4 Sebab Buat Projek DIY Membaiki Telefon Bimbit – Jimat & Kena Berani Mencuba!

Membaiki Telefon Bimbit - Telefon Iphone 6s Rosak dan Akan Dibaiki

Membaiki Telefon Bimbit dengan kepakaran yang minimal amat tinggi risikonya. Namun itulah yang saya buat dan hanya berguru di Youtube sahaja. Bagi saya, Projek DIY  ini sudah menjadi ‘minat baru’ kepada saya selain berkebun.

Saya ada beberapa set telefon pintar yang agak lama disimpan kerana kerosakan seperti skrin LCD pecah, tiada keluar bunyi, kamera tidak boleh on, bateri cepat habis dan sebagainya.

Risiko memang tinggi terutama bila kita bekerja dengan ‘part-part’ halus seperti skru dan kabel yang mudah rosak.

Setakat ini, saya sudah membaiki tiga (3) telefon pintar milik sendiri dan alat gantinya saya beli melalui Shopee. Alhamdulillah, semua projek DIY ini berjaya walalupun ada beberapa kali hampir putus asa.

Jika hendak dibandingkan dengan kos membaikinya di kedai, harganya memang terlalu ketara bezanya.

Sebagai contoh, saya menukarkan;

  • ‘Home Button’ telefon iPhone 6s dengan alat ganti dibeli sendiri cuma RM15 (termasuk pos) berbanding RM50 di kedai.
  • Skrin LCD Oppo F1s tukar sendiri dengan kos kurang RM50 berbanding RM180 di kedai.
  • Skrin LCD iPhone 6s cuma RM80 berbanding RM280 menukar di kedai.
  • Skrin LCD Samsung A5 cuma RM38 berbanding RM150 jika menukar di kedai.
  • Telefon murah RM60 (hanya untuk panggilan dan sms) termasuk dalam air saya keringkan sendiri – jimat daripada beli baru.

BACA JUGA : Jimat Kos Tukar Sendiri LCD Screen Oppo F1S

Mengapa saya menukar sendiri?

Bagi saya, menukar sendiri alatan yang rosak menjadi satu cabaran kepada saya yang bukan pakar dalam bidang elektronik. Hanya suka-suka dengan cabaran sahaja. Jika berjaya ianya menjadi satu kepuasan kepada saya.

Membaiki Telefon Bimbit - Telefon iPhone 6s Yang Sudah Dibaiki
Membaiki Telefon Bimbit – Telefon iPhone 6s Yang Sudah Dibaiki

Kedua, alat ganti yang digunakan di kedai pun ada yang hampir dan memang sama dengan alat ganti yang saya beli di Shopee. Baiki di kedai pun, ‘warranty’ diberi ada yang cuma 1 minggu sahaja. Berbaloi bagi saya mencuba sendiri.

Membaiki Telefon Bimbit - Telefon Samsung A5 Ditukar Skrin LCD
Membaiki Telefon Bimbit – Telefon Samsung A5 Ditukar Skrin LCD
Membaiki Telefon Bimbit - Telefon Iphone 6s Rosak dan Akan Dibaiki
Membaiki Telefon Bimbit – Telefon Iphone 6s Rosak dan Akan Dibaiki

Ketiga, beza harga yang terlalu tinggi. Siapa yang sanggup bayar mahal sedangkan boleh buat sendiri, Cuma perlukan  ‘special tools’ untuk melakukan kerja ini. Alatan ini tidak mahal dan boleh dibeli di kedai Mr. DIY atau di Shopee.

Membaiki Telefon Bimbit - Peralatan Asas
Membaiki Telefon Bimbit – Peralatan Asas
Membaiki Telefon Bimbit - Gam B7000 Repair Telefon
Membaiki Telefon Bimbit – Gam B7000 Repair Telefon

Keempat. boleh belajar ilmu baru dan belajar dari kesilapan. Ya.. ada beberapa kali kesilapan saya buat tetapi ianya banyak  masalah ‘ salah pasang’ dan tidak menyebabkan kerosakkan major.

Risiko gagal memang tinggi!

Jadi, tepuk tangan tanya poket! jika ada bajet lebih dan tidak yakin dengan diri, boleh baiki di kedai.

 

26 Comments on “4 Sebab Buat Projek DIY Membaiki Telefon Bimbit – Jimat & Kena Berani Mencuba!”

  1. Teruskan lah belajar. Memang baik baiki kerosakan telefon dengan sendiri. Pas ni boleh la bagi telefon yg rosak kepada anda dgn harga murah ya. Buat amal dpt pahala kan?

  2. ada skill, better repair sendiri.
    phone ni, di luar kemahiran my mr.asben. elektronik ni lain mcm skit.
    tapi rumah, keje2 kecil semua buat sendiri 🙂
    plumber, kontraktor, electrician, cat, pekebun.

  3. Untuknya pandai tukar sendiri. Jimat banyak tu. Handphone Yaya A7 2017 retak skrin. Tanya 2 3 kedai tak nak buat. Risiko katanya. Dorang kata elok2 boleh pakai nanti rosak terus.

  4. Bagusnya diy sendiri telefon yang rosak. Sebenarnya kalau diy sendiri lagi puas hati dan menjimatkan. Macam saya kalau hp rosak hantar kedai je serah pada pakar repair. Kalau nak diy sendiri memang taklah.

  5. Buat sendiri memng murah tapi tu la.. Terdalahbpasang atau ape memang menangis la.. Hahhaha.. So ikut cara sendiri.. Kalau nad better habtr kedai.. Kihkih. Memng tak pakar bab ni semua

  6. La mudah jer rupanya nak membaiki telefon ni kalau ada ilmu hehehe tak boleh buat pandai-pandai juga wakakaka kalau telefon murah atau yang lama ok kalau yang baru tak berani hehehe. Bagus sini ada ilmu boleh belajar hehehehe..

  7. Wah tk tau pulak senang je nk betulkan phone sendiri. Tpi risau kalau silap buat. So tk berani sngt la buat masa sekarang.

  8. kalu ada bakat & usaha boleh je repair telefon sendiri. lagi pun market telefon sekarang besar, orang pun sayang nak tukar telefon baru kalu telefon boleh pakai lagi. sambil tu boleh buat side income jugak kan

    1. ini kena berani dan redha saja kalau gagal.. boleh jadi jimat dan boleh jadi membazir kalau rosaknya bertambah.. kena yakin kalau nak buat repair ni semua

  9. awak macam abang kandung saya yang suka godek sendiri. kadang menjadi kadang menjadi jadi teruknya telefon tu. tapi tak pe. itu semua pengajaran untuk lebih mengetahui tentang telefon bimbit.

  10. AM mmg xreti bab baiki2 hp nie.. Walaupun tahu harga baiki sendiri murah tapi takut lagi jahanam pulak hp kalu AM buat sendiri.. Baik am serahkan pada yg pakar.. Sah2 hp AM sihat walafiat walaupun terpaksa meraba poket.. 😅 😅 😅

  11. Wahh, risiko jugak tu bila buat sendiri. Yela, kot tak menjadi ke, tak ke naya. tapi kalau confident dan jenis ada kepakaran, bukan hangat-hangat tahi ayam why not kan? Jimat pun jimat.

  12. Assalamualaikum.. Di mana nak dapatkan gam tu ye? selain dr shopee maksud sy.. sbb xberbaloi dgn kos penghantarannya. kdai hardware xjual

  13. Assalamualaikum
    Saya nak baiki sendiri phone lg v30+ dan pixel 2….
    Alat apa ya saya kene beli?….
    Alat2 mcm skrudrivr tuk bukak skru kecik tu saya dah ade cuma alat buat bukak body belakang fone tu kene pakai apa ya?…..atau boleh pakai alat pengering rambut biasa2 ja?…..

    1. Waalaikumsalam.

      Saya tidak mahir juga. Kena cari video repair di Youtube ikut jenis phone.. heater boleh guna pengering rambut.. kena hati-hati

      kalau tak confident better hantar kedai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *