Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2021 adalah suatu tarikh yang sangat penting bagi setiap penjawat awam. Ramai yang tertanya-tanya bilakah gaji akan dibayar tahun 2021.
Jadi saya kongsikan Jadual Gaji atau Tarikh Gaji Penjawat Awam / Kakitangan Awam untuk rujukan anda. Ada beberapa bulan gaji dibayar awal dan kita kena pandai merancang perbelanjaan.
Gaji kena dibahagikan kepada keperluan penting terlebih dahulu seperti simpanan, untuk kesihatan dan perbelanjaan harian.
Isi Kandungan
Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam Pada Awal Bulan
Pengamatan saya, ada dua tarikh bayaran gaji awal iaitu
- Februari sempena Tahun Baru Cina .
- Mei sempena sambutan Hari Raya Puasa.
Bayaran Gaji Pada Pertengahan Bulan
Ada empat bulan gaji dibayar pada pertengahan bulan iaitu
- Mac
- Jun
- Julai
- Ogos
Bayaran Gaji Pada Hujung Bulan
Manakala selebihnya pada hujung bulan iaitu,
- Januari
- April
- September
- Oktober
- November
- Disember
Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2021

Jadual ini dikeluarkan oleh Jabatan Akaun Negara Malaysia.
Muat turun – di sini
Kredit gambar : ZAKI AMIRUDDIN