Ini adalah artikel pertama untuk kategori baru di blog ini, Kategori Blog & Vlog. Buat Duit Dengan Nuffnang. Perkara yang sering jadi bualan suatu ketika dulu.
Oh ya! Saya memang sudah lama dengan agensi pengiklanan ini. Itu adalah fakta kerana saya blogging hampir 10 tahun (mungkin lebih). Ia adalah ‘lubuk duit’ dari blogging satu ketika dulu pada awal belajar menulis blog.
Peringkat awal menulis blog, kena rajin blogwaking ke blog rakan-rakan blogger yang lain selain bermain dengan SEO supaya mendapat ranking Google Search Engine yang baik.
Merujuk kepada gambar di atas, ia adalah baki terakhir yang masih ada di dalam akaun saya selepas ‘cash-out’ kali terakhir 3 tahun lepas. Satu tempoh yang agak lama.
Pada ketika itu untuk mendapatkan akaun Google Adsense amatlah sukar kerana banyak isu berkaitan teknikal blog dan saya masih ingat Blog Bahasa Melayu tidak diterima oleh Google Adsense. Untuk alternatifnya, saya memilih platform ini dan Innity pada ketika itu. Sempat juga merasa hasil dari blog dan Innity ketika itu memberikan hasil iklan yang sangat baik.
Selamat Tinggal Nuffang!
Namun selepas saya berjaya memperolehi akaun Google Adsense, saya terus meninggalkan platform ini sepenuhnya. Mata lebih tertumpu dengan pendapatan dengan matawang Dolar,
Platform ini mudah dipohon dan bagi pengalaman saya, ianya tak pernah menipu dari segi pembayarannya. Banyak kali juga saya dapat duit darinya, kadang-kadang penghantaran cek ada lambat sedikit.
Nuffang Boleh Dipercayai
Namun ramai juga blogger yang rasa tertipu dengan ‘semangat blogging’ masing-masing. Blogging dari hati dan bukannya kerana duit semata-mata (melainkan memang blog review). Lama-kelamaan blog akan terkubur begitu sahaja.
Kepada yang berminat mencari pendapatan sampingan dan gemar menulis, berblogging adalah pilihan terbaik.
Anda boleh daftar di Nuffnang.
p/s: Perkongsian saya sekarang lebih kepada Pertanian.
Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!