Peralatan Pemasa (Timer) Sistem Penyiraman Tanaman Automatik Di Kebun Tanpa Elektrik – Kebanyakannya dikuasakan bateri sahaja sesuai untuk kaedah titis dan sistem siraman sprinkler.
Sebulan yang lepas, beberapa hari sebelum balik kampung bercuti raya saya ada kongsikan di Facebook mengenai sistem siraman ala-ala fertigasi bagi tanaman yang akan ditinggalkan bercuti selama 3 minggu.
Selepas itu, ada beberapa rakan Facebook dan Instagram ada bertanya kepada saya mengenai sistem siraman yang hampir sama namun tidak menggunakan sumber elektrik untuk menghidupkan pam termasuk tidak menggunakan tangki takungan dan terus dipasang di kepala paip.
Memang ada sebenarnya, cuma saya tak kongsikan secara langsung kerana pernah nampak kawan yang guna mengalami kegagalan kerana kehabisan kuasa bateri. Ada kemungkinan beliau guna dalam jangka masa yang terlalu lama ataupun ‘setting’ yang silap.
Selain itu, kadar tekanan air adalah bergantung kepada tekanan dari paip sediaada berkemungkinan tidak stabil berbeza menggunakan pam, tekanan yang dihasilkan adalah stabil.
Walau bagaimanapun, kaedah menggunakan pemasa dipasang terus dari kepala paip ini adalah lebih baik berbanding siram pokok guna botol mineral samaada dititiskan atau diberikan sumbu.
Berikut adalah antara Peralatan Pemasa (Timer) Sistem Penyiraman Tanaman Automatik yang boleh digunakan bagi jangka masa pendek;
Alat Penyiraman Tanaman – #1

Alat Penyiraman Tanaman – #2

Alat Penyiraman Tanaman – #3

Menggunakan pam seperti ini perlulah diset dan dicuba terlebih dahulu sebelum ianya dibiarkan beroperasi sendiri. Pastikan ‘setting’nya seperti apa yang kita kehendaki. Sebaiknya guna dalam seminggu sebagai tempoh percubaan. Di sinilah nampak apa yang bermasalah.
Selain pam, peralatan lain seperti dipper, microtube, polytube yang digunakan tidak bocor atau tersumbat. Masalah ini juga menjadi penyumbang kepada kegagalan peralatan ini berfungsi dengan sempurna.
Sudah ada sistem yang berfungsi dengan baik, maka bolehlah bercuti dengan rasa tenang.