2 Cara Guna Perasa MSG Ajinomoto Jadi Baja Tanaman

Perasa MSG Ajinomoto

Perasa MSG Ajinomoto – Kita secara kebiasaannya mengetahui serbuk perasa MSG (monosodium glutamate) sebagai bahan utama masakan terutamanya jenama terkenal ‘Ajinomoto’. Namun di dalam pertanian, bahan ini antara alternatif dijadikan baja pengalak (booster) yang kosnya lebih murah dan mudah didapati di rumah.

Satu ketika dahulu terdapat produk AuxiGro menggunakan medium MSG ini dijadikan semburan baja dengan kebolehan untuk pembesaran sehingga dua ke lima kali lebih cepat berbanding tanaman tanpa semburan AuxiGro. Kesan semburan baja ini mendatangkan ‘stress’ kepada tumbuhan dan dengan sebab itu tumbuhan akan lebih menyerap dan mengeluarkan nutrien di dalam tanah.

Kesan MSG Kepada Manusia.

Kita sedia maklum dengan pengambilan MSG yang berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada manusia. Dengan menggunakan MSG sebagai baja kepada tanaman yang dimakan, sedikit sebanyak kesannya buruknya masih ada kepada kita.

Oleh itu, disarankan baja MSG ini sesuai digunakan untuk tanaman hiasan dan bukan untuk tujuan makanan.

Sebaliknya untuk tanaman boleh guna alternatif baja kompos, baja belacan dan paling mudah siram dengan air basuhan beras.

Petikan dari sebuah artikel berkaitan keburukan baja MSG;

Dalam protein, asid amino berada dalam keadaan seimbang. Apabila disembur asid glutamik bebas menyebabkan ketidakseimbangan asid amino dalam tanaman.

 Yang disembur bukanlah asid glutamik yang dijumpai di dalam protein tetapi produk sintetik (buatan). Selain daripada ‘asid glutamik bebas’ atau ‘asid glutamik-L’ terdapat juga asid glutamik-D, asid pairoglutamik, dan pelbagai bahan kimia lain dilabelkan sebagai ‘pencemar’ oleh industri. Penghasilan asid glutamik bebas di dalam MSG melalui proses kilang yang banyak. Ini berbeza dangan asid glutamik bebas yang dijumpai secara semula jadi di dalam protein yang tiada langsung kandungan tercemar.

Sehingga sekarang tiada siapa tahu kesan panjang penyemburan asid glutamik bebas pada tanaman.

Penyerapan MSG oleh tumbuhan tak dapat disangkal lagi. Jika tidak masakan tumbuhan boleh membesar dua tiga kali ganda selepas disembur MSG.

Sisa lebihan semburan MSG pada tumbuhan tidak dikaji. Kita tidak tahu berapa banyak MSG yang masih kekal pada tanaman selepas disembur. Didapati hanya sedikit MSG dalam masakan sahaja sudah memberi kesan, inikan pula tumbuhan?

6. Asid glutamik bebas diketahui beracun pada sistem saraf. Namun tiada kajian bebas terhadap hawain berkaitan kesan memakan tanaman yang disembur MSG.

 

Cara Guna Perasa MSG Ajinomoto Sebagai Baja.

Kaedah kering dengan meletak 1 sudu teh MSG di sebelah pokok dan kemudian siram.

Kaedah basah adalah melarutkan MSG ke dalam bekas air dan siram atau sembur terus ke daun pokok. Sukatannya 1 sudu untuk 5 liter air bagi tanaman kecil. Untuk tanaman pokok besar seperti rambutan, mangga boleh guna 5 sudu MSG dicampur ke dalam 75 liter air.

 

Video Berkaitan Perasa MSG Ajinomoto

Kredit: Kebun Bandar

Sila ke Kategori Pertanian!

One Comment on “2 Cara Guna Perasa MSG Ajinomoto Jadi Baja Tanaman”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *