Kenapa Tanam Kesum Dalam Pasu Atau Polibeg Tidak Pernah Hidup?

CARA TANAM KESUM

Kenapa Tanam Kesum Tidak Pernah Hidup? Itulah persoalan yang sering ditanya kepada saya. Saya kongsikan pengalaman saya menanamnya di dalam pasu atau polibeg.

Jika baru menanam guna keratan,

  1. Akar tak cukup kuat dan cepat rosak sebab media tanam cepat mengeras. Guna campuran media tanam yang poros seperti tanah berpasir, cocopeat, sekam padi bakar.
  2. Elak kena matahari penuh. Letak pada tempat separa panas cahaya matahari.
  3. Media tanam cepat kering. Air kena cukup pagi dan petang siraman

Manakala bagi pokok yang sudah membesar,

  1. Saiz pasu tak sesuai dengan saiz pokok.. pasu sudah penuh akar.
  2. Pokok sudah matang/tua. Kena petik selalu dan pucuk baru akan tumbuh. Pokok berbunga salah satu petanda sudah tua.
  3. Media tanam cepat kering. Kerapkan siraman cukup pagi dan petang.
  4.  Kekurangan nutrien bila daun menguning.. letak baja daun /kompos seminggu sekali.

Tips paling mudah tanam kesum,

  1. Buat siraman dengan baja AB. Jimat masa menyiram dan membaja.
  2. Pindah tanam di tanah yang berdekatan air (kawasan lembap) kerana kesum menyukainya.

Video menanam kesum boleh tonton di Channel Youtube saya seperti;

Video 1

Video 2

Video 3

 

Anda boleh terus ke Channel Youtube saya Nacqris Backyard Garden untuk video tips menanam yang lain.

11 Comments on “Kenapa Tanam Kesum Dalam Pasu Atau Polibeg Tidak Pernah Hidup?”

  1. Tq bagi tips ni. Saya punya daun kesum pon susah gak nak hidup subur. Seminggu dua lps balik dr kampung pokok kesum tu jadi kering dan mati.

  2. ikut pengalaman pokok kesum ni memang susah sangat nak tanam. selepas 10 kali cuba baru kali ni menjadi tapi itupun sedikit je daun yang muncul haha

  3. ok kena share nih ,kadang memang nampakmudah jer tapi sendiri buat ada jer tak kena,rupanya ada salah silap step…tengok video baru jelas camner nak buat …suka daun kesom nih ,kalau dalam laksa memang saya makan jerrr

  4. Mak cakap kesum sennagbtanam tapi kene letak dekat tanah. Kesum perlukan banyak air. Lepas tu dia jenis merebak.. Hehehe.. Kalau bawk balik kl, memng mati la dekt pasu.. Kalau nad la bawk

  5. Selain tip tip yg dinyatakan, minat menanam pokok dan tangan yg sejuk menambahkan lagi kesuburan tanaman.

  6. Tips berguna sangat ni..dah berapa kali tanam kesum, tak pernahnya hidup huhuhu..patut laaa uma mak kesum dia subur sebab tanam hidup di tepi longkang bawa pili air huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *