3 Dos Percuma Suntikan Vaksin Pneumokokal Di Klinik Kesihatan KKM

Vaksin Pneumokokal

Pemberian suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM akan bermula pada 1 Disember 2020 untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya.

Vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan; diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

Pemberian Vaksin Pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. Ia seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit Pneumokokal dan komplikasinya.

Walaupun penyakit Pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria Pneumokokus yang mempunyai kerintangan terhadap antiobiotik.

Pemberian Vaksin Penumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalan jangkitan bakteria Pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.

Ibu bapa dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan klinik kesihatan KKM bagi megelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada norma baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19.

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada KKM di talian 03-8883 4003 atau emel: imunisasi@moh.gov.my
#kkm
#vaksinpneumokokal

Info asal : KKM

Penyakit Pneumokokal

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan dalam darah) , sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah ).

Baca Juga :   3 Khasiat Utama Kunyit Hitam, Harga Pula Mahal

BACA JUGA : 5 Kebaikan Pokok Lidah Jin, Lidah Mak Mertua ‘Snake Plant’ & Cara Menanamnya. 

Vaksin Pneumokokal

Terdapat banyak jenis strain Streptococcus pneumoniae (sekitar 90 jenis atau serotaip). Walau bagaimanapun hanya segelintir (kira-kira 20 serotaip) bertanggungjawab bagi kebanyakan penyakit pneumokokal.

Walaupun terdapat rawatan antibiotik bagi penyakit pneumokokal, beberapa strain ini mempunyai ketahanan terhadap antibiotik. Oleh kerana penyakit pneumokokal boleh dicegah melalui pemberian vaksin, maka pelalian adalah cara paling berkesan untuk menghalang jangkitan pneumokokal.

Vaksin Pneumokokal

Vaksin Pneumokokal

Vaksin Pneumokokal

Vaksin Pneumokokal

Bacaan Lanjut: Vaksin Pneumokokal – http://www.myhealth.gov.my/vaksin-pneumokokal/

85 / 100

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *