Kunyit Ditanam Secara Hobi Dan Hasil Tuaian Pertama Mengujakan

Menanam Kunyit Secara Hobi

Setahu saya, menanam kunyit amat sukar setelah membaca beberapa luahan hati para peminat tanaman di kalangan netizen dalam beberapa buah ‘group’ bertani Facebook.

Sukarkah Menanam Kunyit?

Namun, setelah cuba untuk menanam sendiri menggunakan rizom (biji), ia tidaklah sesukar yang disangkakan.

Pada pengalaman saya,  apa saja tanaman berubi/rizom memerlukan tempat yang sesuai dan media tanamannya tidak terlalu keras.

Saya menanam menggunakan rizom beralaskan kotak telur terpakai bersama beberapa keratan yang lain seperti serai, halia dan bawang. Syukur, ianya menjadi seperti yang dirancang. Semua tanaman menjadi sehingga saya merasa hasilnya.

Tanam Sekadar Suka-Suka

Berbalik kepada cerita, saya ada menanam sebanyak tiga polibeg sahaja tidak termasuk yang ditanam di tanah.

Menanam Kunyit Secara Hobi
Halia juga  saya tanam di dalam polibeg.

Saya suka menanam di dalam polibeg memandangkan ruangan menanam yang agak terhad serta saya sering kali meminda kedudukan tanaman mengikut keperluan semasa seperti kuantiti tanaman, keperluan pencahayaan dan pembajaan serta penyiraman automatik (fertigasi).

Menanam Kunyit Secara Hobi
Hasil yang dituai seperti ini senang ditanam semula.

Saya telah menuai sebuah polibeg sahaja yang pada asalnya adalah 3 biji rizom yang dicambahkan ditanam bersama dengan berat purata satu rizom lebih kurang 10gram.

Proses penuaian mudah kerana media tanaman yang digunakan adalah tanah hitam dan dicampur sedikit pasir. Manakala bahagian atasnya saya letakkan selapis sabut kelapa atau cocopeat bagi mengelakkan media tanaman cepat kering.

Penuaian selama 10 minit dengan mengoyakkan polibeg disebabkan bijinya sudah menekan polibeg dan pokoknya bersama media tanam  rupa-rupanya tidak dapat dikeluarkan dengan mudah.

Menanam Kunyit Secara Hobi
Proses menuai.

Hasil tidak disangka, saya memperolehi lebih kurang 600gram  yang sedia untuk dituai dan beberapa anak pokok baru untuk ditanam semula.

Menanam Kunyit Secara Hobi
Hasilnya  berat 600gram yang dituai (1 polibeg).

Hasil tuaian dicuci bersih dan saya mengambil keputusan untuk menjadikan hasil tuaian sebagai serbuk kunyit kegunaan di dapur.

Menanam Kunyit Secara Hobi
Proses memotong sebelum dijemur.

Keesokkannya, saya menghiris nipis bijinya dan terus dijemur di bawah cahaya matahari terik.

Menanam Kunyit Secara Hobi
Dijemur bawah terik matahari.

Cukup tiga hari, hasilnya seperti dalam gambar di bawah dan seterusnya akan dikisar halus. Jimat sedikit belanja dapur.

Menanam Kunyit Secara Hobi
Ia menjadi kering selepas hari ketiga.

Saya amat teruja dengan penuaian hasil ini. Pada hakikatnya saya menanam sekadar suka-suka membuat eksperimen sahaja.

Info Ringkas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Ia juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, ia juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv, Israel mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik untuk menentang keradangan. Menurut Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv, kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati Curcumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)

Khasiat Untuk Kesihatan

Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai “Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.

Pada masa yang sama, ia mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium

Mencegah Kanser
Boleh membantu anda mencegah daripada menghidap kanser, berhentikanperkembagan kanser prostat (sekiranya anda ada) dan bahkan membunuh sel kanser. Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat di dalamnya yang boleh melawan kanser sel dan pada masa yang sama melindung badan daripada mendapatnya.

Mengawal Berat Badan
Serbuknya boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan mengawalnya. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan lemak di dalam badan.

Menyembuhkan Luka
Ia merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectant yang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.

Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan
Kajian telah membuktikan bahawa pengambilannya dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan dalam badan boleh menyababkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya adalah masalah jantung dan darah tinggi.

Mengawal Kencing Manis (Diabetes)
Ia boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Ia boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini.

Kredit: XTRA

Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

About Encik Mus

Minat Pertanian, Fotografi & Blogger Separuh Masa

View all posts by Encik Mus →

25 Comments on “Kunyit Ditanam Secara Hobi Dan Hasil Tuaian Pertama Mengujakan”

  1. Waa bagus dapat buat mcm ni, mmg ada jenis yg tanam apa pon menjadi..seronok tgk org yg hebat bercucuk tanam, dpt hasil pon memuaskan.. 😁

    1. penah berbunga juga kunyit ni.. cuma saya tak biasa makan je.. samalah macam pokok temu.. sayang bunganya layu mcm tu saja.. jiran pun x pandai makan..

  2. Seronok nya dapat tanam macam-macam. Ada juga tanam kunyit dan sikit2 pokok utk kegunaan memasak. Maklumlah duduk umah tinggi tak ada tanah, tanam dalam pasu. Ank jiran rajin pulak pergi gemmbur2 pasu dan petik2. Adehhh. Habis pecah pasu kite. Kalau ada peluang, memang suka tanak sendiri.

  3. kunyit ni memang bagus. wah nampak besar2 jugak tu. aduh pokok kt umah kita..lambat benar nak membesar..macam nak hiidup taknak hidup..nak mati pun tak..hehehe

  4. Suburnya kunyit tu banyak hasilnya geram tengok kita nak tanam Temu hehehe sebab suka makan buat ulam wakakaka kalau kunyit tengit sikit nak makan bergitu hehehehe.. Kat kg kita banyak sangat pokok ini nak tanam juga lah..

  5. Teringinn nak menanam mcm ni… tp hahaha setakst teringin tak pernah lagi buah. Kadang pikir nak pakai serai seketul tu jer . Nnt kita refer balik sini bila nak start bercucuk tanam yer

  6. Rasa puas hati kan bila apa yang kita tanam bagi hasil. Saya pun tak sabar nak masuk rumah baru, nak start menanam jugak. Rumah sekarang atas langit, beranda pun tak ada. Susah nak menanam.

  7. Sama la saya … Bosan kat rumah.. Semua benda ditanam. Haha.. Mslhnya masa nk tanam tamak tanam byk2.. Skali semuanya berhasil byk lak.. Last2 share skit2 bg orang… Seronok kan dpt tgk hasil kita..

  8. Jarang2 nak baca sampai habis bab tumbuh tumbuhan ni. Tapi hari ni setel bab kunyit. Terbaik…yang penting jangan kita mengunyitt sudah haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *