Seronok Memetik Sayur Di Kebun Belakang Rumah

Memetik Sayur Pak Choi Hidroponik

Hasil berbudi kepada tanah pasti ada imbuhannya. Saya yakin saya memang akan mencapai misi saya iaitu makan sayur yang ditanam selepas 2 bulan pindah ke rumah yang baru.

Kalau nak diikutkan masa menuai sayur jenis daun sekitar 30 hari selepas tanam. Namun atas kekhilafan saya sendiri tidak membaja mengikut sukatan dan masa yang ditetapkan, tumbesaran sayur agak lambat. Tidak apa, apa yang penting kini saya sudah mula memakan sayur yang ditanam.

Terdahulu, saya pernah memetik kangkung yang ditanam dalam baldi menggunakan kaedah hidroponik. Lumayan juga kerana sudah tiga kali saya menuai kangkung tersebut.

Berita kurang enaknya, kangkung-kangkung yang saya tanam menggunakan kaedah hidroponik ini kini mengalami masalah kesuburan yang kritikal kerana kandungan air yang kurang semasa ditinggalkan balik bercuti. Sistem siraman automatik cuma digunakan ke atas sayuran di tanah sahaja.

Nampaknya saya perlu menanam semula kangkung dalam baldi seperti dulu dengan mengambil kira kuantiti sayur yang sesuai ditanam dalam satu masa. Jika terlebih banyak, boleh juga sedekahkan kepada jiran sebelah rumah.

Memetik Kangkung Dan Pak Choi.

Selepas balik dari bercuti hujung tahun, usia sayur yang ditanam secara puratanya sebulan setengah kini sudah boleh dituai.

Saya mula memetik kangkung yang ditanam di tanah beberapa hari lepas. Kebetulan anak-anak memang suka resipi Kangkung Goreng Belacan. Puas hati bila sayur habis dimakan anak-anak.

Manakala sayur pakchoi anak-anak suka makan jika dimasak bersup dan masak tumis begitu sahaja.

Selepas ini, kangkung yang ditanam di tanah akan terus boleh dipetik memandangkan masih banyak lagi.

Sayur terung, tomato dan cili kini semakin membesar. Tidak sabar melihat perkembangannya.

2 thoughts on “Seronok Memetik Sayur Di Kebun Belakang Rumah

  1. Tahniah! Rajinnya Mr Mus bercucuk tanam. Seronok tengok sayuran2 Mr Mus membesar sihat. Saya cuma pernah tuai sayur kangkung & cili ja, itu pun sekali tuai sbb lps tu kena serangan penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *