12 Khasiat Tanaman Kekacang ‘Superfood’ Sacha Inchi

12 Khasiat Tanaman Kekacang 'Superfood' Sacha Inchi

Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai satu tumbuhan yang dikatakan sebagai pengganti omega 3 dari sumber ikan. Saya sendiri tidak pasti kesahihan fakta ini dan kali ini saya ingin berkongsi mengenai Sacha Inchi.

Sacha Inchi  (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia, namun harganya boleh dikatakan agak mahal bagi yang tahu mengenai kebaikan kekacang ini. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai ‘Sacha Peanut’, ‘Inca Peanut’, ‘Mountain Peanut’ dan ‘Sacha Inci’.

12 Khasiat Tanaman Kekacang 'Superfood' Sacha Inchi
Tanaman Kekacang ‘Superfood’ Sacha Inchi

Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016.

Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru.

12 Khasiat Tanaman Kekacang 'Superfood' Sacha Inchi
Tanaman Kekacang ‘Superfood’ Sacha Inchi

Khasiat Sacha Inchi

Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%).

Dapatkan Produk Sacha Inchi Di Shopee – KLIK SINI

Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan.

Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi:

  1. Membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.
  2. Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan.
  3. Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser.
  4. Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak.
  5. Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti.
  6. Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan.
  7. Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.
  8. Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
  9. Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah.
  10. Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
  11. Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat.
  12. Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.

sumber: animhosnan

Dapatkan Produk Sacha Inchi Di Shopee – KLIK SINI

BACA JUGA: 3 Khasiat Utama Kunyit Hitam, Harga Pula Mahal

Berita Berkaitan

Sacha Inchi Tambah Pendapatan Pekebun Kecil

IPOH: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan memperkenalkan tanaman Sacha Inchi sebagai usaha menambah pendapatan kira-kira 530,000 pekebun kecil di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, sebagai permulaan, RM300,000 peruntukan disediakan bagi membeli benih daripada Thailand untuk diedarkan kepada peneroka di negeri-negeri utara semenanjung dalam masa terdekat.

Menurut beliau, setiap peneroka akan diberikan 10 pokok yang akan ditanam di sekitar rumah mereka.

“Dalam masa lapan bulan mereka akan mendapat hasil dan pokok ini jangka hayatnya 20 tahun, sekaligus boleh membantu mengurangkan kos sara hidup isu rumah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) Peringkat RISDA Negeri Perak di sini pada Rabu.

Sacha Inci adalah sejenis tanaman yang berasal daripada Peru, Amerika Selatan yang dikatakan baik untuk kesihatan kerana ia boleh menghasilkan Omega 3, 6 dan 9.

Tanaman itu juga dikatakan telah berjaya dihasilkan di Thailand sejak diusahakan kira-kira lima tahun lalu.

Zahidi tidak menolak kemungkinan RISDA akan menghasilkan sendiri pil dan minyak daripada tanaman tersebut.

Bagaimanapun, beliau merayu kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membantu usaha itu di samping penglibatan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dari segi kawalan penyakit.

Di samping Sacha Inchi, kata beliau, RISDA juga merancang untuk memperkenalkan tanaman Guarana sebagai satu lagi langkah untuk menambah pendapat pekebun kecil bagi mencapai sasaran pendapatan RM4,000 sebulan menjelang tahun 2020.

“Banyak lagi program yang dirancang, termasuk pengenalan GAP bagi menambah produktiviti hasil pekebun kecil di seluruh negara,” tambah beliau.

Di majlis itu, Zahidi turut menyampaikan hadiah-hadiah tahun 2016 untuk kebun terbaik getah, sawit, kampung pengembangan, depo belian getak terbaik dan program `groom big’.

Sumber  – Suara Perak

Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

39 Comments on “12 Khasiat Tanaman Kekacang ‘Superfood’ Sacha Inchi”

  1. Wahhh sesuai rupanya ditanam di Malaysia! Semoga makin murah rezeki pekebun dengan hasil tanaman Sacha Inchi ni. Saya sendiri baru tau dan nampaknya memang banyak khasiat tu! Teringin mencuba produk daripada Sacha Inchi ni.

  2. Nampak macam sedap,hehe. Terima kasih berkongsi ilmu kepada kami tentang buah Sacha ini. Mungkin ia masih baru di Malaysia. Insha Allah masa akan datang ia akan di terima masyarakat Malaysia.

  3. Tak pernah tengok dan tahu pasal pokok kacang Sacha Inchi ni nama pun pelik huhuh. Tapi banyak khasiat dan kebaikan kepada kita patut tanaman herba macam ni dikomersialkan untuk dihasilkan perubatan dari sumber tradisional….

  4. Baguslah sebab post pasal tumbuhan dan buah2 yang rare ni. Tq kongsi sebab sis ada alahan asma. Mungkin boleh cuba makan buah ni. Mana tau jadi asbab baik penyakit ni.

  5. Banyak juga khasiat buah ni ye..Baru tau pasal buah ni..unik tengok bentuk dia..Kalau boleh tanam dekat sini dan diproses mesti ramai yang beli

  6. Tak pernah tau pun pasal Sacha Inchi ni. Bagus la wat artikel ni so pasni semua dah tau pasal superfood ni!

  7. Bagus usaha memperkenalkan tanaman sebegini. Rawlin setuju juga agar ada bantuan dari segi kawalan penyakit bagi membolehkan pekebun dan petani kita dapat menuai hasil dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

    1. tepat sekali.. dengan adanya insentif/subsidi mahupun bantuan kawalan penyakit serta pemasaran.. pendapatan isi rumah petani secara tidak langsung akan meningkat.

    1. ya.. sekalai nampak mcm bunga lawang.. sama tak serupa .. hihihi.

      bila kita tanam di tempat kita, jadi kos pengeluaran murah dan kita akan mampu guna produk ni.. berbanding kalau bahan mentah dari luar.. mmg mahal la produknya..

  8. sekali tengok macam bunga lawang plak tapi versi besar. First time dengar pasal buah ni. Banyak juga khasiat dia ekk. Hope lepas ni lebih banyak pengusaha buah sacha inchi di Malaysia dan komersial kan hasilnya supaya lebih ramai mengenali buah ni

  9. Thank you so much for such an informative post! I hope there are more people who will understand more about different fruits will give different types of nutrients by reading your blog. God bless you!

      1. Banyaknya khasiat superfood nie.. Nak nak bagi yg mengalami masalah darah pekat.. Mmg sesuai mengambil bahan dari kekacang.. Leh rekomen pada rakan AM nie..

    1. boleh makan.. biasa dalam bentuk extrak/minyak.. kajian menyatakan ia lebih baik dari ikan dan yg paling penting.. kita boleh tanam sendiri

  10. Baru tahu ada kacang sacha inchi ni. Banyak khasiat kacang ni ye.Thank you share pasal kacang ni.

  11. terbaiklah sacha inchi ni,masaalah tapak kaki saya yang berdenyut dan menyocot nyocot bila bangun pagi atau bila nak berdiri setelah lama duduk dah 80 peratus hilang.masaalah kulit pun hilang,kulit jadi lebih lembut. Masaalah panau pun hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *