Projek DIY Penggantung Pakaian – Buat Sendiri Kerana Murah

Projek D.I.Y Rak Penggantung Pakaian

Projek DIY Penggantung Pakaian ini sudah saya siapkan awal bulan tadi. Namun baru sekarang saya sempat berkongsi ceritanya. Ini adalah kisah kesinambungan semasa proses berpindah rumah. Penat yang amat sangat ketika itu.

Banyak pakaian masih belum dilipat dan digantung. Bagi memaksimakan ruang yang ada, beberapa almari dilupuskan kerana ianya sudah rosak. Maka, saya perlu cari alternatif untuk menyimpan pakaian yang ada.

Bila mengemas barang di belakang rumah, saya ternampak beberapa batang besi berongga segiempat dari lebihan membuat geriji di dapur.

Daripada besi tersebut berkarat, bagus saya gunakan untuk membuat sesuatu yang berguna.

Jadi, idea pun datang. Saya terus ke kedai Mr. DIY membeli barang keperluan untuk membuat Penggantung Pakaian.

Saya mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk menyiapkan tiga projek tersebut.

Hasil Projek DIY Penggantung Pakaian

Hasilnya, saya amat puas hati.

Antara peralatan yang digunakan.
Wall plug yang digunakan.
Bolt dan nat yang bersesuaian digunakan.
Cat semburan warna putih.
Besi berongga lebihan dari projek jeriji dapur.
Menanda lubang untuk ditebuk pada dinding.
Menyukat beli rongga sebelum dipotong.
Proses menebuk lubang.
Besi berongga yang siap ditebuk lubang.
Wall plug yang sedang dipasang.
Wall plug yang sudah dikunci.
Penggantung baju yang sudah siap.
Penggantung baju yang sudah siap.

Nota: Semasa membuat kerja sila pastikan keadaan terkawal seperti tiada kanak-kanak hampir di tempat kerja dan peralatan juga perlu selamat digunakan.  Jom ke kategori Projek DIY

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

4 Comments on “Projek DIY Penggantung Pakaian – Buat Sendiri Kerana Murah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *