Buku Uncle Kentang : Sementara Ku Di Sini – Harga RM35

Buku Uncle Kentang - Sementara Ku Di Sini

Buku Uncle Kentang : Sementara Ku Di Sini – Salam sejahtera rakan pembaca blog saya.

Hari ini saya nak kongsikan mengenai sebuah buku yang cukup memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan kerja sukarelawan. Membacanya membuatkan saya beremosi, terharu dan bersyukur kerana masih ada insan hebat yang bernama Kuan Chee Heng yang mana pernah dipanggil  ‘Abang Gemuk’ dan kemudiannya ‘Uncle Kentang’.

Apakah kisah beliau sehingga mendapat nama Uncle Kentang? Ketahui lanjut dengan membeli buku di sini.

Setelah membaca buku ini, barulah saya mengenai siapa beliau dan bagaimana keperitan hidupnya semasa masih kecil yang membesar dalam sebuah keluarga yang harmoni di Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor. Ayah dan ibu adalah penoreh getah yang miskin. Ayah beliau mempunyai 10 orang anak termasuk Uncle Kentang. Beliau adalah anak kesembilan daripada isteri kedua ayahnya.

Pelbagai kisah suka duka Uncle Kentang dituliskan dalam buku ini. Dari kisah budak kampung yang dihina, dicaci, diherdik, dan diketepikan sehingga menjadi usahawan, dermawan, dan sukarelawan, yang terkenal. Ini merupakan kisah-kisah benar yang banyak mengajar dan mendidik kita agar sentiasa siap membantu mereka yang susah.

Uncle Kentang

Teringat Pesan Uncle Kentang

Permudahkan urusan orang lain, bantulah mereka dan apabila kamu sendiri, ingat Tuhan sentiasa ada. Namun, jangan biarkan diri terlalu lama sendiri. Ajak orang lain untuk sama-sama membantu. Ada ketika kita akan ramai, ada ketika kita akan kembali sendiri. Jangan risau, Tuhan ada. Kamu tidak akan miskin dengan memberi, tidak akan melarat kerana menderma, dan tidak akan berkurang harta kerana bersedekah. Malah kita akan menjadi semakin mulia.

Permudahkan Jangan Susahkan

Ada banyak cara untuk menolong orang sekiranya kita pegang prinsip untuk mempermudahkan orang lain. Sekiranya jiran kita keretanya rosak dan dia tidak ada duit, kita permudahkan dia dengan apa yang kita ada. Sekiranya kita pandai tentang kereta, kita baiki keretanya. Sekiranya kita berkemampuan daripada segi wang, kita hantar keretanya ke bengkel dan bayar kosnya. Sekiranya kita tidak punya kemahiran dan wang, kita boleh pinjamkan kereta kita. Sekiranya tidak mampu juga, kita boleh hantarkan dia pergi kerja.

‘CINA GILA’. Itu barangkali tanggapan pertama orang ramai apabila mendengar kisah Uncle Kentang. Mana tak gila & tak masuk akal. Caj ambulans hanya 10 sen. Nak guna van jenazah, perlu bayar RM1 sahaja. Kaki palsu percuma, makanan percuma dan banyak lagi benda tak terjangkau dek akal yang dibuat di bawah nama Kentang Initiatives.

KENTANG INITIATIVES

  1. Ambulance 10 sen.
  2. Van Jenazah RM1.
  3. Cuci Luka Percuma.
  4. Kaki Palsu Percuma.
  5. Teksi 10 Sen.
  6. Shuttle Percuma KLIA ke Hospital.
  7. Rumah RM1.
  8. Library 10 Sen.
  9. Makanan Percuma.
  10. Dapur Umum Percuma.
  11. Tuition Percuma.
  12. Pasar 10 Sen.
Buku Uncle Kentang

Jika ada satu buku sahaja yang perlu dibaca pada tahun ini, maka inilah bukunya. Kisah benar penuh inspirasi. Kegilaan seorang manusia untuk membantu orang ramai yang dalam kesusahan.

 

Dapatkan segera Buku Uncle Kentang? Beli buku di sini.

14 Comments on “Buku Uncle Kentang : Sementara Ku Di Sini – Harga RM35”

  1. wah! rajinnya membaca jarang2 orang ulas pasal buku. boleh la cuba. so far saya ada simpan teme abdullah punya koleksi dgn enid blyton. something good to read juga

  2. Mesti nak baca buku nie…kisah benar yg pasti memberi motivasi pada kita semua..Kalaulah kita semua boleh menjadi mcm uncle kentang yg suka membantu sesama manusia x kira keturunan dan agama, alangkah murninya

  3. Pernah jumpa uncle kentang nie. Seriously dia sangat friendly dan bersemangat. Suka niat murni dia nak bantu lebih ramai org yg susah dan kurang berkemampuan

  4. Sebelum ni hanya baca tentang kebaikan yang dia buat dia laman social sahaja… Amazing that someone eventually terbitkan buku about his works to share with others about volunteerism.. Salute him and his advices…. 🤙

  5. Wahhh uncle ni dah ada buku sendiri memang patut pun kerana beliau menjadi contoh kepada orang ramai untuk membantu tanpa kita siapa kita…. Good job uncle…

  6. uncle kentang ni mmg baik sgt orangnya… dia tak fikir pun keuntungan dunia tapi keuntungan akhirat. semoga kita semua dapat pelajari dari dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *