Guna ‘Grow Lights’ Atasi Masalah Tanaman Tidak Cukup Cahaya

Guna 'Grow Lights' Bagi Tanaman Tidak Cukup Cahaya

Guna ‘Grow Lights’ Bagi Tanaman Tidak Cukup Cahaya – Ada orang sangat beruntung kerana memiliki tempat yang luas, sesuai dan subur untuk berkebun. Namun, ramai  juga yang melupakan minat berkebun kerana kekurangan ruang dan sumber cahaya yang tidak cukup.

Masalah Tanaman Tidak Cukup Cahaya

Tumbuhan memerlukan  kadar cahaya yang berbeza-beza untuk berkembang seperti dari tanaman dalam rumah dengan keperluan cahaya rendah seperti kaktus hinggalah tanaman buah-buahan yang dapat dimakan seperti tomato, cili, tembikai, timun yang memerlukan cahaya yang lebih terang.

Tanpa cahaya matahari yang cukup, proses fotosintesis tidak akan berlaku dengan sempurna. Maka mulalah tanaman mengeluarkan simptom seperti daun kekuningan, mengering dan tidak membesar secara kebiasaan.

Pada peringkat percambahan, anak benih memerlukan banyak cahaya terang dan apabila ia tidak mendapat cahaya yang cukup akan terjadi percambahan yang gagal dengan keadaan anak benih yang lemah dan berkaki panjang seperti taugeh. Jika ini terjadi, ia adalah permulaan yang tidak elok untuk suatu proses penanaman.

Penyelesaian Tidak Cukup Cahaya

Namun dengan adanya pelbagai teknologi terkini, masalah kekurangan cahaya boleh diatasi dengan menggunakan ‘cahaya buatan’.  Ada beberapa jenis lampu yang boleh digunakan untuk memberi cahaya kepada tanaman dan dua yang paling popular digunakan adalah dari jenis ‘fluorescent’ dan Light emitting diodes’ (LEDs).

Saya pernah menggunakan lampu ini dari jenis LED dan memang berkesan untuk membantu tumbesaran tanaman terutama sayuran daun yang saya tanam. Cuma cahaya LED yang pernah saya guna agak menyakitkan mata dan tidak sesuai digunakan untuk tanaman indoor. Campuran warna LED merah dan LED biru menghasilkan warna ungu terang  yang sangat menggangu pemandangan.

Lampu LED Grow Light Di Dalam Greenhouse
Lampu LED grow light yang digunakan sebelum ini.

Untuk menyesuaikan keadaan, saya bertukar kepada LED putih yang lebih lembut cahayanya dan sangat sesuai digunakan dalam rumah.

Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Grow Lights.

Ada beberapa persoalan yang boleh kita ambilkira sebelum memilih sesuatu Grow Light iaitu;

  • Apakah jenis tanaman yang akan ditanam?
  • Adakah tanaman yang akan ditanam bermusim atau tumbuh sepanjang masa?
  • Berapa ketinggian tanaman itu?
  • Di manakah tanaman diletakkan,  samaada ruang tamu atau bilik khas?
  • Berapa bajet kita untuk bil elektrik?

LED atau pendarfluor?

Lampu LED dan lampu pendarfluor kebiasaannya menghasilkan cahaya spektrum penuh (full spectrum). Walau bagaimanapun, cahaya dari lampu LED lebih baik untuk tumbuh-tumbuhan, persekitaran dan berbaloi digunakan. Walaupun harganya sedikit lebih tinggi, LED sangat cekap selain menggunakan separuh elektrik dan bertahan 5x lebih lama daripada mentol pendarfluor. Lampu LED mesra alam, bebas merkuri dan tidak akan pecah seperti kaca.

Sebilangan besar penggunaan lampu ini adalah dari hujung spektrum biru (“sejuk”) dan merah (“hangat”) serta menggunakan sedikit cahaya kuning dan hijau. Cahaya biru merangsang pertumbuhan vegetatif (dedaunan dan akar) sementara cahaya merah merangsang tanaman untuk menghasilkan bunga dan buah.

Lampu pendarfluor harga lebih berpatutan dan mungkin merupakan pilihan yang baik jika anda ‘baru belajar’ berkebun dengan bajet yang rendah. Segalanya terpulang kepada bajet dan keperluan masing-masing.

SANSI LED Grow Lights

Jika anda suka pada produk yang berkualiti tinggi, warna lampu tidak menyakitkan mata, mudah untuk dipasang dan digayakan maka boleh mencuba untuk menggunakan produk  LED Grow Light dari jenama SANSI .

Lampu Grow Light jenama SANSI ini tidak mudah panas  (hollow out design) jika digunakan dalam masa yang lama dengan jangka hayatnya boleh mencapai 50,000 jam yang didatangkan dengan jaminan 1 tahun setiap produk.

Hollow Out Design SANSI LED Grow Light
‘Hollow Out Design’ SANSI LED Grow Light

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mr.  Ang Kok Gei dari ATKC Ewarehouse kerana memberi peluang kepada saya untuk mencuba sendiri guna lampu ini.

Saya gunakan untuk proses percambahan biji benih. Hasilnya percambahan juga sangat baik. Media semai tidak mudah kering jika dibandingkan semaian biasa yang mudah terdehidrasi oleh persekitaran luar rumah.

Sebagai contoh, anak pokok strawberi yang saya semai menggunakan biji benih cuma tinggal 1 sahaja lagi dan berjaya tumbuh selepas dipindahkan ke ruangan percambahan yang menggunakan lampu LED grow lights.

Anak Pokok Strawberi
Anak Pokok Strawberi – updated 28/4/2021

Berikut adalah beberapa produk Sansi LED Grow Lights yang boleh dipilih mengikut keperluan anda samaada untuk kegunaan indoor atau outdoor (greenhouse). Harganya mampu milik dengan jaminan 1 tahun.

SANSI 15W LED Grow Light Bulb Daylight Full Spectrum E27 And Sunlight White Grow Light Lamp For Indoor Garden Houseplants Greenhouse
SANSI 15W LED Grow Light Bulb Daylight Full Spectrum E27 And Sunlight White Grow Light Lamp For Indoor Garden Houseplants Greenhouse
SANSI 24W LED Grow Light Bulb Daylight Full Spectrum E27 And Sunlight White Grow Light Lamp For Indoor Garden Houseplants Greenhouse
SANSI 24W LED Grow Light Bulb Daylight Full Spectrum E27 And Sunlight White Grow Light Lamp For Indoor Garden Houseplants Greenhouse
SANSI 36W LED Grow Light Bulb Daylight Full Spectrum E27 And Sunlight White Grow Light Lamp For Indoor Garden Houseplants/Greenhouse
SANSI 36W LED Grow Light Bulb Daylight Full Spectrum E27 And Sunlight White Grow Light Lamp For Indoor Garden Houseplants/Greenhouse
SANSI 60W LED Grow Light Bulb Daylight Full Spectrum E27 And Sunlight White Grow Light Lamp For Indoor Garden Houseplants/Greenhouse
SANSI 60W LED Grow Light Bulb Daylight Full Spectrum E27 And Sunlight White Grow Light Lamp For Indoor Garden Houseplants/Greenhouse
SANSI 70W LED Grow Light Bulb Daylight Full Spectrum And Sunlight White Grow Light Lamp For Indoor Garden HouseplantsGreenhouse
SANSI 70W LED Grow Light Bulb Daylight Full Spectrum And Sunlight White Grow Light Lamp For Indoor Garden Houseplants & Greenhouse

Dapatkan segala keperluan perkakasan rumah di ATKC Ewarehouse . Penghantaran terus ke rumah anda juga disediakan.

 

ATKC Ewarehouse
ATKC Ewarehouse

Store Address
ATKC Hardware Trading Sdn Bhd (836639-K) 583, Jalan Serdang Belah, Off Jalan Sultan Abdul Samad, 42700, Banting, Selangor DE. Malaysia.

 

Our WhatsApp :
+6012 404 8870
+6013 533 8870

Facebook | Instagram | Youtube Channel  

 

 

85 / 100

19 Comments on “Guna ‘Grow Lights’ Atasi Masalah Tanaman Tidak Cukup Cahaya”

  1. Sis guna light natural ajer tanam pokok iaitu cahaya matahari. Ini untuk tanaman dalam rumah hijau ye?. Macam2 aplikasi sains untuk kehidupan kita sehari-hari kan?.

  2. sangat2 bermanfaat artikel ni, pokok saya susah nak hidup sebab tak cukup cahaya. letak luar kang kucing/orang yang lalu lalang suka rosakkan, geram je

  3. Wow……….this is an awesome product! Good for those who have a mini garden in their condominium and apartment. I’m going to share this post with my Dad and maybe get this light for him. It’s good for our mini garden. Thank you for sharing this information.

  4. Wowww menarik betul ya grow light ni kita dapat kawal pencahayaan untuk pokok kita. Sbb kadang2kan bila lama terdedah dengan matahari pon pokok ada yang tak sesuai kan…

  5. Ooo macam ni kalau tanam dalam rumah memang perlu laa yaa En Mus.. sebab tak cukup pencahayaan.. kebun kecil tepi Saya tu ingat nak cuba laa guna lampu ni..

  6. Owh lampu LED pun boleh supply cahaya yang mencukupi untuk kesuburan pokok ye. Igtkn lmpu pendaflour biasa tu je. Bagusla kan, LED pun lebih jimat energy

  7. Bagusnya artikel ni. Seronok tengok tanaman menjadi. Saya dulu ada bercucuk tanam. Setahun tu memacam dapat hasil. Memang seronok. Masalah utama saya cuaca terlalu panas. Jadi saya kekurangan air. Lepas tu selalu outstation merentas negeri balik kampung dalam tempoh seminggu. Ada cuba guna botol macam kat shopee jual. Tak menjadi juga. Kalau ada artikel tentang masalah kurang air. Bleh share ngan saya.

  8. I’m using this too for my indoor plants works really well, last time my plants used to die easily but after this all growing big and strong.

  9. first time tengok. selalunya nampak orang pakai yang solar. bagus juga teknologi ni at least kita tahu tanaman tu dapat pencahayaan yang cukup

  10. grow light sesuai untuk yang duduk rumah kurang pengcahayaan atau tiada ruangan taman kat luar.. dan indoor plant bagus juga ni… nanti nak check out laaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *