Viral – Hati-Hati Potong Tong Biru. Boleh Meletup Dan Melecur

Hati-Hati Potong Tong Biru (3)

Viral – Hati-Hati Potong Tong Biru. Boleh Meletup Dan Melecur – Perkongsian daripada sahabat facebook Mustapakamal Osman mengenai bahaya memotong/belah bekas bahan kimia ini kerana boleh menyebabkan letupan dan melecur.

Tong jenis ini sering kali digunakan dalam pertanian terutama untuk menyimpan cecair baja atau menadah air hujan.

Gas Dalam Tong Biru

Kita sedia maklum, saki-baki bahan kimia yang terdapat dalam tong sudah pasti akan menghasilkan gas tertentu. Letupan memang boleh berlaku jika memotong menggunakan pekakas elektrik kerana ada percikan api.

Sebagai langkah keselamatan, boleh buka mulut tong dahulu sebelum memotong tong. Biarkan gas di dalam keluar dahulu.

Mari kita doakan supaya mangsa letupan ini segera sembuh dan masing-masing kita beringat sebelum memotongnya.

“Kepada sahabat di luar sana hati 2jika ingin memotong tong ini….! Perisa atau cuci dahulu bahagian dlm takut ada gas atau asid yg boleh terbakar…..! Kejadian tidak di janka telah berlaku kepada abg saya….! Masa dia memotong tong ini tiba2 meletup habis muka dgn tgn terbakar…! Melecur
Saya harap kpd sahabat2 doa kan abg long saya semoga cepat sembuh…..! Amin…….”

Hati-Hati Potong Tong Biru (3)
Tong biru yang dipotong telah meletup
Hati-Hati Potong Tong Biru (3)
Kecederaan melecur pada mangsa.

Kredit: Mustapakamal Osman

19 Comments on “Viral – Hati-Hati Potong Tong Biru. Boleh Meletup Dan Melecur”

  1. MasyaAllah… yes, sememangnya kalau nak memotong, kena buka dulu bahagian atasnya supaya tak ada gas yang terperap dalam mana-mana container sekali pun. Terima kasih kongsi ni bro. Moga ramai lagi lebih peka!

  2. Allahurabbi ngerinya. Mudah-mudahan mangsa cepat recover dan diberi kekuatan untuk hadapi kesakitan. Malang memang tak berbau. Mudah-mudahan jadi peringat untuk yang lain

  3. Ya Allah kesiannya! Semoga dipermudahkan segala urusan beliau. Semoga Allah beri rezeki dan kesihatan yang lebih baik selepas ini aduhai berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Memang kena hati2 lepas ni

  4. Kena berhati-hati akalu benda macam ni. Apa2 yang dahulunya bekas chemical or ada gas or dalam bekas tertutup dgn gas pressure memang kena pakar yang handle. Hope semuanya sembuh cepat dan more alert next time.

  5. Bila tahu kes ni, teringat pakcik saya yang bekerja untuk buat welding. Macam biasa kerja tu ikut SOP. Pakai segala peralatan keselamatan. Nak jadi cerita, satu hari tu percikan api tu masuk mata. Terus buta sebelah mata dia. Semoga pakcik yang cadera ni lekas sembuh. Kulit terbakar tu kena jaga elok-elok. Supaya kembali pulih.

  6. Bahaya rupanya potong tong biru ni, semoga Abang cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang lebih baik selepas ini. Jika tidak dikongsi cerita ini, ramai lagi yang tidak tahu mengenai tong ini

  7. Allahu. Semoga mangsa segera sembuh dan pulih. Tak sangka bahaya juga ya tong biru ni kalau tak titikberatkan keselamatan. Tak sanggup tengok gambar kesan melecur tu lama2

  8. Allahu..seriau sis tengok, harap mangsa cepat sembuh seperti sediakala. Kadang-kadang kejadian tak diingini macam ni kita tak tahu akan terjadi, jadi berhati hati lah dalam apa sahaja yg kita nak buat

  9. allah. baru tahu ni tentang bahayanya tong biru. thankyou untuk maklumat ni. boleh diwar-warkan kepada orang ramai demi kesedaran penggunaan tong biru ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *