Ada 4 Nutrien Untuk Tanaman & Cara Buat Baja Kulit Bawang Merah

Baja Kulit Daun Bawang Merah

Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menggunakan Baja Kulit Bawang Merah yang sangat mudah untuk dicuba sendiri dan sangat berpotensi membekal nutrien kepada tanaman.

Sebelum ini saya pernah menggunakan kulit bawang merah sebagai baja namun cara penyediaannya berbeza.

Kulit bawang merah sangat kaya dengan potasium, magnesium, iron dan kalsium dan membantu menyuburkan tanaman, menggalakkan pertumbuhan pucuk baru, membantu mempercebatkan keluar bunga dan buah serta membantu mengurangkan serangan hama kepada tanaman.

Pengalaman saya banyak menggunakan baja kulit bawang ini pada sayuran dedaun seperti pakchoy, kucai dan daun bawang. Ianya sangat baik. Untuk tanaman jenis ini, saya gunakan dengan kaedah kulit bawang direndam dalam air.

Cara Membuat Baja Kulit Bawang Merah

Sila tonton video di bawah ya!

Baja hasil rendaman semalaman ini sebaiknya digunakan segera bagi mengelakkan menjadi busuk terutama jika terendam ubi bawang sekali.

Pokok Kucai disiram dengan baja kulit bawang merah.
Pokok Kucai disiram dengan baja kulit bawang merah.

Selain itu, kita boleh terus menabur kulit bawang terus ke pangkal pokok. Namun sepanjang saya menggunakan kaedah ini, semut sangat suka bersarang di bawah timbunan kulit bawang dan mengganggu pertumbuhan tanaman.

Hasil Guna Baja Kulit Daun Bawang Merah
Hasil Guna Baja Kulit Daun Bawang Merah

Untuk hasil yang lebih baik, kawan-kawan boleh campurkan dengan kulit bawang putih dan kulit telur ayam yang dikisar bersama kulit bawang merah.

Selamat Mencuba!

Jangan lupa untuk hadir ke Channel Youtube saya di Nacqris Backyard Garden

12 Comments on “Ada 4 Nutrien Untuk Tanaman & Cara Buat Baja Kulit Bawang Merah”

  1. Wah, new info. Terima kasih untuk sharing. Kalau nak jadikan kulit bawang/sisa biomass lain sebagai penyubur tanah, boleh buat jadi biochar juga.

  2. Taunya guna kulit telur aje, ni baru tau kulit bawang pun boleh ek… lepas ni kopek bawang masak, boleh laa kulitnya simpan buat baja…

  3. Baru tahu kulit bawang merah ni boleh guna untuk buat baja la… Menarik information ni… Boleh guna untuk bunga2 juga ke? Sebelum ni guna air basuh beras jer….

  4. Thanks for sharing this brand new method (for me) of making natural fertilizer that will surely make our plants taste better and free of chemical.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *