkan harga buah-buahan.

“Durian Sipitang kalau disebut semua orang kenal bahawa ia sedap dan lazat tidak puas memakannya, jadi inilah yang menyebabkan Sipitang terkenal dalam kalangan penggemar buah-buahan tropika terutama durian.

“Melalui penjualan produk-produk pertanian ini para peniaga tempatan boleh menilai kemampuan dalam bidang keusahawanan secara tidak langsung meningkatkan sosio ekonomi mereka dengan mengaktifkan diri dalam perniagaan,” katanya.

Beliau demikian dalam sidang media mengenai penganjuran Festival Buah-Buahan Sipitang 2019 di Wisma Bandaraya di sini hari ini.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin menambah bagi memeriahkan lagi acara berkenaan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar bersetuju untuk membawa pelancong ke Sipitang sempena festival itu nanti.

Jelas beliau sebanyak 30 bas pelancong setiap hari akan membawa pelancong berkunjung ke Sipitang selama empat hari sepanjang festival itu berlangsung.

Katanya melalui pesta itu juga rakyat akan dapat bersama-sama memeriahkan dan menceriakan Sipitang sebagai tarikan destinasi pelancong tempatan dan luar negara selain membantu petani dan usahawan daerah berkenaan.

Produk Pelancongan Di Sipitang

“Sipitang juga merupakan daerah yang sedang giat mempromosikan produk-produk pelancongan seperti sukan extreme, Stingless Bee Farm, memancing, rekreasi, inap desa dan resort.

“Dengan bantuan dan bimbingan daripada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) kita sedang giat membangunkan Pelancongan Berasaskan Komuniti di beberapa kawasan seperti di Kampung Pelakat, Ulu Sipitang dan Solo,” katanya.

Di samping itu katanya Sipitang mempunyai litar tetap pertama di Borneo untuk peminat pacuan empat roda yang terletak di Kampung Katipoh, Mesapol dan kawasan memancing kolam ikan keli Afrika terbesar di Sabah. –

Kredit berita : SabahNewsToday – Gambar SNT/Sitti Nor Azizah Talata

Info Mengenai Sipitang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sipitang
Esplanad Sipitang, kawasan tumpuan baru di Pekan Sipitang

Esplanad Sipitang, kawasan tumpuan baru di Pekan Sipitang
SabahDistricts-Sipitang-pp.png
Ralat Lua pada baris 502 di Modul:Location_map: Tidak dapat mencari takrif peta lokasi yang diperincikan: “Modul:Peta lokasi/data/Borneo Topography” tidak wujud.
Koordinat: Festival Buah-Buahan Sipitang 2019 Padang Top Ten Sipitang Bermula 29 Ogos ini5°20′0″N 115°45′0″E
Negara Festival Buah-Buahan Sipitang 2019 Padang Top Ten Sipitang Bermula 29 Ogos ini Malaysia
Negeri Festival Buah-Buahan Sipitang 2019 Padang Top Ten Sipitang Bermula 29 Ogos ini Sabah
Bahagian Pedalaman
Keluasan

 • Jumlah 2,732 km2 (1,055 batu persegi)
Penduduk

(2010)
 • Jumlah 34,862

Sipitang merupakan pekan, daerah dan juga kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Jumlah penduduk di daerah Sipitang dianggarkan seramai 12,076 pada tahun 1980, 24,349 pada tahun 1991 dan dijangka akan meningkat kepada 56,634 pada tahun 2010 . Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Long Pasia merupakan salah satu tempat perlancongan di Dearah sipitang.

Sejarah Sipitang.

Sebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).  Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabernor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.

Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU. Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu. Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.

Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).

Ekonomi Di Sipitang.

Kegiatan ekonomi utama di daerah Sipitang ialah kegiatan pembalakan. Sebuah kilang kertas dan pulpa dibina pada tahun 1987 di Sipitang dan dikendalikan oleh Sabah Forest Industries. Pada amnya, kegiatan pembalakan tidak menguntungkan orang-orang tempatan secara langsung, kerana kebanyakan mereka hanyalah terlibat dalam kegiatan perladangan dan perikanan kecil-kecilan.

2 Comments on “Festival Buah-Buahan Sipitang 2019 Padang Top Ten Sipitang Bermula 29 Ogos ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *