Kenapa Tanam Kesum Tidak Pernah Hidup? Itulah persoalan yang sering ditanya kepada saya. Saya kongsikan pengalaman saya menanamnya di dalam pasu atau polibeg.
Isi Kandungan
Jika baru menanam guna keratan,
- Akar tak cukup kuat dan cepat rosak sebab media tanam cepat mengeras. Guna campuran media tanam yang poros seperti tanah berpasir, cocopeat, sekam padi bakar.
- Elak kena matahari penuh. Letak pada tempat separa panas cahaya matahari.
- Media tanam cepat kering. Air kena cukup pagi dan petang siraman
Manakala bagi pokok yang sudah membesar,
- Saiz pasu tak sesuai dengan saiz pokok.. pasu sudah penuh akar.
- Pokok sudah matang/tua. Kena petik selalu dan pucuk baru akan tumbuh. Pokok berbunga salah satu petanda sudah tua.
- Media tanam cepat kering. Kerapkan siraman cukup pagi dan petang.
- Kekurangan nutrien bila daun menguning.. letak baja daun /kompos seminggu sekali.
Tips paling mudah tanam kesum,
- Buat siraman dengan baja AB. Jimat masa menyiram dan membaja.
- Pindah tanam di tanah yang berdekatan air (kawasan lembap) kerana kesum menyukainya.
Video menanam kesum boleh tonton di Channel Youtube saya seperti;
Video 1
Video 2
Video 3
Anda boleh terus ke Channel Youtube saya Nacqris Backyard Garden untuk video tips menanam yang lain.
Tq bagi tips ni. Saya punya daun kesum pon susah gak nak hidup subur. Seminggu dua lps balik dr kampung pokok kesum tu jadi kering dan mati.
ikut pengalaman pokok kesum ni memang susah sangat nak tanam. selepas 10 kali cuba baru kali ni menjadi tapi itupun sedikit je daun yang muncul haha
Good post! Very informative about agriculture. Teruskan share post macam ini ya. Thank you for sharing.
ok kena share nih ,kadang memang nampakmudah jer tapi sendiri buat ada jer tak kena,rupanya ada salah silap step…tengok video baru jelas camner nak buat …suka daun kesom nih ,kalau dalam laksa memang saya makan jerrr
Mak cakap kesum sennagbtanam tapi kene letak dekat tanah. Kesum perlukan banyak air. Lepas tu dia jenis merebak.. Hehehe.. Kalau bawk balik kl, memng mati la dekt pasu.. Kalau nad la bawk
Selain tip tip yg dinyatakan, minat menanam pokok dan tangan yg sejuk menambahkan lagi kesuburan tanaman.
Tips berguna sangat ni..dah berapa kali tanam kesum, tak pernahnya hidup huhuhu..patut laaa uma mak kesum dia subur sebab tanam hidup di tepi longkang bawa pili air huhuhu
Thanks for sharing this gardening tips, i also not so good in it but i belum tanam daun kesum lagi.
Tips berguna untuk siapa Yang suka menanam ni. Maklumlah tu guna je dalam laksa. Tak tahu pulak ada cara.
ya ampun terima kasih ata stips yang diberikan..sememangnya mencari2 juga cara nak tanam pokok kesumm…terima kasih tau 🙂
bagus bagi tips ni, barulah tahu ya. thanks sharing ni, semoga murah rezeki