Isi Kandungan
Apakah Simpanan SSPNi-Plus?
Simpan SSPNi Plus ini merupakan kerjasama strategik di antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful lkhlas Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini. la menjadikan produk Simpan SSPN Plus lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia. Simpanan dan Perlindungan Takaful untuk anak-anak.
Syarat-Syarat Penyertaan
Pendeposit mestilah Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas* (Tertakluk kepada polisi Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih oleh pelanggan.
Penerima Manfaat
- Warganegara Malaysia yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
- Terdiri daripada diri sendiri, anak kandung dan anak jagaan yang sah sahaja.
- Pendeposit boleh membuka satu akaun bagi satu penerima manfaat.
- Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun penerima manfaat yang sama.
- Pendeposit WAJIB mengisi borang potongan gaji / auto debit/ direct debit untuk bayaran komitmen bulanan.
Keistimewaan Simpanan
- Dividen Kompetetif..
- Tiada Pemeriksaan Kesihatan
- Pelepasan Taksiran Cukai Dalam Tabungan Bersih
- Komitmen Serendah RM30 sebulan
- Manfaat Perlindungan sehingga RM1.2juta.
- Manfaat Takaful Penyakit Kritikal.
- Elaun Kemasukan Hospital.
- Khairat Kematian (Pasangan & Anak).
- Layak Memohon Pinjaman PTPTN
- Dijamin Oleh Kerajaan
Kelebihan Manfaat Takaful
- Kematian biasa
- Kematian kemalangan Keilatan biasa
- Keilatan kemalangan
- Penyakit kritikal
- Khairat kematian (Pendeposit, Pasangan & Anak)
- Elaun kemasukan hospital
** Perlindungan takaful hanya melindungi pendeposit sahaja .
Pakej Simpanan SSPNi Plus

Pembukaan Akaun SSPNi Plus
- Secara online di https://sspniplus.com.my/
- Eksekutif Pemasaran PTPTN
- Kaunter PTPTN
- Ejen Pemasaran Online
* Tiada dokumen sokongan diperlukan bagi pembukaan akaun anak kandung.
* Bagi pembukaan akaun anak jagaan yang sah, dokumen yang diperlukan adalah seperti
- Anak Angkat – Sijil Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat
- Anak Tiri – Sijil nikah pendeposit dengan ibu/bapa anak tiri dan sijil kelahiran anak tiri
Tuntutan Takaful
Tuntutan takaful boleh dibuat selepas tempoh menunggu yang ditetapkan dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN berserta dokumen yang diperlukan.
Kemudahan Simpanan
- Kaunter PTPTN
- Secara dalam talian
- Potongan Gaji (Awam/Swasta)
- Perbankan Internet (Maybank2u/ CIMB Clicks)
- Direct Debit (melibatkan 17 bank)
- Auto Debit (BIMB, Maybank, BSN dan RHB)
- e-Pay (Caltex, KK Mart 24jam, Mydin , myNews.com, Pak Grocer & Petron)
- e-Wallet (JomPay, MyPay, ShopeePay, kiplePay, KelantanPAY, BESTPay, Kiosk PayQuik, Kiosk Digi)
Pengeluaran Simpanan
Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dengan syarat baki minimum simpanan akaun RM1,000.00 . Penyata simpanan boleh semak di sini.
Penutupan Akaun SSPNi Plus
Pendeposit dibernarkan menutup akaun bila masa sahaja dengan membuat permohonan kepada PTPTN
One Comment on “SSPNi Plus – Simpanan & Takaful Serendah RM30 Sebulan Pelbagai Manfaat Kepada Anak-Anak”