5 Kebaikan Pokok Lidah Jin, Lidah Mak Mertua ‘Snake Plant’ & Cara Menanamnya. Fakta Atau Auta?

5 Kebaikan Pokok Lidah Jin, Lidah Mak Mertua 'Snake Plant' & Cara Menanamnya

5 Kebaikan Pokok Lidah Jin, Lidah Mak Mertua ‘Snake Plant’ & Cara Menanamnya – Pokok ini kian viral ketika ini kerana dikatakan mendapat pengiktirafan NASA kerana kebolehannya membersih udara dan menghapuskan toksin di persekitarannya terutama jika ditanam di dalam rumah.

Sebelum ini, saya ada kongsikan juga pokok-pokok lain yang boleh dijadikan hiasan dalam rumah melalui artikel ‘‘5 Tanaman Hiasan Dalam Rumah Boleh ‘Bersihkan Udara’.

Pengenalan Pokok Lidah Jin, Lidah Mak Mertua ‘Snake Plant’

Pokok lidah jin atau sansevieria dalam Bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang semula jadi kepada negara tropika Zaman Dahulu.

Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3m tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan. Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40-90 cm panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.

Jenis ini dinamakan berasaskan nama tuan putera San Severo, Raimondo di Sangro (1710-1771) di Italy. Ejaan ‘Sansveria’ dan ‘Sansviera’ biasanya dilihat juga, kekeliruan itu berasal daripada ejaan yang menyelang-nyelikan nama tempat Italy.

Spesies yang terkenal ialah:

  1. Sansevieria aethiopica
  2. Sansevieria angustiflora
  3. Sansevieria arborescens
  4. Sansevieria aubrytiana
  5. Sansevieria braunii
  6. Sansevieria canaliculata
  7. Sansevieria concinna
  8. Sansevieria cylindrica
  9. Sansevieria dawei
  10. Sansevieria deserti
  11. Sansevieria dooneri
  12. Sansevieria ehrenbergii
  13. Sansevieria fasciata
  14. Sansevieria gracilis
  15. Sansevieria grandicuspis
  16. Sansevieria grandis
  17. Sansevieria hyacinthoides
  18. Sansevieria intermedia
  19. Sansevieria kirkii
  20. Sansevieria liberica
  21. Sansevieria longiflora
  22. Sansevieria metallica
  23. Sansevieria parva
  24. Sansevieria phillipsiae
  25. Sansevieria raffillii
  26. Sansevieria roxburghiana
  27. Sansevieria senegambica
  28. Sansevieria singularis
  29. Sansevieria stuckyi
  30. Sansevieria subspicata
  31. Sansevieria suffruticosa
  32. Sansevieria trifasciata
  33. Sansevieria zeylanica

Di Negara Afrika, daunnya digunakan untuk menghailkan serat; dalam sesetengah spesies. Contohnya, Sansevieria ehrenbergii, sap tumbuhan mengandungi kualiti antiseptik dan daunnya digunakan sebagai kain pembalut dalam pertolongan cemas traditional.

Sesetengah spesies merupakan tumbuhan rumah yang terkenal di beberapa buah negara, dengan jualan Sansevieria trifasciata yang paling banyak; banyak kultivar disediakan.

Sumber : Wikipedia

Kebaikan Pokok Lidah Jin, Lidah Mak Mertua ‘Snake Plant’

  1. Secara umumnya diketahui pokok yang mudah ditanam ini sangat ditanam dengan penjagaaan yang sangat minima.
  2. Menurut kajian  Universiti Harvard, pokok ini merupakan pembekal oksigen yang baik.
  3. Tanaman ini boleh membersihkan udara dalam rumah dan persekitarannya dengan menyingkirkan karbon monoksida dan gas-gas toksik lain termasuklah benzene, formaldehyde, xylene, and toluene yang dikatakan booleh menyebabkan penyakit kronik kepada manusia.
  4. Terbaik melawan alahan terutama alahan yang berpunca daripada udara dengan membekalkan oksigen yang baik serta mengurangkan gas-gas berbahaya di dalam udara.
  5. Bentuk pokok dan warnanya yang menarik boleh mengingkatkan mood individu yang melihatnya terutama jika diletakkan dalam bilik pada sudut yang sesuai tertutama dalam bilik tidur.

Cara menanam

Pokok ini amat mudah ditanam dengan menggunakan keratan daunnya sahaja.

Kredit: Nature

Sejauh Mana Kebenaran Pokok Ini Menapis Habuk & Toksin?

Pada tahun 1989, NASA ada menjalankan satu kajian yang popular untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah.

Pada ketika itu, pokok buluh pam, keladi chinese evergreen dan pokok lidah jin di bawa ke angkasa dan telah terbukti dalam ruang yang sempit dan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.

Namun adakah ia bermakna tumbuhan ini boleh bertindak sebagai penapis udara?

Jawapannya TIDAK.

5 Kebaikan Pokok Lidah Jin, Lidah Mak Mertua 'Snake Plant' & Cara Menanamnya
Sumber: Public Health Malaysia

Penemuan kajian tersebut hanya untuk ruang tertutup didalam kebuk udara makmal. Dalam ruang pejabat/ bilik bersaiz 3.1M x 3.1M x 2.4M anda memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk bertindak secara berkesan untuk menapis udara secara berkesan!

Walaupun tumbuhan dalam rumah tidak berkesan sebagai penapis udara, ia sangat penting untuk mengurangkan stress. Persekitaran yang baik dan indah terbukti dapat meningkatkan mood yang positif dalam aktiviti seharian

Sumber: Public Health Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *