Stevia Sebagai Pemanis Semulajadi, Ia Mudah Tumbuh.

Pokok Pemanis Stevia

Minggu ini saya berjaya juga mencari anak pokok stevia yang sudah sekian lama saya idamkan. Kebetulan pula ketika membuka Facebook Marketplace, iklan anak pokok ini kelihatan di atas sekali. Saya terus menghubungi penjualnya.

Namun ia bukan dari jenis yang biasa dijadikan produk dan agak berbeza dari segi bentuk batang dan daunnya. Tetapi ianya memang manis.

Pokok Stevia Mudah Tumbuh

Tanpa berlengah, saya terus berjumpa penjual iaitu Encik Vincent. Memang seronok bila berjumpa dengan orang yang ada hobi yang sama dengan kita. Banyak topik kami bualkan dan saya tertarik dengan pokok anggur varieti Concord yang ditanamnya. Cantik buahnya dan usia pokok anggur tersebut melebihi 20 tahun.

Membeli anak pokok stevia.

Selepas mencari polibeg anak pokok  yang diiklankan, Encik Vincent menunjukkan pelbagai tanaman di mini nurserinya.

Kami sempat bertukar-tukar biji benih. Dia memberi saya biji benih  dan saya memberinya biji benih terung asam Sarawak.

Stevia Sebagai Pemanis Semulajadi, Ia Mudah Tumbuh.
Biji benih terung asam Sarawak / Terung Dayak

Tanpa berlengah masa, saya sediakan medium semaian dengan menggunakan tanah hitam sahaja dan polibeg kecil sesuai untuk tujuan percambahan. Selepas membesar, iakan dipindahkan ke pasu yang lebih besar.

Stevia Sebagai Pemanis Semulajadi, Ia Mudah Tumbuh.
Lebih kurang 24 anak pokok yang saya akan tanam.

Dari satu polibeg yang dibeli, rupa-rupanya banyak anak pokok yang tumbuh melalui keratan batang yang dibuat oleh Encik Vincent. Rasa sangat beruntung.

Stevia Sebagai Pemanis Semulajadi, Ia Mudah Tumbuh.
Anak pokok stevia kelihatan subur.

Saya berharap agar pokok ini akan membesar dengan lebih sihat pada masa akan datang.

Selain dapat membuat hobi menanam ini sebagai mengisi masa lapang, ramai kawan baru juga dijumpai.

Kemaskini 18/4/2019 : Saya tidak mengetahui varieti stevia yang saya tanam dan menurut Encik Vincent, bibit ini berasal dari Kundasang.

Kemaskini 10/3/2020 : pokok di atas adalah Aztec sweet herb dan tidak sesuai untuk makan/minum.

Info Mengenai Stevia

Stevia Sebagai Pemanis Semulajadi, Ia Mudah Tumbuh.
Stevia rebaudiana

Stevia rebaudiana adalah spesies tumbuhan dalam genus Stevia daripada keluarga bunga matahari (Asteraceae), amnya dikenali sebagai daun manis, daun gula atau herba manis.

Di Malaysia ia juga digelar sebagai “Pokok Gula” kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis disebabkan pernanannya sebagai pengganti gula. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glikosida yang mengandungi steviosida dan rebaudiosida. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glisemik, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Sumber – Wikipedia

Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

One Comment on “Stevia Sebagai Pemanis Semulajadi, Ia Mudah Tumbuh.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *