Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini – Bahagian 1

Membina Sendiri Rumah Hijau 'Greenhouse' Mini

Membuat Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini – Inilah impian saya ingin memiliki rumah hijau atau lebih biasa dipanggil ‘greenhouse’ sejak mula menanam dua tahun lepas. Cuma kekangan masa dan idea, ianya lambat dimulakan.

Sempena dengan permulaan tahun 2021, saya sudah membuat persediaan untuk membina rumah hijau mini di belakang rumah saya. Untuk projek ini, saya mulakan dengan menanam kailan (chinese kale).

Membina Sendiri Rumah Hijau 'Greenhouse' - Anak Sayur Kailan
Anak Sayur Kailan

Perancangan awal, saya ingin membuat kerangka menggunakan besi aluminium tetapi tidak jadi kerana beberapa sebab seperti;

  1. Tiada kemahiran pertukangan aluminium (perlu banyak belajar dan ambil masa).
  2. Ada stok kayu sediaada dan cuma perlu beli sedikit kayu untuk menyiapkan projek ini.
  3. Ada kelengkapan ‘power tools’ untuk kerja kayu. Kerja jadi cepat.
  4. Peruntukan terhad.

Saya mengambil keputusan membuat kerangka menggunakan kayu beroti dan kayu buangan dari tapak pembinaan berhampiran rumah saya. Saya lebih mahir dengan kerja kayu berbanding aluminium. Pada masa depan, saya akan belajar juga teknik kerja aluminium.

BACA JUGA : 7 Kelebihan & Seronoknya Ada Kebun Dapur Sendiri

Kalau dilihat harga greenhouse pasang siap di  Shopee atau Lazada, ada yang murah dan ada yang mahal. Saya buat sendiri seperti ini (Projek DIY) adalah untuk kepuasan saya sendiri juga. Seronok bila projek berjaya direalisasikan.

Persediaan Membina Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini

Sebagai persediaan lain, konsep projek ini adalah menanam sayur di dalam bekas polisterin buah. Saya ‘memborong’ bekas ini dari kedai buah dengan harga RM2 setiap satu. Sebelum ini, saya ada juga guna bekas polisterin tetapi untuk membuat takungan hidroponik.

Membina Sendiri Rumah Hijau 'Greenhouse' Mini - Bekas Kotak Buah
Bekas Kotak Buah

Selain itu, saya ada membeli plastik UV, tanah hitam, sekam padi, kompos dan tidak lupa membuat semaian awal benih kailan.

Membina Sendiri Rumah Hijau 'Greenhouse' - Sekam Padi
Sekam Padi Bakar
Membina Sendiri Rumah Hijau 'Greenhouse' - Tanah Hitam
Tanah Hitam
Membina Sendiri Rumah Hijau 'Greenhouse' - Kompos
VermiKompos

Bagi persediaan kawalan serangga perosak, saya membeli minyak semambu ‘neem oil’ dan PestGuard.

Membina Sendiri Rumah Hijau 'Greenhouse' - Neem oil & PestGuard
Neem oil & PestGuard

Halaman belakang rumah saya sangat sempit dan sudah ada ditanam beberapa petak sayur. Jadi, saya kena ‘setting-up’ dengan keluasan projek semaksimum mungkin. Saiz rumah hijau yang saya bina adalah 9′ panjang x 6′ lebar dengan ketinggian maksima 8′ dan tinggi minima 6′.

Membina Sendiri Rumah Hijau 'Greenhouse' - Memasang Plastik UV
Memasang Plastik UV

Ketinggian tinggi-rendah ini bertujuan untuk mengelak air bertakung di atas bumbung yang boleh menyebabkan bumbung runtuh atau bocor.

Di dalamnya akan dipasangkan rak untuk meletak bekas tanaman secara bertingkat. Memandangkan keluasannya kecil, saya cuma hadkan kepada dua tingkat sahaja.

Setakat ini, sudah tiga hari saya membina rumah hijau mini ini. Saya dibantu oleh anak-anak dan isteri. Kekangan dihadapi adalah hujan dan saya terpaksa berhenti seketika.

Setelah tiga hari, saya cuma baru sempat menyiapkan kerangka dan memasang plastik uv untuk bumbung. Bahagian dinding saya belum sempat siapkan. Saya berusaha mencari pembekal  jaring serangga di tempat saya, namun tiada satu pun kedai yang menjualnya. Pilihan terakhir, saya akan pasang jaring hijau ‘mosquito netting’.

Membina Sendiri Rumah Hijau 'Greenhouse' - Plastik UV Bumbung Tinggi
Plastik UV Bumbung Tinggi

Jaring ini diperlukan bagi mengawal suhu dalam rumah hijau terutama pada waktu siang yang panas. Pengudaraan juga penting supaya tanaman tidak ‘stress’.

Nanti saya akan kemaskini lagi perkembangan projek rumah hijau ‘greenhouse’ mini saya kepada anda.

Jangan lupa juga untuk langgan saluran Youtube saya ya!

Oh ya! saya akan update juga perkembangan projek ini di Facebook Nacqris Backyard Garden juga.

Jumpa lagi nanti.

15 Comments on “Membina Sendiri Rumah Hijau ‘Greenhouse’ Mini – Bahagian 1”

  1. Thank you for sharing.. I pun buat sendiri rumah Hijau.. dah ada several pokok.. sampai tak muat nak parking kereta. Hehe.. selagi tak penuh selagi tu la dok beli pokok je… cant wait to see the plants membesar nanti

  2. wahhh bestnya impian dah tercapai! Banyak juga tanah yang diperlukan untuk tanaman. Selama ni guna tanah hitam dengan sabut je beli dekat kedai RM2. Nanti nak try pulak ikut jenis tanah yang encik guna

  3. Bagus perkongsian ni. Kalau saya ada laman sendiri, saya pun teringin nak buat rumah hijau. Tapi sekarang saya tinggal di apartment, boleh tanam pokok di balkoni saja.

  4. Best kalau kawasan rumah ada rumah hijua macam ni. Sejuk mata memandang tumbu tumbuhan yang tumbuh menghijau kan.

  5. Tahniah! your dream comes true! how i wish i have that passion to fulfill this too. I always wanted to do something like this but dont know where to start. thank you for sharing this. i have an idea now!

  6. rumah kalau ada tanah sendiri memang rajinlah nak bercucuk tanam. banyak benda boleh ditanam. rajin tak rajin je.plus skrg barang2 bercucuk tanam pon mudah dapat.

  7. Seronoknya ada ruang nak buat projek macam ni dirumah. Teringin juga nak buat tapi kita duduk pun rumah tinggi hahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *