Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Tawar Geran RM10 Ribu

Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Dari KPLB Persekutuan

Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Dari KPLB Persekutuan

Program Peningkatan Pendapatan – Konsep

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek ekonomi dalam pelbagai sektor. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta meningkatkan taraf hidup dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk Aset/ premis/ bengkel/ ruang niaga/ mesin/ peralatan bantuan/ bahan mentah, latihan/kursus kemahiran asas, bimbingan serta kos khidmat pengurusan yang disampaikan melalui Agensi Pelaksana

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada golongan Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah (B40). Kriteria kumpulan sasar yang layak adalah seperti berikut:

  • disahkan sebagai Miskin Tegar dan Miskin serta berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • diperaku dan disahkan layak oleh Focus Group (FG) Pembasmian Kemiskinan Negeri /Daerah / Agensi Pelaksana; atau
  • bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada kriteria di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KPLB.

Program Peningkatan Pendapatan –Komponen Dan Kadar Bantuan

Kadar bantuan bagi seorang peserta adalah seperti berikut:

  • bantuan maksimum bagi pelaksanaan projek ekonomi adalah sebanyak RM10,000 bergantung kepada projek yang dilaksanakan, walau bagaimanapun peruntukan projek yang diluluskan akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Kementerian. Bantuan ini juga merangkumi kos latihan/kursus kemahiran asas projek  yang berjumlah maksimum RM1,500 seorang,
  • kos latihan/kursus kemahiran asas projek berjumlah RM1,500 seorang bertujuan memberi latihan/kursus kemahiran asas berkaitan projek yang dilaksanakan. Latihan/Kursus kemahiran asas dan jenis kursus yang dirancang boleh dikendalikan oleh Agensi Pelaksana atau lain-lain badan bertauliah yang dilantik oleh Agensi

Projek-projek ekonomi PPP memberi tumpuan kepada empat (4) skop utama berikut

pp
  • Mekanisme pelaksanaan PPP dilaksanakan oleh Agensi-agensi KPLB, Agensi-agensilain Kementerian dan Jabatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), dan Pejabat-pejabat Daerah.
  • Agensi Pelaksana (Lead Agencies) KPLB adalah terdiri daripada Pejabat Cawangan KPLB di negeri/daerah dan agensi-agensi seperti KETENGAH, KEJORA, KEDA, KESEDAR, RISDA, FELCRA, GIATMARA, KEMAS  dan sebagainya.
  • Sinergi dengan Kementerian lain untuk menggunakan kemudahan latihan mereka sebagai contoh kerjasama  dengan Kementerian Pertanian dan agensi-agensi di bawahnya iaitu seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan  sebagainya.
  • Selaras dengan mekanisme pelaksanaan PPP, Kementerian turut melantik NGO yang aktif dan berpengalaman sebagai Agensi Pelaksana.

Muatnaik:

Sumber: PPP KPLB

2 thoughts on “Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Tawar Geran RM10 Ribu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *