Tarikh Bantuan Khas Kewangan RM600 Penjawat Awam 2021 Diumumkan

Tarikh Bantuan Khas Kewangan RM600 Penjawat Awam 2021 Diumumkan

Tarikh Bantuan Khas Kewangan RM600 Penjawat Awam 2021 Diumumkan – Sudah menjadi tanda tanya dimana selepas Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021.

Tarikh Bantuan Khas Kewangan RM600 Penjawat Awam 2021 Diumumkan
Ucapan Belanjawan 2021

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan itu sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah.

Tarikh bayaran Bantuan Khas/ Bonus RM600 dinyatakan pada 25 Januari 2021 seperti perenggan 3.8 Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 bertarikh 14 Disember 2020.

Tarikh Bantuan Khas Kewangan RM600 Penjawat Awam 2021 Diumumkan
Sedutan Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan

Jumlah Bantuan Khas Kewangan.

Bantuan Khas RM600 ini layak diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah selagi masih berkhidmat sehingga 25 Januari 2021.

Bayaran Bantuan Khas ini juga termasuk kepada pesara kerajaan dan akan menerima bayaran sebanyak RM300 pada hari yang sama.

Baca juga : Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2021

Siapakah Penerima Bantuan Khas Kewangan?

Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional termasuk Kumpulan Pelaksana yang layak termasuk;

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS)
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • Pegawai yang bercuti  separuh gaji
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Pembayaran Bantuan ini juga turut dipanjangkan kepada;

  • Pekerja Sambilan Harian (PSH)
  • Guru Interim
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B ke atas, serta Gred Khas A ke atas
  • Pemandu yang dilantik sendiri Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman

 

Maklumat lanjut Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 di sini

 

One Comment on “Tarikh Bantuan Khas Kewangan RM600 Penjawat Awam 2021 Diumumkan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *