Pokok Nipah Yang Terbiar Di Tepi Sungai

Pokok Nipah Yang Terbiar Di Tepi Sungai 1

Pada zaman yang serba canggih sekarang, agaknya masih adakah yang pergi ke tepi sungai. Berbanding zaman dahulu, manusia dan sungai memang tidak dapat dipisahkan kerana selain jalan pengangkutan utama, sungai merupakan lubuk rezeki untuk meneruskan kehidupan.

Jika anda berpeluang ke tepi sungai, mungkin anda akan nampak pepohon nipah yang terbiar.

Pokok Nipah Pokok Pelbagai Guna

Pokok ini antara pokok yang banyak kegunaannya dan amat sinonim dengan pembuatan gula apong, garam apong dan minuman air nira (air sadap). Daunnya boleh dibuat atap rumah dan dijadikan lidi.

Bila musim perayaan, pucuk muda boleh dianyam dijadikan sarung ketupat dan umbutnya boleh dijadikan kerabu.

Saya masih ingat, ketika masih kecil dan belajar berenang. Batangnya dijadikan pelampung kerana ianya timbul di air. Seronok benar rasanya ketika itu.

Nama tempatan di Sarawak sebagai “buah mbatuk” juga boleh dimakan begitu sahaja dan rasanya seakan-akan buah kelapa laut.

Agak lama saya tidak makan buah nipah. Saya rasa selepas dari sekolah rendah, sejak itulah lidah saya tidak pernah merasa buah ini. Buah ini sedap dimakan ketika sejuk ataupun dicampur dengan Ais Batu Campur (ABC) atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.

Saya kebetulan berada di kebun dan saya cuba cari buah nipah yang sedang-sedang masak. Agak sukar mengenali buah yang diidamkan. Banyak buah yang sudah tua dan keras tidak sesuai dimakan dijumpai.

Saya teruja hendak berkongsi dengan anda dan saya kongsikan sedikit video yang sempat dirakamkan.

https://youtu.be/RsvcNAnvJ5E

Rujukan perkongsian sebelum ini : https://www.facebook.com/mustaffayasin/posts/10156146610148231

Boleh ke Kategori Pertanian

 

About Encik Mus

Minat Pertanian, Fotografi & Blogger Separuh Masa

View all posts by Encik Mus →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *