(PECAH RAHSIA) Gaji Pertama Youtuber Google Adsense & 9 Soalan Berkaitan Youtube

Gaji Pertama Youtuber Google Adsense 2

Gaji Pertama Youtuber Google Adsense & 9 Soalan Berkaitan Youtube – Ada kawan pm tanya, jadi saya #KongsiRasa malam ini! Mungkin kawan-kawan ada yang mahu bertanya tapi segan atau ada sebab lain.

Saya bukan pakar dalam bidang Youtube dan baru juga berkecimpung secara serius setahun jagung. Gaji pertama Youtube pun baru dapat bulan lepas dan sesuai dengan minat pertanian. Video-video saya rakam dan muat naik ke saluran Youtube saya.

Pengalaman Mendapat Gaji Pertama Youtuber

Ini perkongsian pengalaman saya. Bukan nak menunjuk. Semoga kawan-kawan juga terus semangat menjadi ‘Real Content Creator’.. bukannya ‘Content Manipulator’..

Ok.. kita mula!

1. Betul ka Youtube boleh buat duit?
– Ya, betul!

2. Macam mana duit dolar boleh jadi RM?
– pasal ini usah risau, kita di Malaysia boleh terima dolar melalui cek, western union atau wire transfer (terus masuk bank).

3. Berapa lama baru dapat duit dari youtube?
– kena penuhkan minimum requirement 1,000 subscribers dan 4,000 watch hours (jam.. bukan minit ya!)

4. Berapa banyak mau pos video?
– poslah sebanyak mana video yang kita ada. Ada juga yg nasib baik, pos kurang 10 video dah boleh monetise sebab views & subscriber bertambah cepat/tinggi.

5. Macam mana mau dapat views tinggi?
– buat video yang orang mahu tonton dan membantu menyelesaikan masalah orang (how to..)
– guna kelebihan thumbnails (click bait)
– setup SEO, tags (manipulasi tajuk, description)
– share video di semua media social yg kita ada.

6. Macam mana buat duit guna Youtube sementara belum cukup syarat untuk monetise?
– cari sponsor
– join affiliate seperti productlink (bayaran dalam dolar, daftar di https://t.productlink.io/a14gyk)

7. Bila tarikh dapat gaji Youtube?
– bermula dari 21hb (kadang-kadang delay sikit tapi tetap dapat bayaran)

8. Apa kamera yang sesuai untuk merakam video?
– apa saja gears yang boleh merakam audio dan video (ikut kemampuan).

9. Apa perisian edit video? Mau edit guna PC atau phone saja?
– saya pernah edit guna PC tetapi proses rendering terlalu slow sebab pc low spec.
– sekarang fully record dan edit guna phone sahaja (iphone 7 plus) masalah dia cepat panas.

itu saja setakat ini kawan-kawan. Sama-sama kita ketengahkan bakat dan minat. Kita tukar-tukar idea.

Jadikan Youtube sebagai sumber pendapatan pasif anda!

Gaji Pertama Youtube Saya!

Gaji Pertama Youtuber Google Adsense
Gaji Pertama Youtuber Google Adsense

Jangan lupa Subscribe channel saya!
www.youtube.com/NacqrisBackyardGarden

Post Asal : https://www.facebook.com/mustaffayasin/posts/10157457970878231

16 Comments on “(PECAH RAHSIA) Gaji Pertama Youtuber Google Adsense & 9 Soalan Berkaitan Youtube”

  1. Wow. Tahniah! Rawlins masih jauh lagi nak monetize my channel tu. Best gak bila tengok kengkawan generate income via YT – terus teringin nak buat gak hehehe

  2. wahhh tahniah! Belum berminat lagi ke arah video ni sebab tak cukup masa nak shoot edit semua. All the best untuk content creator yang berjinak ke vlog

  3. Banyak juga gaji pertama tu kan. Saya pun masih belajar dan belajar lagi pasal YT ni. Masih nak gali ilmu dengan lebih mendalam. Sebelum upload video ikut suka je. Sekarang kena fikir cara nak upload video yang best untuk ditonton

  4. Klu rajin untung la dapat pwnsapatan sampingan mellaui youtube ini. Patut la kalangan selebriti kadang nyat naik perkat bodoh sebab nak viewers ramai kan?

  5. Kita tengok contoh paling mudah Sugu Pavithra tu dah kaya raya buat youtube masak jer jadi tak mustahil hehehehe mamang kalau ada content yang bagus boleh jer buat duit kena rajin jer hehehehe..

  6. yeayy hidup youtube.. every second is money lalalalala
    bila da monetize ni mesti nak fikir nk uplload video apa..iena tak pandai edit video.. iena buat vlog biasa je tapi Alhamdulillah da monetize walaupun content biasa2 je..
    Ada plan dgn kawan nk buat channel..buat video tapi tak gerak2..so iena decide buat sendiri je..walau tak tau edit video takpe..mulakan je dulu..ada masa nanti boleh belajar edit video tu..

  7. Perkongsian yang bagus ni..info jelas..boleh nanti Sis jadikan panduan, mana le tau kan nak tukar ke youtuber hehehe..rezeki kita mana tau kan..cuma skrg selesa gan blog aje..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *